
Isi Kandungan
ToggleSuka guna mesin pengisar sebab nak mudahkan kerja tetapi kebanyakan orang suka biarkan blender selepas digunakan tanpa dicuci dulu. Kesannya mesin pengisar akan meninggalkan kesan kuning yang susah untuk dibersihkan, tambah pula kalau anda guna kunyit!
Andai dibiarkan, lama kelamaan warna kuning kunyit ini akan menjadikan bekas pengisar anda menjadi kehitaman dan seakan berdaki.
Untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh anda cuba. Antara bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan cuka
1 cawan air panas
CARA-CARA:
1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam bekas pengisar. Biarkan selama 2-3 minit.

2. Kisar air bancuhan cuka tadi beberapa kali sehingga kesan kotoran pada mata pengisar hilang.
3. Bilas sekali lagi dengan air panas dan keringkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengantin Dapat Beratus Gelang & Rantai Emas, Hadiah Kahwin Daripada Setiap Tetamu!

Bertuah dan rezeki sungguh apabila dapat hadiah perkahwinan mewah berupa gelang,cincin dan rantai emas daripada setiap tetamu yang hadir!
Sepasang pengantin baharu di Bach Ninh, Vietnam menjadi tular apabila mengenakan perhiasan barangan kemas yang sarat seperti golongan bangsawan, lapor laman Wolipop.
Menurut rakan keluarga tersebut, semua perhiasan itu dihadiahkan oleh tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja yang kaya-raya.
Dapat Beratus Gelang & Rantai Emas
Pengantin dikatakan menerima beratus-ratus utas gelang serta rantai emas semasa majlis perkahwinan mereka dan memakai kesemuanya serentak.
Pernikahan tersebut berlangsung pada 10 Jun lalu di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe.
“Keluarga pengantin termasuk dalam golongan kaya di daerah itu. Jadi, sempena meraikan perkahwinan, pasangan itu menerima banyak hadiah termasuk gelang dan cincin emas,” ujar seorang rakan pengantin perempuan.
Berdasarkan komen netizen, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan mewah berlangsung di Bach Ninh kerana kawasan itu sememangnya digelar sebagai pusat kediaman elit.
Mesti Baca:MEWAH Manjakan Anak, Hanya Mandikan Susu & Madu, Guna Puting Emas!
Baca lagi Di Sini:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Artikel Menarik:Beli EMAS Bukan Tengok Harga Per Gram MURAH, Terus Masuk & Beli!

Mingguan Wanita: Wah, rezeki sungguh. Untunglaa dapat beratus gelang dan rantai emas daripada tetamu yang datang di majlis perkahwinan.
Sumber: Kosmo
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terlalu Banyak Masa Bersama” Dalam Tempoh Kuarantin,Kes Cerai Di China Meningkat

Isi Kandungan
ToggleTempoh kuarantin, mempunyai lebih banyak masa bersama didalam rumah seharusnya dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan keluarga. Namun demikian, entah dimana silapnya dalam tempoh tersebut juga boleh meruntuhkan rumahtangga yang dibina.
Selepas lebih empat bulan ‘berperang’ menangani penyebaran COVID-19 dan dua bulan melalui perintah berkurung, negara China kini berdepan dengan peningkatan pasangan yang memohon perceraian.
Menurut laporan, terdapat ramai pasangan suami isteri di bandar besar seperti Xi’an, Dazhou dan Tongchuan di China telah memohon untuk memfailkan perceraian.Ia dikatakan berlaku gara-gara penguatkuasaan perintah kuarantin dalam usaha mengekang penularan wabak penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19.
Cecah Had Maksimum
Memetik laporan Daily Mail, sebuah pejabat pendaftaran di Dazhour, Wilayah Sichuan, menerima lebih 300 permohonan bercerai dalam tempoh tiga minggu sehingga 13 Mac 2020.
Di Xian, antara destinasi pelancongan popular di China dalam Wilayah Shaanxi, juga menyaksikan permohonan perceraian meningkat sejak ia dibuka semula pada 1 Mac.
Sebuah pejabat pendaftaran di Xian menerima 14 permohonan sehari, mencecah had maksimum yang dibenarkan. Malah ada pejabat pendaftaran kini menetapkan akan hanya menerima tidak lebih 10 permohonan perceraian dalam sehari berikutan jumlah permohonan yang meningkat.

Pengurus Pejabat Perdaftaran Perkahwinan Dazhour, Wilayah Sichuan, Lu Shijun memberitahu, 300 pasangan mendaftarkan perceraian sejak 24 Februari hingga 13 Mac 2020. Ini merupakan angka pendaftaran tertinggi bagi sesebuah pejabat pendaftaran.Menurut Lu, angka permohonan perceraian ini naik mendadak dibandingkan dengan sebelum merebaknya COVID-19.

2 Sebab Utama
Menurut beliau mungkin terdapat 2 sebab utama yang mengakibatkan berlakunya perkara ini.
Pertama, Pejabat Pendaftaran Perkahwinan baru sahaja dibuka semula selepas ditutup buat sekian waktu untuk mematuhi perintah lockdown di negara China.Permohonan yang mungkin hendak dibuat lebih awal, tetapi tidak dapat dilakukan kerana pejabat-pejabat pendaftaran ditutup hampir sebulan ketika penularan COVID-19 berada di kemuncak.

Kedua, ramai pasangan China dikatakan menuntut cerai akibat dari kuarantin yang terlalu lama sekali gus mencipta pelbagai drama dan konflik dalam rumah tangga mereka.Menghabiskan banyak masa bersama di rumah bukan sahaja menjadi jemu tetapi juga mewujudkan suasana tegang, sering bergaduh walaupun mengenai perkara-perkara kecil dan remeh. Akibatnya mereka memilih untuk bercerai, ujar Lu.
Baca Lagi Di Sini: COVID-19:Pertama Kali China TIADA Kes Jangkitan Baru, Hantar Bantuan Ke Malaysia
MW: Tak sangka kuarantin terlalu lama, suami isteri banyak masa di rumah pun boleh jadi punca bercerai. Apa-apa pun, pasangan suami isteri kena bijak luangkan masa bersama-sama, lakukan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan dan kemesraan di rumah. Paling penting saling bertolak ansur dalam tempoh ini.
Sumber: Daily Mail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Jual Mahal, Orang Tak Beli”, Pesan Mak Jangan Lokek, Nanti Murah Rezeki Berniaga

Tak dinafikan, semua barang naik harga. Dek kerana inilah, penjual terpaksa jual mahal untuk dapatkan untung, sekurangnya dapatlah untung dari harga kos itu.
Namun, tak semua penjual yang nak jual mahal, ada juga yang tak sampai hati untuk letakkan harga yang tinggi. Maklum sajalah, tak semua orang berkemampuan.
Paling sedih, ada yang jual mahal tapi kurangkan kuantitinya. Rasa tak berbaloi dengan harga yang dijual. Mungkin paling terkesan buat peniaga makanan. Kebanyakan bahan mentah boleh tahan harganya dan bila naikkan sedikit, dapatlah untung yang tak seberapa.
Cuma, sebagai peniaga janganlah keterlaluan naikkan harga. Takutnya lari pelanggan yang setia selama ini. Jangan kedekut dan kekalkan rasa yang dibuat selama ini.
Antara perkongsian daripada Fuad Ismail Iskandar yang boleh dijadikan panduan untuk penjual-penjual terutamanya yang terlibat dalam industri pemakanan. Ingat pesan mak supaya jangan lokek dan bersedekah agar rezeki berniaga semakin bertambah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Dari Heel Ke Boot Phua Chu Kang, Tinggalkan Dunia Glamor Kini Jual Ayam Di Pasar
Sanggup Berhenti Tentera & Jual Kereta ‘Terpakai’, Kini Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia
Jual Mahal Biarlah Berbaloi
Bila mak kita datang melawat dapur bujang.
Mak: sedappppnye bau… semerbakk bau kek..
Fuad: Nak rasa tak mak? Cuba lahhh..
Mak: Tak hingin aku kek-kek orang zaman sekarang ni.
Fuad pun saja je hidang depan mata.. sambil dia berbual sambil dia makan
Ehhh diam-diam habis jugak.
Mak: Eh dah habis ke kek tadi? Tak ada lagi ke?
Fuad: aikk.. kata tak hinginnn..
Mak: Dah makan.. sedap pulak. Dah abis ke?
Fuad pun potong lagi kek dan letak depan dia..
Mak: Berapa ringgit ni ko jual?
Fuad: RM55 mak 8”. Bulan depan naik RM60, barang-barang banyak naik. Mahal.
Mak: Jangan jual mahal-mahal sangat. Nanti tak ada orang nak beli. Kasihan kat orang nak beli.
Fuad: Iya mak. Dah tak boleh nak adjust dah. Nanti kang tak boleh nak pusing modal. Pengsan pulak.
Mak : Dah buat macam ni.. jangan ko ubah2-ubah pulak bahan dia. Mana tau ko fikir nak untung je..
Fuad : Tak ada pun mak. Dari dulu benda yang sama je letak.. tak ada kurang-kurang. Kadang-kadang letak cheese lebih adalah.
Mak: hmm bagus laa.. jangan lokek-lokek.. biar pelanggan puas…pelanggan kena jaga, diorang lah yang Allah hantar bagi kau rezeki..

Jangan lupa sedekah bila ada lebih biar murah rezeki meniaga.
Sambil dia hulur pinggan kosong ..kek habis lagi..
Macam ni lah mak-mak kita kan.
Pesanan dia tu memang akan berulang-ulang sampai kita hadam. Pesanan yang ringkas tapi bermakna.
Moga ibu-ibu kita sentiasa sihat.
Mingguan Wanita : Setakat naik sedikit oklah. Prang pun tak kisah sebab dah taku keadaan sekarang ini. Tapi jangan keterlaluan. Takutnya orang beli sekali itu saja.
Sumber: Fuad Ismail Iskandar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI