Curang itu bermula daripada perkara kecil, biarlah orang label kolot asalkan pandai menjaga hubungan suami, isteri.
Biarkan mak, ayah letakkan had tertentu dalam pergaulan berlainan jantina setelah mendirikan rumah tangga. Apa gunanya berlebihan dalam bergaul, jika masing-masing sudah berpasangan.
Tidak dinafikan ada pendapat yang mengatakan bahawa, “Alahai isteri orang, tak akanlah nak berskandal…” Tapi perkara ini memang berlaku dalam masyarakat kita.
Bermula dengan perbualan mesra, duduk makan semeja dan akhirnya berskandal. Oleh itu, biarlah ada rasa cemburu kerana rasa cemburu ini bersebab dan untuk elakkkan perkara buruk daripada berlaku.
Ikuti perkongsian Puan Salwa Mohd Salleh dan hadam baik-baik ya:
Bukan salah sikat tepi….
1. Pernah suatu ketika, saya menegur suami. Puncanya, dia meletakkan emoji tersenyum di dalam mesejnya kepada rakan setugas di hospital.
Dan doktor itu juga wanita bujang yang saya kenal sangat pun. Kenapa saya tegur? Kerana bukan ‘nature’ suami saya begitu. Dan saya tak suka emoji sebegitu untuk orang berlainan jantina tanpa keperluan.
2. Pernah juga suami saya pula menegur, bila mana ada satu plan saya melibatkan saya menumpang kereta dengan seorang rakan lelaki bujang.
Walaupun jaraknya hanya sekitar 7 kilometer, tetapi ialah, tetap juga dua orang dalam kereta tanpa keperluan mendesak. Dan saya ketika itu lupa, lalu mengaku tersilap caturan dan membatalkan plan tumpang tersebut.
3. Pernah juga saya bergaduh tikam lidah dengan suami, kerana beberapa swafoto beliau dengan rakan kenalan wanita. Satu, dua tu tahan lagi… Ini kenapa ada beberapa kali pulak ni.
“Bukan abang yang ambil” tegasnya. “Habis kenapa biarkan kena tag?”. “Allah yang, itu isteri oranglah, yang sayang nak jelouskan tu”. Saya beri kata dua, delete semua atau saya tak balik rumah. And I meant it.
4. Tuan, Puan yang baca bolehlah hendak kata sama ada saya ortodoks, cemburu buta atau pemikiran kz.com, terpulanglah. Iya, memang itu isteri orang tapi banyaknya masalah yang terjadi, bermula hal-hal kecik sebegini lah.
5. Minum sama, makan sama, borak berdua. Lepas tu tumpang kereta. Lepas tu tumpang tandas rumah pula. Mengadu masalah rumah tangga. “I sunyi”, “Wife i selalu tak ada”‘ “Husband I biasa busy”.
Dari situ syaitan bertepuk, sudahnya zina. Apa ada keperluan hendak berdua-duaan walaupun di cafe? Apa ada keperluannya nak berduaan di dalam satu kereta atau satu rumah kecualilah memang emergency yang emergency gila.
Artikel Berkaitan:
Ketahuilah, Tiada Siapa Boleh Lawan Kehebatan Seorang Isteri Menjaga Suaminya
Sebelum Belon Emosi Isteri Meletup, Suami Tadah Saja Telinga Dengar Luahan Hatinya
Tidak Boleh Hidup Tanpa Suami Kacak, Wanita Ini Sanggup Merana Selama Tiga Tahun
6. Kalau ikut hukum, yang sudah kahwin ni kalau zina, rejam dengan batu depan khalayak ramai tahu!
7. Sebab itu, saya tak kisah pun sapa nak kata kami berdua ni jumud ke ape ke. Islam tu ada batasan. Ada had. Yang dah kahwin buat cara sudah kahwin, yang belum kahwin pun buat cara Islam ajar.
Tidak ada lagi dalam sepanjang kewujudan bumi ni, perbuatan sondol menyondol ini dibolehkan.
8. Jaga diri, jaga pasangan. Tahu had masing-masing. Kami tak ada pun nak kena check handphone ke nak semak itu, ini. Itu trust. Dan bila kita ingatkan pasangan benda-benda kecil seperti ini, kita tahu kita dan pasangan sebenarnya telah mencuba apa sahaja yang termampu.
9. Dan benarlah, apa juga yang saya tulis ni tidak akan dapat menjamin sekelumit hatta sebesar zarah pun yang rumah tangga kami kekal aman lagi 50 tahun. Itu kerja tuhan.
Dia yang aturkan. Manalah kami hendak tahu pasal masa hadapan. Tapi, kami bersaksi, kami sudah cuba buat apa sahaja yang terdaya untuk masa sekarang.
10. So korang, tak kisahlah skandal tempat kerja ke, skandal dekat kampung ke, sekolah lama ke, itu semua bermula dengan perkara-perkara yang korang rasa ‘simple’ dan ‘ala, biasalah tu’ sahaja.
11. Adapun pasal tutup aib tak tutup aib, ramai sudah yang ulas. Nak cakap pun tak berani sebab tak jadi dekat diri sendiri. Kalau kena time tu akal sudah hilang, kita pun tak tahu apa kita akan buat.
Ada otak, pakai!
Yang keluar gua sekejap,
Emak
Mingguan Wanita : Selagi boleh elak, elaklah kerana lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Jangan biasakan segala hal bila berumah tangga dan hargai pasangan sebaiknya.
Sumber : Puan Salwa Mohd Salleh
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita