Curang itu satu pilihan, setia itu tanggungjawab. Curang memberi impak besar dalam keharmonian rumah tangga. Ini kerana kepercayaan yang dibina boleh hilang dalam sekelip mata walaupun pasangan yang melakukan perbuatan curang itu sudah berubah tetapi hati yang dicurangi tetap terdetik berasa sangsi.
Kecurangan dalam rumah tangga semakin tenat. Ada saja berita sensasi tentang suami curang, isteri makan hati lama-lama tawar hati. Aduh! Pilihan untuk curang itu sebenarnya suami yang tentukan.
Curang Itu Pilihan, Isteri Jangan Salahkan Diri Sendiri Bila Suami Pilih ‘Jalan’ Itu
Jika bukan suami dan pihak ketiga yang cari pasal, takkan terbitnya cinta terlarang. Sudahnya mengabaikan rumah tangga yang sekian lama dibina dengan korban perasaan dan air mata.
Kalaulah suami memilih untuk curang, wahai isteri janganlah kalah dengan emosi sendiri. Itu jalan mati yang suami ambil. Isteri, teruslah bangkit pilih jalan selamat untuk diri dan anak-anak.
Pesan Intan Dzulkefli menyedarkan wanita diuji suami curang agar segera bangkit dari beban emosi yang menyakitkan. Kerana anda layak sebenarnya untuk memperoleh bahagia.
Isteri Bila Suami Curang, Berhenti Salahkan Diri Sendiri
Wahai isteri,
Berhenti salahkan diri sendiri…
Banyak terjadi, apabila suami curang,
Isteri menyalahkan diri sendiri, ‘ni semua salah aku tak pandai jaga suami, salah aku tak perfect.’
Apabila suami ketagih pornografi,
Isteri menyalahkan diri sendiri, ‘ni semua sebab aku dah gemuk, banyak stretchmarks, kendur, tak cantik.’
Apabila suami culas solat,
Isteri salahkan diri sendiri, ‘semua ni salah aku sebab banyak dosa sebab tu tak layak dapat suami soleh.’
Isteri Tak Sempurna, Itu Bukan Tiket Mencari Salah
Berhenti menjadi ‘racun’ kepada diri sendiri. Berhenti juga membanding orang lain dan suami mereka. Jalan mereka tak sama dengan jalan kalian.
Lihatlah suamimu wahai isteri, mereka bukannya budak kecil
Jangan salahkan diri atas pilihan yang seorang dewasa telah buat. Kerana kalian takkan dipersoalkan atas dosa suami sekiranya kalian sebagai isteri sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik, sudah menasihati dengan hikmah serta tidak putus mendoakan kebaikan untuk suami.
Suami berbuat demikian itu kerana itu keputusan diri mereka sendiri. They are big enough to take care of themselves, yet to decide what is the best for their loved ones.
SEKALIPUN ISTERI TIDAK SEMPURNA DAN BANYAK KEKURANGAN, BUKANLAH ‘TIKET’ UNTUK MENYALAHKAN SESIAPA ATAS KESILAPAN YANG DIBUAT OLEH DIRI SENDIRI.
Oleh itu para isteri, katakan kepada diri sendiri, ‘semua ini berlaku sebab itu pilihan dia.’
Ramai lelaki lain memilih jalan sebaliknya tetapi suami kalian memilih untuk jalan dosa. maka, itu bukan salah kalian.
Untuk menjayakan rumahtangga yang sakinah mawaddah dan rahmah memerlukan kerjasama kedua pihak. It takes two to tango.
Usap air matamu itu dan berhenti menyalahkan diri sendiri.
Sumber: Intan Dzulkefli
Artikel ini diolah daripada artikel asal Mingguan Wanita
Artikel berkaitan: Che Ta Tak Salahkan Penyondol 100 Peratus Kes Curang – “Kalau Suami Sendiri Tak Gatal, Mesti Tak Jadi”
Kesetiaan Seorang Suami Dicurangi Isteri “Tegas. Jangan Lemah Sangat Depan Pasangan”
Pasangan CURANG Susah Nak Mengaku Salah, Tidak Bersyukur Kebahagiaan Rumahtangga Dibina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI