Sebelum ini, kes lebih kurang yang sama melibatkan seorang wanita, kali ini lelaki yang sedang menjalani proses kuaranton Covid-19.
Anak saudara yang curiga bekalan makanan yang dihantar sebelum ini masih belum disentuh, lalu menemukan bapa saudaranya meninggal ketika kuarantin sendiri di rumah.
Barangkali sudah tiba ajalnya, tidak akan lambat walau sesaat. Semoga ahli keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian getir ini.
Lelaki DiTemui Meninggal Ketika Kuarantin Sendiri
Seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, Tangkak, Johor.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.48 pagi dan seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, kematian Zuraimi Abd Aziz, 51, disedari anak saudaranya apabila menemui mangsa tidak sedarkan diri ketika menghantar bekalan makanan.
“Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini belum disentuh, dia menjenguk dari tingkap dan mendapati bapa saudaranya itu dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri atas sofa.
“Anak saudaranya kemudian menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada pihak bomba untuk melihat keadaan mangsa.
“Pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa meninggal dunia. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Mingguan Wanita : Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Zuraimi Abd Aziz dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Al-Fatihah. Sekiranya anda sedang menjalani kuarantin, beritahu jiran atau keluarga terdekat, bimbang perkara sebegini berlaku kepada kita.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Pelakon cantik yang baru saja bergelar ibu, Elfira Loy mengakui sebenarnya dia tidak sabar untuk menyambut Ramadan tahun ini memandangkan tahun lalu dia sedang sarat mengandung.
Namun dek kerana wabak virus Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Elfira akui berasa sangat rindu dengan suasana normal Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.
Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid-19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.
“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.
Ujian Ramadan
“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bulan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih di masjid.
“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.
Ditanya tentang perkembangan terbaru kerjayanya, isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini berkongsi khabar gembira tentang dirinya kini disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di Indonesia.
Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.
“Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series,” terang Elfira yang akui rezeki yang hadir sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.
Elfira juga menambah hasil penjualan siri tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa covid-19 di Indonesia dan Malaysia.
Anak mana yang tidak sebak apabila melihat bapa tersayang tidak lagi aktif seperti dahulu. Itulah yang sedang dilalui oleh pelakon dan usahawan Hanis Zalikha yang menzahirkan rasa sedih melihat keadaan bapanya, Zainal Rashid yang mengalami gangguan ingatan kesan terjatuh bulan lalu.
Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah Hairul Azreen ini, semasa insiden tersebut berlaku, bapanya berada dalam keadaan baik dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius. Namun hentakan pada bahagian kepala itu memberi kesan jangka panjang.
Hanis berkongsi informasi tersebut melalui Instagram miliknya yang memaklumkan keadaan terkini bapanya yang sedang dirawat di sebuah hospital.
“Sebaik jatuh, ujian X Ray dan CT Scan tidak menunjukkan apa-apa yang membimbangkan. Tetapi dua atau tiga minggu kemudian, boleh bertukar menjadi mimpi ngeri terbesar, darah telah membanjiri sebahagian besar otak,” katanya di laman Instagram miliknya.
Boleh hilang keupayaan bercakap, bernafas dan seterusnya koma
Bercerita lanjut mengenai insiden yang membuatkan dia bimbang apabila bapanya mengadu kaki kanannya tidak boleh bergerak malah gaya percakapannya juga menjadi perlahan tidak seperti kebiasaan.
“Ayah saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena kira-kira sebulan selepas insiden jatuh itu di mana secara tiba-tiba dia tidak dapat menggerakkan kaki kanannya.
“Untuk makluman, ayah jatuh terhendak dahi kiri, apabila anggota belah kanan yang terjejas, kami sedar ia berkaitan dengan bahagian otak.
“Bayangkan, ayah saya seorang yang sangat cekap dan berpendirian. Tiba-tiba sangat blur dan perlahan menjawab dalam satu perkataan,” kongsi Hanis lagi.
Kegusaran seorang anak terhadap keadaan kesihatan seorang bapa telah mendorong Hanis membuat keputusan untuk membawa bapanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan secara menyeluruh. Hanis bersyukur tindakan awal dan segera merujuk keadaan tersebut kepada pakar mampu mengelakkan keadaan menjadi semakin parah.
Ayah jatuh terhendak dahi kiri..Tapi..
“Alhamdulillah pembedahan otak berjalan lancar atas izin Allah, terima kasih kepada semua yang terlibat. Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma sebab otak dan compressed terlalu banyak darah,” ujar Hanis lagi.
Hanis bersyukur kerana bertindak awal dengan meminta pandangan dari dua pakar dan seorang pakar bedah saraf di mana pembedahan dapat dilakukan segera dan proses pembedahan tersebut juga berjalan lancar.
Menyedari kepentingan pelitup muka dalam memerangi pandemik COVID-19 yang semakin mengganas, selebriti popular Izzue Islam bersama pasukan Neutrovis telah menyerahkan 10,000 kotak pelitup muka untuk golongan susah.
Izzue Islam Seronok Dapat Berbakti Kepada Masyarakat
Sebagai duta pelitup muka Neutrovis, Izzue, 30, mengaku rasa berbesar hati apabila terlibat dalam program amal yang sangat bermakna baginya.
“Program amal ini sangat bererti buat saya. Keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila dapat berbakti kepada masyarakat.
“Saya memuji usaha murni ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi saya, dalam norma baharu ini, pelitup muka sangat penting dalam kehidupan seharian.
“Dalam memerangi wabak ini, pastinya ada golongan yang sangat terkesan dalam pelbagai aspek, jadi saya selalu berpesan pada diri sendiri, jika kita masih mampu berdiri, hulurlah tangan pada mereka yang sedang jatuh.
“Sama-sama kita lindungi diri dan keluarga tersayang,” ujarnya lagi.
Artis Contoh Kepada Masyarakat
Anak kelahiran negeri Kelantan ini merupakan antara artis yang sering terlibat dalam kerja-kerja amal. Semoga menjadi contoh kepada masyarakat.
Penyumbangan 10,000 kotak pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA (Medical Device Authority) bernilai RM 350,000.00 disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan petugas barisan hadapan.
Inisiatif oleh Neutrovis dan Himaya ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina untuk mengurangkan beban anggota-anggota barisan hadapan dan golongan B40.
Malah Izzue bersama Datuk KK Chua telah menyumbangkan 10,000 kotak pelitup muka kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...