Jangan sesekali anggap, curang itu pilihan dan ia berlaku dengan izin Allah. Sedangkan kalau pasangan baik suami atau isteri setia pada yang sanggup, orang yang sanggup susah senang bersama, tentu ia tidak akan berbuat demikian.
Itulah yang sering berlaku bagi setiap suami isteri. Ia menganggap curang itu berlaku dengan izin Allah. Ia tidak akan berlaku tanpa izinNya. Sungguh cetek pemikiran masing-masing.
Lebih menyedihkan ada kes yang apabila ‘kantoi’ pasangan curang, masa itulah teurs dilafazkan talak tanpa berfikir panjang.
Ingatlah curang itu pilihan dan jangan sesekali dibuat main. Sekali pasangan terluka sampai bila ia tidak akan mempercayainya.
Jika berlakunya keadaan ini, hat isudah tawar dan jalan terakhir tentulah perpisahan. Tak perlulah aniayai pasangan dan jika ini pilihan terakhir, berpisahlah secara damai.
Baik suamiatau isteri, jangan main tarik tali, aniaya pasangan sehinggan menyukarkan proses penceraian. Sebab itulah, Fahmi Ramli, peguam Syarie berkongsi tentang apa selalunya gagal buat pasangan untuk menuntut penceraian secara fasakh bila ada suami curang ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: CURANG, Apa Tak Kena & KURANGNYA Lagi Pasangan, Jangan Nak Cari Alasan!
Curang Itu PILIHAN Bukan Satu Kesilapan, Jangan Mudah Memaafkan!
Info Lebih Menarik DI SINI
Suami curang itu dengan ‘Izin Allah’? Masya Allah!
Ada orang yang tak arif bab agama cakap lelaki yang curang itu dia lakukan dengan izin Allah. Masuk ke rumah wanita lain itu pun dengan izin Allah.
Ini macam golongan Jabariyyah. Satu fahaman yang nak sandarkan semua atas ketentuan Allah. Manusia tak ada pilihan. Semuanya atas Qada’ & Qadar Allah.
Ingat, manusia ada pilihan untuk berbuat baik atau buruk. Pastinya, curang itu adalah pilihan sendiri individu yang melakukannya.
Peruntukkan Undang-undang
Suami atau isteri yang curang ini sebenarnya telah MENGANIAYAI pasangannya & berhak untuk memohon Fasakh di Mahkamah Rendah Syariah. Ia terletak di bawah Seksyen 53(1)(h)(ii) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008 iaitu :
“Bahawa suami atau isteri menganiyai isteri atau suaminya, iaitu, berkawan dengan perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak”
Namun, seringkali isteri khususnya yang memohon fasakh dengan alasan suami curang contohnya, GAGAL untuk bantu Mahkamah sabitkan perceraian secara fasakh dengan alasan tersebut.
Ada beberapa faktor kegagalan tersebut iaitu :
Pengakuan suami di rumah atau dihadapan mana-mana orang sebelum kes fasakh difailkan, tidak akan menjadi bukti yang kuat. Hanya pengakuan dihadapan Hakim sahaja yang boleh diterima. Biasanya, di dalam Mahkamah, jarang ada yang nak mengaku lakukan kesalahan terutamanya hal yang berkaitan dengan curang.
Bila kita mendakwa suami atau isteri curang, tanpa sebarang saksi yang nampak perbuatan curang itu, sangat sukar untuk mendapatkan fasakh. Tidak diterima kalau saksi tersebut hanya dengar daripada cerita isteri atau suami itu saja. Itulah yang disebut sebagai ‘Saksi Dengar Cakap’. Melainkan kalau ada saksi yang nak datang mengaku sebagai pasangan curang. Siapalah berani nak datang mengaku sebagai teman jenayah, kan?
Biasa isteri akan nampak mesej Whatsapp suaminya dengan wanita lain dan kemudian membuat Screenshot. Lalu, gambar screenshot itu dihantar ke nombornya atau emailnya sahaja. Bukan tak boleh diterima, cuma di Mahkamah, bukti asal mesti ditunjukkan iaitu perbualan Whatsapp daripada henset pemiliknya. Jadi, bila waktu bicara, mestilah perbualan itu telah dipadamkan. Terus sahaja rampas dan sita bahan bukti kalau berani.
Bukti gambar perlu jelas. Kalau hanya gambar badan tapi tak ada kepala, itu juga tak dikira jelas. Gambar berseorangan juga tidak mudah dikira sebagai curang. Sebaiknya, video atau gambar yang ada, mesti berduaan dalam keadaan yang tak wajar untuk mereka bergambar. Contohnya, gambar suami peluk wanita lain.
Ada isteri yang ambil gambar yang dipostkan suaminya dalam media sosial. Masalahnya adalah, bila nak dibuktikan sewaktu bicara, gambar itu dah tak ada di FB, Instagram dan semua tempat yang diperolehi. Jadi, sukar untuk diterima Mahkamah jika bukti asal tidak wujud.
Kalau anda dapat hidu pasangan anda curang sampai ke peringkat lakukan jenayah Khalwat misalnya, tolonglah jangan buat tangkapan sendiri. Anda bukan Polis mahupun Penguatkuasa Agama. Sepatutnya, lapor kepada pihak berkuasa atau ajak Tok Imam kawasan tersebut untuk buat serbuan bersama misalnya. Barulah ada kes jenayah wujud. Kalau tak buat sedemikian, maka sukar nak sabitkan yang pasangan curang ini bersekududukan dalam kes fasakh.
Kadang ada isteri yang dah terlalu lama pendam, baru nak mohon fasakh atas sebab curang suaminya yang dah terlalu lama. Ada yang kisah curang tu sampai 7 ke 8 tahun lamanya hinggakan suami tu dah kahwin pun dengan wanita tersebut. Kalau nak dakwa isu curang dalam kes fasakh, faktor terlalu lama baru nak mintak cerai ini boleh dianggap sebagai alasan yang dah lapuk. Sebab ada ada kemungkinan anda redha atau telah memaafkan suami anda.
Kesimpulannya, curang ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main dalam perkahwinan. Ia akan melibatkan kepada pelanggaran undang-undang keluarga Islam iaitu isteri boleh mohon fasakh jika ia berlaku.
Ingat, dalam perkahwinan, banyak perkara yang perlu dijaga batas pergaulannya. Zaman ini, zaman yang penuh dengan godaan dunia. Kes perceraian juga sangat tinggi di Mahkamah Syariah atas faktor ini.
Sebabnya, banyak daripada kita yang membuat pilihan tersebut, bukan ada siapa-siapa yang paksa. Kalau semua benda dikatakan dengan izin Allah, maka manusia berjudi, minum arak, bunuh & segala maksiat kita sandarkan dengan Izin Allah. Masya Allah!
Curang itu pilihan, bukan dengan izin Allah.
Mingguan Wanita : Sedihnya bila keadaan ini berlaku. Minta dijauhkan.
Sumber: Fahmi Ramli
Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis & Perak & Timb Setiausaha PGSM Kedah
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita