Macam mana lah pengasuh itu sanggup cili mulut seorang bayi, Muhammad Afif Kamarol Azli yang berusia 2 tahun 6 bulan sehingga menyebabkan kematian.
Rabak hati seorang mak-mak apabila membaca tajuk di laman media sosial yang tular beberapa hari lalu. Memang patutlah rata-rata netizen meninggalkan komen yang berbaur kemarahan dengan apa yang berlaku.
Kalau sebelum ini orang dulu-dulu suka ugut nak cili mulut jika cakap benda tak elok, ini tetiba betul-betul berlaku hanya disebabkan anak kecil itu menangis. Ke mana hilangnya sifat kasih sayang dalam diri seorang perempuan?
Allahurabbi… rasa sebak bila bayangkan situasi ibu kepada arwah bayi kecil itu.
Niat asalnya konon nak berhetikan anak itu daripada terus menangis, tetapi lain pula jadinya. Bayi itu akhirnya tak boleh bernafas. Akibat perbuatan pengasuh itu, anak kecil yang tak berdosa itu meninggal dunia pada bulan Jun yang lalu, dua hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Selepas kejadian, anak kecil tersebut dikejarkan ke klinik dan terus dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar. Namun, bayi malang tersebut meninggal dunia tak berapa lama setelah tiba di sana.
Apa yang membuatkan orang ramai tak berpuas hati dengan kes ini, pengasuh berkenaan dijatuhi dengan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 28 September 2018.
Mungkin kebanyakan ramai ibu bekerja yang tinggalkan anak dengan pengasuh, rata-rata netizen cukup marah dan tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan.
Namun hakim, Datuk Abu Bakar Jais menjatuhkan hukuman tersebut selepas Asmarani Ghazali, 39, yang merupakan ibu kepada tiga anak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-kanak 2001.
Daripada pihak ibu kepada mangsa, Puan Rahmawati, keluarganya menjadi trauma atas kejadian yang menimpa mereka.
Ibu kepada bayi lelaki itu sendiri cukup kesal dan mengharapkan keadilan bagi pihak arwah anaknya kerana dia meninggal dunia akibat dianiaya dan bukannya kerana kecuaian pengasuh tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin juga menggesa mahkamah mengenakan hukuman antara 10 dan 15 tahun penjara merujuk betapa seriusnya kesalahan itu.
Hmm… bila berlaku kes yang melibatkan anak-anak di rumah pengasuh, mungkin mak ayah rasa risau nak tinggalkan anak.
Sekali pun anak-anak dah biasa, sebaiknya mak ayah buatlah sport check. Curi-curi masa pergi jenguk anak-anak di rumah pengasuh. Dan yang penting, sebelum serah anak kepada pengasuh, tolong lah selidik latar belakangnya dulu.
1. Jangan serahkan anak anda bulat-bulat. Pengasuh adalah orang luar. Ingat ya, jangan terus hantar anak disebabkan anda tidak ada masa untuk check background.
2. Biar semua jelas. Tanya berapa ramai dia jaga bayi, ada pengalaman ke tak dan berapa upah. Kalau balik lambat sebab meeting ada extra charge ke tak. Tanya semuanya.
Elok tanya juga kenapa dia nak jaga bayi? Kalau dia muda lagi, beritahu pasal anak dan tanya adakah dia boleh handle bayi.
3. Sambil-sambil berbual, tengoklah keadaan rumah pengasuh. Paling penting, diri pengasuh. Tilik kuku dan jangan lupa tengok cara dia uruskan pakaian anak. Sidai atau main letak.
4. Mak ayah kena anak 2-3 hari sebelum mula bekerja. Ini nak bagi anak mesra-mesra dulu dengan pengasuh.
5. Tolonglah jenguk anak bila ada masa. Tak payah cakap kalau nak pergi jenguk anak. Lepas seminggu ke, dua minggu ke, buat-buat lah hantar baju ke, susu ke, tengahari tu. Bolehlah tengok keadaan anak dengan pengasuh macam mana.
6. Pastikan semua bekalan untuk anak cukup. Tanya pengasuh ada apa yang kurang dan perlu beli.
7. Akhir sekali, jangan KEDEKUT DAN BERKIRA dengan pengasuh. Bila pengasuh senang dengan mak ayah, tak ada lah emosinya terganggu dan tak suka anak yang dijaga.