Selepas beberapa hari menahan rindu mahu memeluk sahabat baik yang tak kesampaian, akhirnya Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, sampai juga ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Bersama sahabat pelawak dari kumpulan Bocey, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, mengumpul sisa kekuatan mengirimkan doa untuk sahabat yang pernah disifatkan oleh Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan sebagai ‘persahabatan kekal sampai mati’.
Ikrar yang dikongsikan Fad dalam instagramnya mengundang sebak di hati. Kata Fad sambil mendakap anak Allahyarham Syed Umar Mukhtar atau Abam, “Daddy jaga Hamzah ye nak, anak daddy 4 orang sekarang.”
Kata-kata ringkas itu meruntun hati sesiapa saja yang mengikuti kisah pemergian Abam menerusi akaun instagram kedua sahabat dari kumpulan pelawak Bocey ini.
Setiap catatannya terrasa dekat, sehingga mampu menitiskan air mata tanpa dipaksa-paksa.
Melihat Fad memeluk mesra satu-satunya permata hati arwah, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, 8 bulan menjentik emosi sedih. Sebagaimana pesan arwah kepada ibunya agar menjaga anaknya baik-baik. Begitulah yang dirasakan oleh sahabatnya ini.
Ramai follower yang menyambut baik hasrat hati Fad yang mahu mengambil tahu perihal anak rakan baiknya yang sudah pun menjadi anak yatim itu.
Malah, ada yang mendoakan semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan Fad sekeluarga yang menganggap Hamzah bagaikan anak sendiri.
Ads
Momen Pertemuan Fad, Achey Sarat Air Mata
Selasa malam lalu, pelawak Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, tiba di tanahair bersama keluarga yang bercuti di Tokyo.
Pertemuan antara Achey dan Fad di balai ketibaan lapangan terbang, begitu menyayat hati. Keduanya hanya berdakapan antara satu sama lain. Tidak terluah dek kata-kata.
Ads
Namun, masing-masing merasai emosi yang sama.
Malah Fad dan Bocey yang menziarahi kubur Allahyarham berkongsi video dengan latar suara nyanyian Allahyarham yang dirakam kira-kira setahun yang lalu.
Menerusi instagramnya, Achey turut menguar-uarkan agar para peminat mendengar dan berkongsi lagu tinggalan Allahyarham di youtube. Dalam masa sehari, sejuta lebih penonton mendengar nyanyian terakhir Allahyarham Abam.
Lagu berjudul Si Kasih itu peninggalan arwah. Ramai yang terkesan dengan bait lirik yang akhirnya menjadi nyata, ’terputus sudah antara kita, berbeza dua dunia..’
Ads
Seakan menterjemahkan kedukaan yang sedang dialami insan-insan yang terkesan dengan pemergian Allahyarham.
Pemergian Allahyarham dalam usia yang masih muda, mengejutkan ramai orang. Sehingga ke hari ini, masih ramai yang mahu mengikuti cerita-cerita kebaikan yang ditinggalkan arwah.
Memberi ingatan sama pada kita semua, agar sentiasalah berbuat baik kerana kematian itu bila sudah tiba ajalnya, tidak akan cepat, tidak akan lambat. Ia tetap akan sampai kepada kita. Al Fatihah.
Ketika kenderaan lain membunyikan hon memarahi pemandu lelaki yang terus diam tertunduk dalam kenderaannya, pengacara terkenal Fara Fauzana cepat-cepat bertindak kejutkan pemandu lelaki itu.. Fikirkan bagaimana jika lelaki itu pengsan! Atau lebih parah sakit jantung.
Dalam jem yang sarat dan sesak berdekatan tol Subang, terlihat sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti di tengah kesesakan menambah sarat jammed hari itu. Bukan sekali dua kenderaan yang melintasi kereta itu membunyikan hon. Tanda tidak puas hati dengan pemandunya.
Tetap pemandu kereta itu diam tidak berganjak. Menambah lagi kemarahan pemandu lain, yang sedang berpusu-pusu menempuh kesesakan yang menggila itu. Sampailah situasi itu disedari oleh pengacara Fara Fauzanayang ketika itu memandu sendirian.
“FF drive sorang and its Friday yo! 7.05pm. Jem toksah citer. Sila tengok gambol korang faham le eh so lena sabar. Dalam asyik melayan lagu alih-alih kiri kanan semua pakat tekan HON HON HON. Ala.. dah kenapa kereta depan tu tak nak jalan?”
Kongsi Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Binti Mohd Fadzil yang ketika itu melalui tol berkenaan menuju ke Shah Alam.
Tambahnya, dia melihat ketika kereta lain yang di depan kenderaan tadi sudah bergerak, kenderaan itu tetap statik tidak bergerak dari tempat asalnya.
“Kebetulan FF kat tepi kereta dia and passed by his car.” Sambungnya.
Hati Fara makin berdebar bila tengok pemandu kenderaan itu asyik tunduk ke bawah saja. Dia pun apa lagi, join sama tekan hon kuat-kuat. Tapi yang menghairankan, pemandu itu tetap tidak bergerak. Tahu apa Fara buat?
“FF buka tingkap and jerit, ‘Uncle.. uncle.. uncle!” Dan pemandu itu tetap juga tunduk tidak bergerak. Makin cemas Fara Fauzana bila tengok situasi semacam itu.
“Deng! If dia tidur.. itu normal mungkin dia penat. Jap! What if dia… PENGSAN! Or even worst.. SAKIT JANTUNG dan..” Situasi ini makin menambah rasa bersalah di hati Fara yang baik hati ini. Tanpa berlengah lagi dan dia mahu memastikan perkara yang difikirkan itu tidak benar-benar terjadi.
Pemandu Terus Tunduk Tak Beri Respons
“FF terus tekan double signal.. keluar kereta. Pergi kat kereta uncle tu and ketuk tingkap! Dia tak gerak OK!” Cemas sungguh situasi Fara waktu itu.
Fara pun ketuk lagi cermin kereta pemandu tadi. Kuat dari sebelumnya. Akhirnya pemandu itu angkat kepala macam orang baru sedar.
“Are you ok uncle?” Bukan sekali Fara tanya.. lepas dua kali dia tanyakan soalan yang sama, barulah pemandu tadi memberikan respons.
“Oh.. OK! Tq.” Tak lama lepas itu, barulah keretanya bergerak meluncur meredah jem yang sesak itu.
“Gosh! Tak kelakar OK.. Alhamdulillah.. nasib baik dia tidur. Tapi what if dia sakit jantung dan memang tak sedarkan diri dalam keadaan jem yang teruk tu. I don’ know, maybe lepas ni if kita nampak orang depan tak gerak. Please jangan marah-marah. Maybe dia perlukan kita untuk selamatkan dia dari lebih parah.”
Pesanan Fara ini memang banyak betulnya. Dan MW salute sebab Fara berani turun dan kejutkan uncle pemandu itu. Tak ramai yang sanggup nak buat macam Fara buat. Walaupun cerita simple.. tapi sarat pengajaran untuk pemandu-pemandu Malaysia renung-renungkan.
Yis sepaket ( rendam yis bersama air suam setengah cawan, air suam dan gula 1 sudu, kacau dan tutup bekas) biarkan 20 minit.
Ramas tepong bersama planta dan garam sampai jadi seperti serbuk roti.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air yis hingga menjadi doh hingga tak melekat.
Biarkan dalam bekas Dan tutup selama 30 minit.
Dah Kembang. Tumbuk-tumbuk dengan tangan bagi angin keluar. Dan buat acuan ikot kreativiti masing-masing. Saya buat bulat-bulat jer. Masukkan cheese kat tengah-tengah (lipat jadi 4 segi).
Dah siap boleh goreng (api kena panaskan dulu sebelom goreng)
Tabur lah gula aising. Atau chocollate cair.
Siap!
Nota:
Kalau yis yang baik ia akan berbuih kalau tiada tinda kbalas bermaksud yis dah rosak. Pastikan masukkan gula pada air suam juga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ketika ini pelakon terkenal, Emma Maembong sedang jalani tempoh berpantang di rumahnya. Selepas melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu jam 2.38 pagi, di pusat perubatan di Shah Alam.
Emma bersalin kan bayi lelakinya itu secara normal dengan berat 3.2 kilogram. “Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan dengan selamat dan lancar.”
Cerita Emma, “saya dimasukkan ke hospital sehari sebelum bersalin selepas beberapa kali mengalami kontraksi dan tak dapat menahan kesakitan.
Ketika membuat pemeriksaan doktor maklumkan ‘jalan untuk bersalin’ dah terbuka satu sentimeter pada jam 4 petang. Akhirnya putera sulung saya selamat dilahirkan secara normal keesokan harinya.
Alhamdulillah, suami saya banyak memberi semangat dan ada di sisi saya sepanjang waktu.”
Kata Emma, yang bersyukur suaminya, Muhammad Shazli Azhar sentiasa ada di sebelahnya sepanjang dia melalui tempoh paling mendebarkan bagi seorang ibu yang bakal melahirkan.
Malah, suami emma turut berkongsikan berita gembira kelahiran putera sulung mereka di instagramnya. Dengan caption,
“Alhamdulillah.. 8.11.20 Allah is the greatest. Baby boy.” Beserta video yang memaparkan wajah anak lelaki mereka.
Emma Maembong Jalani Tempoh Berpantang Di Rumah
Menurut Emma lagi ketika ini dia sedang menjalani tempoh berpantang di rumah dengan bantuan seorang pekerja dari pusat penjagaan yang menawarkan perkhidmatan berpantang.
“Khidmat mereka membantu saya yang baru bersalin serta merawat bayi.
Setakat ini semua berada dalam keadaan baik. Saya dan anak dijaga dengan rapi. Jadi, saya tak perlu risau soal makan, urutan atau apa saja perkara yang boleh dan tak selepas bersalin.”
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu.
MW : Tahniah! Emma dan Shazli, buat Emma selamat menempuhi tempoh berpantang tenang dan membahagiakan. Semoga baby membesar sihat. Tak sabar nak tahu nama baby boy Emma ni.