Ada ibu dikurniakan anak perempuan kesemuanya dan ada yang berezeki dikurniakan anak kesemuanya lelaki. Waima apa pun kurniaan Yang Esa, bersyukur dikurniatkan zuriat penyejuk hati. Tapi bila bab nak uruskan kerja rumah tu, jangan jadikan gender sebagai alasan ye dalam melatih anak-anak ini membiasakan diri dengan kerja rumah.

Cuti PKP ni masa terbaik untuk kita latih bukan sahaja anak perempuan, malah libatkan anak lelaki juga dalam urusan menyempurnakan kerja-kerja rumah. Jangan pula asyik ulang alasan yang sama, alahhh, dia kecik lagi…cuti-cuti ni biarlah dia rehat-rehat dan bangun tidur lewat. Jangan ya…diulang jangan membiasakan dan terperangkap dengan alasan umur mereka masih kecil.

Pernah dengar pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya, yang mana maksudnya mendidik anak-anak biarlah sejak dari mereka kecil. Jangan pula esok-esok dah berumah tangga, serba satu kerja rumah tangga pun tak tahu langsung. Waktu tu baru nak ajar, silap-silap kita pula dilawannya nanti. Berikut adalah ‘task’ atau kerja rumah yang kita boleh suruh mereka lakukan *terutamanya anak lelaki seawal usia mereka dua tahun.

Cuti PKP Masa Terbaik Untuk Latih Anak Lelaki Buat Task Kerja Rumah
Sama ada anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya wajib dididik kerja-kerja rumah sejak kecil lagi

________________________________________________________________________

IKLAN
  1. Mengemas mainan sendiri
  2. Memasukkan baju kotor ke dalam bakul khas
  3. Boleh bersama-sama membantu membuat persiapan untuk waktu makan bersama, contohnya mengambil pinggan, sudu garfu dan juga cawan.
  4. Membersihkan dan menjaga haiwan peliharaan
  5. Mengemas kembali katil selepas bangun dari tidur.
  6. Menyidai kembali tuala setelah digunakan di tempat sepatutnya.
  7. Membasuh kasut sekolah sendiri
  8. Membersihkan dan menyapu kotoran
  9. Menyiram pokok
  10. Menyiapkan adik selepas mandi *contoh mengeringkan badan adik, dengan menggunakan tuala dan menyiapkan adik dengan berpakaian lengkap.
  11. Masak nasi
  12. Bancuh air
  13. Membersihkan tandas
  14. Membuang sampah
  15. Mencuci pinggan mangkuk

________________________________________________________________________

Sebagai ibu bapa anda haruslah bijak memainkan peranan anda. Layan anak anda sebaiknya tanpa berat sebelah. Sebaiknya anak lelaki atau perempuan, tak ada yang terkecuali dari buat kerja rumah.

IKLAN

Jangan jadikan budaya membesarkan anak bak raja sebagai budaya berterusan. Didiklah anak anda terutama anak lelaki, sikap lelaki budiman. Biasakan dia dengan tugasan rumah, baru dia mengerti lelahnya kerja rumah ini dan akan jadi lebih ringan apabila adanya bantuan daripada orang lain. Hal ini merupakan sebahagian daripada persiapan untuk kemahiran hidup mereka satu hari nanti juga.

Mungkin satu masa nanti mereka akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, universiti, alam pekerjaan dan juga melangkah ke alam rumah tangga. Isteri juga perlu mainkan peranan untuk tidak merajakan suami tapi menghormati suami sebagai ketua keluarga.

IKLAN

Terkadang, ada juga suami yang lahir dikalangan keluarga yang tidak memberikan pendedahan berkaitan urusan rumahtangga, Kerana menganggap urusan rumah tangga urusan mutlak perempuan dan juga isteri semata. Kerjasama amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Jangan biasakan merajakan suami, kerana apabila dibimbangi suami hilang rasa empati untuk membantu isteri.

Didiklah anak kita seiring dengan usia mereka. Walaupun sebagai ibu bapa menggangap tugas anak perempuan di dapur tapi apa salahnya kalau ilmu menguruskan rumah dikongsikan juga untuk anak lelaki. Supaya ini membawa manfaat kepada semua.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI