Cuma Perlukan 2 Bahan, Mesin Pengisar Yang Kuning Sebab Kunyit Akan Bersih Macam Baru Beli

Share

Suka guna mesin pengisar sebab nak mudahkan kerja tetapi kebanyakan orang suka biarkan blender selepas digunakan tanpa dicuci dulu. Kesannya mesin pengisar akan meninggalkan kesan kuning yang susah untuk dibersihkan, tambah pula kalau anda guna kunyit!

Andai dibiarkan, lama kelamaan warna kuning kunyit ini akan menjadikan bekas pengisar anda menjadi kehitaman dan seakan berdaki.

Untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh anda cuba. Antara bahan yang diperlukan ialah:

BAHAN-BAHAN:

2 sudu makan cuka

1 cawan air panas

CARA-CARA:

1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam bekas pengisar. Biarkan selama 2-3 minit.

2. Kisar air bancuhan cuka tadi beberapa kali sehingga kesan kotoran pada mata pengisar hilang.

3. Bilas sekali lagi dengan air panas dan keringkan.

Published by
Nadia