Hidangan berasaskan daging lembu boleh dimasak dengan pelbagai masakan yang lazat. Mungkin ada yang masih mempunyai stok daging korban di dalam peti sejuk. Ha…boleh cuba tiga resipi mudah yang kami kongsikan ini. Mudah tapi sedap! Sila cuba ye…

TIGA HIDANGAN BERASASKAN DAGING UNTUK DICUBA

UNGKEP DAGING BERKERISIK

Daging Boleh Dimasak Aneka Hidangan, Simple Pun Dah Cukup Sedap!

BAHAN-BAHAN:

500gm daging

6 biji bawang merah | kisar

3 ulas bawang putih |  kisar

2 sudu makan serbuk ketumbar

1 sudu makan  serbuk jintan manis

1 sudu makan serbuk jintan putih

1 batang serai | titik

1 inci halia | kisar

1 sudu makan kerisik

Minyak masak secukupnya

Garam dan gula secukupnya

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
  3. Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan hidangan sedia dinikmati.

DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG

Daging Boleh Dimasak Aneka Hidangan, Simple Pun Dah Cukup Sedap!

BAHAN-BAHAN:

500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit

10 biji cili padi | dikisar

6 biji bawang merah | dikisar

2 ulas bawang putih | dikisar

2 biji kentang  | potong wedges dan digoreng

Sedikit air

Minyak untuk menumis secukupnya

Ads

Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
  3. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan hidangan sedia dinikmati.

Lagi resipi di sini:

Daging Korban Boleh Dimasak Resipi Ini, Sedap Terangkat!

Pekasam Daging Homemade Guna 4 Bahan, Peram 10 Hari Baru Goreng

Ikuti instagram Mingguan Wanita:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

 HIDANGAN DAGING GORENG KACANG PANJANG

Daging Boleh Dimasak Aneka Hidangan, Simple Pun Dah Cukup Sedap!

Ads

BAHAN-BAHAN:

500gm daging

2 sudu makan cili kering kisar

6 biji bawang merah | kisar

2 ulas bawang putih | kisar

5 batang kacang panjang | potong serong

1 sudu kerisik

1 batang serai | titik

1 mangkuk santan

Sedikit air

Minyak masak untuk menumis secukupnya

Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
  2. Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
  3. Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
  4. Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan dengan nasi putih.

Sumber: Rasa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI