“Cun baju PM” Gaya batik Malaysia Perdana Menteri dipuji cantik dan naikkan semangat cintakan batik. Pelbagai reaksi dan pujian diberikan oleh warganet apabila melihat busana yang digayakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengenakan baju batik ketika membuat lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia.
Kunjungan negara jiran itu adalah lawatan rasmi beliau yang pertama ke Indonesia selepas mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.
Menerusi hantaran gambar dimuat naik di Instagram, kebanyakan komen pengguna laman sosial memuji penampilan dan rekaan batik itu.
“Cun baju PM,” komen seorang pengikut di Instagram.
Inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang menggayakan baju batik ketika membuat lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia bermula semalam diyakini mampu memberikan lonjakan baharu terhadap industri batik tempatan.
Pengusaha batik, Md Hanafi Md Sukarpi, berkata inisiatif Perdana Menteri itu secara tidak langsung memberikan pendedahan dan menguatkan lagi nilai komersial batik tempatan supaya lebih berdaya saing, termasuk peluang meneroka pasaran luar.
“Selain memberi lonjakan baharu, inisiatif Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai usaha memartabatkan lagi industri batik tempatan yang sebelum ini berdepan pelbagai cabaran.
“Dengan pendedahan dan promosi yang berterusan, saya percaya batik tempatan akan diterima lebih meluas dan mendapat perhatian ramai, termasuk golongan muda dalam memartabatkan warisan budaya tempatan,” katanya yang juga pemilik Salur Bayangan Collection dari Rawang, Selangor.
Md Hanafi juga menyeru pengusaha batik tempatan untuk tampil dengan rekaan dan permainan warna yang moden serta berani supaya lebih diterima.
Pada masa sama, katanya pengusaha juga perlu mengekalkan keaslian dan nilai estetika batik tempatan yang selama ini menjadi ciri khas yang membezakannya dengan batik luar.
“Pengusaha perlu sentiasa melakukan kajian dan memahami kehendak pasaran supaya batik tempatan mendapat tempat di hati semua kelompok masyarakat. Rekaan batik juga perlu selari dengan kehendak pasaran terkini supaya dapat menambat hati generasi muda.
“Berdasarkan pengalaman, generasi muda lebih cenderung memilih corak geometri dan tidak konvensional. Pemilihan warna yang minimal turut memainkan peranan dan ia mencabar saya sebagai pengusaha supaya sentiasa kreatif menampilkan idea baharu,” sambungnya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fesyen Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Shabri Saad pula melihat insiatif Perdana Menteri itu sebagai pengiktirafan, sekali gus memberi dorongan kepada penggiat batik tempatan untuk terus memajukan industri itu.
“Saya melihat usaha Perdana Menteri itu sebagai pengiktirafan, malah memberikan kepuasan tersendiri kepada pengusaha batik kerana ia secara tidak langsung memartabatkan hasil karya anak tempatan.
“Sokongan pembesar negara itu memberi anjakan dan dorongan kepada pengusaha untuk terus memasyarakatkan batik supaya diterima semua kelompok masyarakat, selari konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan Perdana Menteri,” katanya.
Baca Disini Juga:
Tutorial & Cara Mudah Jahit Kain Batik Sarung, Siap Terus Pakai!
Nak Pikat Suami, Janganlah Pakai Kain Batik Dapur Ke Bilik Tidur…
Shabri juga menerangkan semua pihak perlu memainkan peranan dan inisiatif Perdana Menteri itu wajar dipuji dalam menerapkan lagi semangat cintakan batik tempatan.
“Pengusaha batik perlu berani menghasilkan rekaan yang lebih muda dan moden kerana generasi muda ini yang akan meneruskan legasi itu. Belum terlambat untuk kita tanamkan minat terhadap batik, terutama dalam kalangan generasi muda.
“Antara usaha itu termasuk mempelbagaikan rekaan yang terkini dan bersesuaian usia semua kelompok masyarakat, selain memenuhi selera peminat fesyen pada harga berpatutan.
“Inisiatif Perdana Menteri itu saya lihat umpama magnet kerana tanpa disedari, mampu menarik minat ramai untuk menggayakan batik. Ia secara tidak langsung memberi dorongan kepada penggiat batik untuk terus melakukan inovasi supaya lebih berdaya saing,” katanya.
Mingguan Wanita : Memang suka berbaju batik, nampak anggun, cantik dan kemas.
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita