ebit lew

Ramai yang ternanti-nantikan kedatangan bulan ramadan. Jika selama ini selalu sibuk bekerja, bulan puasa inilah peluang untuk merapatkan lagi ikatan kekeluargaan, suami isteri dan anak-anak.

Baru-baru ini penceramah dan ahli motivasi kekeluargaan Ebit Lew ada berkongsi gambar dirinya memasak dan menyediakan juadah berbuka puasa didapur. Beliau mengambil kesempatan bercuti daripada menyampaikan ceramah semata-mata untuk meluangkan masa menyambut kedatangan 1 Ramadan bersama isteri dan anak-anak tercinta.

Namun yang menarik perhatian ramai adalah penghargaan beliau buat para isteri dan memahami tanggungjawab yang golongan ini telah lakukan demi keluarga tersayang.

Cuti Ceramah 1 Ramadan, Bersepah Dapur Kecil Ini Bila Ebit Lew Masuk Dapur..

Berikut antara perkongsian tersebut;

Hari ini saya cuti ceramah 1 Ramadhan. Bidadari booking 2 hari untuknya awal Ramadhan ini.Balik ambil anak sekolah saya cuba buat-buat sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Bersepah dapur kecil ini bila Ebit Lew masuk dapur. Macam lepas berperang kat dapur nie..hehe.

Ads

Cuba teka masak apa tu? ya Allah ampun. Biasa keluar jalan Allah jarang dapat masak. Orang suruh ceramah jer. Kat rumah pulak bidadari tak bagi. Kena tegas baru dapat masak.

Kelakar campur sedih sayu sangat..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita.Anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak. Isteri pulak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar.

Ads

Sayang, tunggulah di luar biar abang masak nanti malu tak jadi…Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti.. Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee..

Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami, sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil on mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa. Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L dapur pun bersepah..dah siap baru kemas..

Ads

Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil.

Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri. Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Doakan mereka kerana Allah-ebitlew

Hari ini saya cuti ceramah 1 Ramadhan. Bidadari booking 2hari untuknya awal Ramadhan ini….balik ambil anak sekolah saya cuba buat-buat sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Bersepah dapur kecil ini bila ebit lew masuk dapur. Macam lepas berperang kat dapur nie..hehe..cuba teka masak apa tu?ya Allah ampun. Biasa keluar jalan Allah jarang dapat masak. Orang suruh ceramah jer. Kat rumah pulak bidadari tak bagi. Kena tegas baru dapat masak.. Kelakar campur sedih sayu sangat…..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita…anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak. Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi…Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti.. Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee.. Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa… Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas.. Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis. Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil. Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri. Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Doakan mereka kerana Allah-ebitlew #jomDaftar29september2018 www.keluargasunnah.com

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Sumber: Instagram Ebit Lew

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI