Yeayy…Cuti sekolah dah bermula…paling best bila cuti kali nie terus bersambung dengan cuti raya. Sudah tentu mak-maklah yang paling sibuk menyiapkan keperluan barang-barang yang perlu di bawa untuk balik kampung. Manakala si ayah sudah tentu sekali ingin memastikan kenderaan yang membawa keluarga tersayang berada dalam keadaan baik dan perjalanan ke kampung nanti berjalan dengan lancar.
Jadi, sebelum memulakan perjalanan, apa kata periksa dulu kenderaan yang bakal dinaiki nanti. Bimbang silap haribulan tersandar di tepi jalan pula.
1.Periksa Keadaan Minyak Petrol/Diesel
Bagi yang melalui perjalanan jauh, pastikan minyak diisi penuh atau sekurang-kurangnya separuh tangki.
2.Periksa Keadaan Minyak Enjin
Cabut dipstick dan bersihkan. Pasang kembali dipstick dan angkat kembali dengan melihat ketinggian minyak hitam yang harus berada dalam level minima dan maksima.
3.Periksa Kandungan Minyak Brake
Pastikan level brake pada tabung berada di antara minima dan maksima. Hati-hati, jangan sampai minyak brake tumpah pada bahagian body kenderaan. Bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.
4.Periksa Minyak Power Stereng
Jangan abaikan minyak power stereng dan pastikan pada tabung berada di antara minima dan maksima. Warna keemasan = okay, warna gelap = perlu diganti.
5.Periksa Air Radiator (coolant)
Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras minima dan maksima. Buka penutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi banyak dari aras untuk elakkan air coolant
6.Periksa Fungsi Wiper
Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* Untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air mineral
* Boleh tambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid.
7.Periksa Getah Wiper
Periksa getah wiper kalau ada kerosakkan. On motor wiper, pancutkan air pada nozzle dan lihat pergerakan wiper lancar atau tidak.
8.Periksa Sistem Aircond
Hidupkan temperature maksima dingin dan maksima blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass. Jika terdapat buih udara di dalamnya, tanda gas hampir habis atau mungkin terdapat kebocoran pada pipe.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan sama ada rasa wap aircond di tapak tangan.
9.Pastikan Drive Belt, Aircond Belt dan Kipas Berfungsi
Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara pully aircond, kipas radiator, alternator dan compressor AC. Jika drive belt di bahagian tepi berbenang dan berbulu, anda perlu tukar yang baru.
10.Periksa Keadaan Tayar
Tip mudah mengesan kehausan tayar adalah dengan mengambil duit 20 sen, letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut. Lihat jika tulisan “sen” anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna bunga tayar masih elok.