Bukan dalam rumah saja kena nampak kemas dan cantik, kawasan laman pun patut dibersih dari segala sampah dan rumput liar. Kalau dibiarkan rumput liar tumbuh subur dengan ‘jayanya’, silap-silap boleh undang macam-macam haiwan berbisa. Malah, kehadiran rumput-rumput meliar pada ruang halaman rumah boleh menyakitkan mata yang memandang.
Sebenarnya ada banyak cara untuk lenyapkan rumput itu, tapi kalau tak suka guna racun herbisid macam paraquat, anda boleh buat herbisid organik sendiri dengan menggunakan bahan asas yang ada kat rumah.
Cuma perlu sediakan cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Juga alat penyembur supaya senang kerja. Apa yang paling penting cara ini selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.
Bahan-Bahan:
Cuka Masakan
Ads
Sabun Cecair Pencuci Pinggan
Alat Penyembur (Spray)
Cara Membuat:
Ads
1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan kedalam alat penyembur tersebut.
3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput-rumput tersebut secara menyeluruh.
Beruntung sebenarnya mereka yang sukakan budak-budak ini. Buat diri jadi sentiasa muda pun iya. Dan pelakon Fasha Sandha pun ada sebab tersendiri kenapa dia berasa selesa, tak rimas pun bila di kelilingi ramai budak-budak.
Berkongsi pandangan di instagram miliknya, Fasha akui yang kanak-kanak lah buat hatinya jadi lebih gembira. Kerana mereka begitu jujur menghargai orang di sekeliling mereka.
Ramai Tanya, Tak Rimas Ke Dikelilingi Budak-budak
Kata Fasha,
“Ramai tanya, tak rimas ke dengan kids. Jawapannya, lagi ramai lagi I suka, sebab kids buat I happy, diaorang sangat jujur, dan pandai menghargai kita. Berbanding orang besar.”
Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi foto kenangan bersama kanak-kanak.
“Ni anak-anak buah kesayangan mami, anak BFF dan anak jiran pun. Kebetulan ada di negeri yang sama. Tak lengkap rasanya bercuti this time tanpa KR kids an elsa.
Bila mana Fasha kongsikan kebahagiaannya dikelilingi kanak-kanak, ramai yang memberikan respons positif. Malah, ada peminatnya yang berpendapat Fasha serasi jika menjadi seorang guru. Tentu anak-anaknya seronok untuk menjadi anak muridnya.
Malah, ada juga yang berpandangan, banyak pahala untuk seseorang yang ikhlas menyantuni kanak-kanak.
Banyak benarnya, malah bila tak lokek dengan kanak-kanak, ada peluang untuk gembirakan hati mereka.. maka gembirakanlah. InsyaAllah, ada rezeki yang akan bertambah tuhan berikan ganjarannya nanti.
Untuk rekod, hasil perkahwinan Fasha bersama Aidil Aziz, Fasha dikurniakan bayi perempuan Aisha Amira, 4 bulan.
Sebelumnya, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun berpisah pada 2016. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata; Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6 tahun.
Kereta dilarikan di stesen minyak, wanita kongsi detik cemas ibu dicampak keluar dari kenderaan. Keluar ke ke tandas adalah hal yang biasa kita lakukan bila singgah di stesen minyak. Malah membiarkan enjin kereta hidup dengan orang ada di dalam juga dianggap hal biasa kerana kita sering berfikir, ada yang menunggu dan pergi sekejap sahaja.
Namun satu kejadian samun kenderaan di sebuah stesen minyak Semambu, Kuantan yang tular semalam ada hikmah yang sama-sama kita pelajari. Sentiasalah MENGUNCI KENDERAAN walau niat kita nak ke tandas hanya seminit sahaja. Ini kerana musibah boleh berlaku bila-bila masa dan tak kita duga.
Kereta Dilarikan Di Stesen Minyak
Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang semalam, mangsa yang beralamat dari Sentul, Kuala Lumpur bersama ayah, 77 tahun dan emaknya, 66 tahun berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak serta ke tandas.
“Ketika mangsa mengisi minyak, ayah dan ibunya turun ke tandas.
“Selepas selesai mengisi minyak, wanita itu meletakkan keretanya di parkir berhampiran tandas dan turun meninggalkan kereta dalam keadaan enjin masih hidup kerana ibunya telah masuk dan berada dalam kenderaannya itu.
Seorang lelaki yang datang menaiki motosikal jenis Honda EX-5 telah bertindak bergerak ke kenderaan, memasuki kereta dan memecut serta melarikan ibu mangsa.
Dalam suasana cemas itu, mangsa yang sedang berjalan menuju ke tandas, terdengar emaknya menjerit meminta tolong dan melihat keretanya bergerak dalam keadaan laju.
“Ibunya yang tidak sempat turun turut dilarikan sebelum ditinggalkan tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.
Lelaki tu ckp “KAU DIAM KAU DIAM, KAU NAK BERAMBUS SGT, KAU BERAMBUS” Sambil tolak my aunt jatuh from the car 😭😭😭 my aunt dah nak 70 tahu takkkkk. And the guy is melayuuu. Ada geng lain jugakk 😭😭😭 help guys
Wanita Kongsi Detik Cemas Ibu Ditolak Keluar Dari Kenderaan
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari berkata, suspek menurunkan penumpang di tepi jalan kira-kira 400 meter dari tempat kejadian dan terus melarikan kereta jenis Honda City milik seorang akauntan wanita berusia 38 tahun tersebut.
“Semakan ke atas motosikal yang ditinggalkan suspek mendapati ia motosikal curi menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.
Tambahnya, selain kereta, mangsa turut kehilangan telefon bimbit jenis IPhone 14, kad Touch n Go (TnG) dan Smart Tag yang berada dalam kenderaan dilarikan manakala anggaran nilai kerugian mencecah RM94,000.
“Usaha mengesan suspek dan kenderaan mangsa sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam pada itu, sebentar tadi Berita Harian melaporkan, lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu semalam berjaya ditahan di Bentong.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, yang mengesahkan penahanan itu, berkata kereta yang dicuri itu juga turut ditemui.
“Ya, suspek telah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui,” katanya melalui mesej dan tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penahanan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Bentong pada 12 tengah hari ini.
Rupanya Ahmad Aqil Akbar Zaid, 10, yang dilaporkan hilang ketika berbasikal dekat rumahnya di Persiaran 5/2, Bandar Baru Putra, Ipoh, awal pagi hari ini sebenarnya merajuk dengan maknya.
Kehilangannya diviralkan orang ramai dan syukur alhamdulillah dia ditemui selamat oleh orang awam di Kuala Kangsar.
Murid Sekolah Rendah Agama Al Hidayah di Ampang, dekat sini, itu ditemui di Taman Harmoni, Kuala Kangsar, kira-kira 50 kilometer dari rumah keluarganya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu keluar sendiri dari rumah dengan membawa pakaiannya.
Wanita Yang Jumpa Ahmad Aqil
Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Zaid Mohamed Hashim, 38, berkata, dia dihubungi seorang wanita pada 2 petang yang mengaku menemui kanak-kanak lelaki menyerupai Ahmad Aqil di kawasan perumahan di Kuala Kangsar.
“Wanita itu menghubungi saya bertanyakan sama ada saya ada kehilangan anak.
“Dia kemudian mengirim gambar kanak-kanak berkenaan dan apabila melihatnya, saya pasti itu anak saya.”
Wanita itu memaklumkan dia menempatkan anak saya di rumah jiran berdekatan dan menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian.
Menurutnya, dia dan isteri, Ainun Zaharah Ismail, 36, lega dan bersyukur anak mereka sudah ditemui.
“Dari tadi saya memang sudah tidak dapat berfikir kerana terlalu bimbang anak saya hilang.
“Dialah satu-satunya anak kami dan hati saya lega bila anak saya ditemui.”
Zaid mengucapkan terima kasih kepada penduduk dan orang ramai yang menyebarkan berita kehilangan itu di media sosial sehingga anaknya berjaya ditemui.
Dia dimaklumkan anaknya akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini.
Sebelum itu, hasil kerjasama penduduk menemukan basikal anaknya kira-kira 200 meter dari rumahnya pagi tadi sebelum dia membuat laporan kehilangan anaknya itu itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada 9.30 pagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!