Cuma Spray, Tinggal 10 Minit, Siram Air, Kotoran Degil Keluar Habis

Mudah sangat kerja-kerja mencuci dengan spray magic ni. Sebab tak perlu ambil masa yang lama pun untuk mencuci bilik air ke, peralatan dapur yang lekat kotoran degil.

Paling seronok, benda magic ni cuma ambil masa 10 ke 15 minit untuk mencuci habis kotoran degil tu.

Caranya,
1. Spray dekat kawasan yang nak dibersihkan.
2. Tinggalkan dalam 10 ke 15 minit.
3. Siramlah air dekat tempat tadi.
4. Nak cuci guna span ke magic sponge pun boleh lepas tu.

Punyalah happy mak-mak yang dah try benda alah ini. Sebab dah tak perlu nak buat teruk-teruk kerja menyental tu. Kosnya pun berbaloi dengan fungsinya yang berkesan itu.

Suri ini, Dariena Ghazali dan Azni Latif dah cuba. Kata Dariena kerja mencuci bilik air jadi mudah. Macam itu jugak Azni kongsi, yang masih tak percaya punya mudahlah nak bersihkan tempat letak pinggan mangkuk tu.

Baca sini : Anak hadiahkan tudung saji moden bertingkat, hasilnya kemas teratur.

Bukti Spray Magic Ini Mudah Hilangkan Kotoran Degil

Cuma Spray, Tinggal 10 Minit, Siram Air, Kotoran Degil Keluar Habis

‘Rasa Macam Nak Nangis’ – Dariena Ghazali

“Terima kasih yang teramat kepada ahli group #kemasrumahwithhani… Saya rasa macam nak nangis bila cuba bende ni dan ianya memang ajaib.. Maaf tandas rumah saya lama, tak cantik, tapi tengoklah hasilnya, saya berjaya membasuh 3 buah tandas sambil tersenyum… Terima kasih semua.

IKLAN

Kata Dariena, disebabkan bilik airnya kecil. Setengah botol saja digunakan untuk kerja-kerja mencuci.

Cuma Spray, Tinggal 10 Minit, Siram Air, Kotoran Degil Keluar Habis

Cara Azni Latif Guna Spray Magic Ini

Benda yang paling susah nak cuci sebab berliku-liku.. nak masuk span tak lepas, berus pun tak lepas. Kita spray je pakai magic clean ni.. tinggal 10 minit siram dengan air banyak-banyak ( hilangkan bau kimia) lepastu jemur.

Baca sini : Ayam beku cepat cair guna Defrost Tray, tak perlu rendam air.

Bagi mak-mak yang rajin menyental, mencuci celahan bekas pinggan boleh dapatkan idea di sini :

Cuma Spray, Tinggal 10 Minit, Siram Air, Kotoran Degil Keluar Habis

Berus cuci celahan tray, boleh beli dekat IKEA.

Cuma Spray, Tinggal 10 Minit, Siram Air, Kotoran Degil Keluar Habis

Guna berus botol tupperware, bersih nanti semua celah-celah tu.

Cuma Spray, Tinggal 10 Minit, Siram Air, Kotoran Degil Keluar Habis

Pakai berus Ikea jenis kembang macam ni pun boleh.

Mana Nak Dapatkan Spray Magic Tu.

Hasil tinjauan Mingguan Wanita, spray magic ini boleh dibeli di kedai online Shoppe mahupun Lazada. Mak-mak juga boleh dapatkan di Watson, TESCO, Jaya Grocer, Jusco

Kata pengguna yang dah pernah guna, bila ada harga offer, satu botol tu boleh dapat harga RM10.90 saja.

Cuma Spray, Tinggal 10 Minit, Siram Air, Kotoran Degil Keluar Habis
Boleh beli di Shoppe. Klik sini : https://invol.co/cls3yh
Cuma Spray, Tinggal 10 Minit, Siram Air, Kotoran Degil Keluar Habis
Spray magic ni boleh juga dapatkan di Lazada. Di sini : https://invol.co/cls41a

MW : Selamat mencuci ya mak-mak.

Sumber/Foto : Dariena Ghazali, Azni Latif