
Isi Kandungan
ToggleSuka guna mesin pengisar sebab nak mudahkan kerja tetapi kebanyakan orang suka biarkan blender selepas digunakan tanpa dicuci dulu. Kesannya mesin pengisar akan meninggalkan kesan kuning yang susah untuk dibersihkan, tambah pula kalau anda guna kunyit!
Andai dibiarkan, lama kelamaan warna kuning kunyit ini akan menjadikan bekas pengisar anda menjadi kehitaman dan seakan berdaki.
Untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh anda cuba. Antara bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN BERSIHKAN PENGISAR DARI KESAN KUNYIT:
2 sudu makan cuka
1 cawan air panas
CARA-CARA:
1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam bekas pengisar. Biarkan selama 2-3 minit.

2. Kisar air bancuhan cuka tadi beberapa kali sehingga kesan kotoran pada mata pengisar hilang.
3. Bilas sekali lagi dengan air panas dan keringkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DONUT PEACH Lebih Wangi, Manis, Juicy & Rendah ‘Acidity’ Berbanding Peach Biasa!

Isi Kandungan
ToggleBeberapa hari ini, buah ‘donut peach’ menjadi sebutan ramai. Ramai yang ingin mencuba merasai sendiri, kemanisan dan kesedapan buah yang cukup viral ini. Selain rasanya, buah ini dikatakan lebih wangi, manis, juicy dan rendang kandungan asidnya, berbanding buah peach biasa. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai banyak lagi khasiat lain yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.
Baca perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar ini sebagai rujukan.
Donut peach menjadi pujaan ramai sejak beberapa hari lepas.Kebanyakan sold out di cawangan kedai buah. Stok tak sampai, dah fully booked. Dahsyat betul penangan donut peach.
Mula mula saya ingatkan ada orang jual donut berperisa peach sedap teramat sampai viral. Sekali tengok, lah buah peach leper rupanya. Dipanggil donut peach, flat peach atau Saturn peach. Lebih gemuk berbanding peach biasa.
Paling padu, donut peach lebih wangi, lebih manis, lebih juicy dan lebih rendah acidity berbanding peach biasa.
Antara kelebihan ‘Donut Peach’:
- Padat vitamin A, C, potassium dan fiber. Selain tinggi beta-carotene, zat besi, lutein, zeaxanthin dan beta-cryptoxanthin
- Sangat mesra usus. Saya pasti anak anak pasti suka makan.
- Boleh elak risiko kanser payudara, kanser kolorektal.
- Nak baiki tekstur kulit. Nak kulit auto glowing cantik.
- Nak kurangkan rambut gugur.
- Nak seimbangkan tekanan darah.
- Nak rangsang fungsi ginjal dan pundi kencing.
- Nak kempiskan perut.
- Nak boost kesihatan jantung.
- Nak baikpulih penglihatan.
Maka, boleh lah amal makan donut peach.
Untuk ibu hamil, lagi elok amal. Bagus untuk kuatkan tulang dan lindungi pembentukan janin normal.Selain legakan sembelit dan cegah kontraksi pramatang.
Donut peach ni ada pada akhir musim panas saja. Beli dekat Jaya Grocer harga RM24.90 untuk 500g.
Boleh buat ghaso-ghaso sekali setahun.
Cubalah!
Semoga bermanfaat!

Mesti Baca:Resipi ‘Peach Buttercake’ Tanpa Serbuk Penaik, Tetap Elok Gebu & Lembut!
Baca Lagi Di Sini:Resipi DONUT PISANG Wangi Berlemak, Rasa Manis Ngam-Ngam Tekak Sedap Sangat!
Artikel Menarik:Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!
Mingguan Wanita: Banyak khasiat ‘Donut Peach’ yang viral ni. Bolehlah cuba rasai kemanisan buah ini nanti.
Sumber: Neuroversiti
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tertimbus 65 Jam Dalam Runtuhan Bangunan, Anak Tiga Tahun Diselamatkan Bernyawa

Isi Kandungan
ToggleWajah dan rambut si kecil usia tiga tahun ini diselaputi debu. Selimut kerajang melindungi tubuh halus itu selepas 65 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan. Yang diakibatkan oleh gempa bumi yang melanda pantai Aegean Turki.
Tak dapat dibayangkan, anak kecil bernama Elif Perincek ini melalui saat sukar lagi cemas selepas bangunan di diami keluarganya runtuh. Hampir tiga hari Elif bertarung nyawa. Terperangkap dalam bangunan runtuh di Bayrakali di wilayah barat Izmir sebelum diselamatkan Isninnya.
Tiga Hari Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan
“Shif saya bermula 10.30 malam. Petang semalam saya bekerja dengan 14 rakan penyelamat.Ditempat yang sama, kami sudah mengeluarkan ibu Elif dan adik-beradiknya.
Dari lokasi itu, kami meneruskan pencarian. Menuju ke ruang bilik dimaklumkan Elif berada. Sebaik sampai, kami nampak ada satu ruang yang teramat kecil, tak mungkin Elif mampu melepasinya apatah lagi terselamat.
Kami tebuk laluan dengan penukul untuk sampai ke ruangan itu. Dan di situlah kami menemui Elif. Besi bahagian atas kami potong dan bersihkan beberapa ruang. Segera saya minta selimut dari rakan penyelamat, nampaknya tiada pergerakan dikesan dari anak kecil itu.
Wajahnya penuh dengan serpihan konkrit.. saya mahu membersih wajah itu. Sebaik saya mahu menyentuhnya, Elif menarik ibu jari saya. Dia pegang tangan saya.. kuat seakan tak mahu lepas. Saya tergamam, begitu juga rakan penyelamat yang lain. Dan akhirnya kami menangis bersama-sama.” Sebak kongsi penyelamat Elif, Muammer Celik.
Ibu Dan Adik-Beradik Kembar Elif Diselamatkan
Sebelumnya, selepas 23 jam gempa bumi melanda penempatan itu, ibu Elif, Seher Dereli Perincek dan adik-beradik kembarnya yang berusia 10 tahun, Ezel dan Elzem Perincek berjaya ditarik keluar dari runtuhan.
Begitu juga dengan saudara lelakinya, Umut Perince, 7 dapat dikeluarkan. Namun, Umut kehilangan nyawanya. Sehingga saat ini, ahli keluarga Elif yang diselamatkan masih dalam rawatan.
Elif adalah mangsa ke 106 yang ditemui masih bernyawa dan berjaya diselamatkan daripada kawasan runtuhan. Dia yang mengalami kecederaan kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca memaklumkan Elif sudah pun sedar dan tidak mengalami patah tulang mahupun kecederaan yang serius. Bagaimanapun, Elif masih dalam pemantauan rapi memandangkan anak ini terperangkap dalam runtuhan dan tidak dapat bergerak untuk jangka masa yang panjang.
Adik beradik Elif juga dikhabarkan dalam keadaan yang baik.
Bencana Gempa Bumi Di Turki
Sebelumnya, kira-kira 58 jam selepas gempa seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun, Idil Sirin dapat diselamatkan di Bayrakli.

Bencana ini mengakibatkan hampir 1,000 orang cedera dan sekurang-kurangnya 150 orang masih dirawat di hospital.
Gempa dengan kekuatan 6.6 skala Ritcher mengakibatkan bencana, memusnahkan bangunan-bangunan di Turki dan Greece pada petang Jumaat lalu.
Malah, pihak berkuasa Turki memaklumkan terdapat 1,323 gempa susulan sehingga malam Isnin. Dengan 43 daripadanya bermagnitud lebih daripada empat.
Pihaknya juga melancarkan siasatan, menyiasat punca 58 bangunan yang runtuh dan rosak teruk.
Sumber/Foto : Harian Metro, Daily Sabah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Dicucuk Beli Alphard, Selagi Tak Betul-betul Kaya ‘No Way’ Ulang Kebodohan Dulu

Isi Kandungan
ToggleKerana ikutkan emosi.. keinginan masa muda, ada segelintir orang tersilap langkah. Membeli kenderaan mewah di luar kemampuan diri. Padahal diri tak betul-betul kaya lagi untuk memilikinya.
Terbuat kesilapan kewangan yang bukan setahun dua menjerat diri.
Bertahun-tahun menanggung hutang atas pembelian kenderaan yang tidak perlu. Sudahnya, nak tak nak terpaksalah membayar hutang yang sudah dibuat.
Lebih parah bila sudah mendirikan rumahtangga, sedikit sebanyak keluarga juga terpalit dengan keadaan kewangan yang mendesak.
Lelaki ini, Hamizi Hamdan pernah melakukan kesilapan kewangan ketika dirinya tak betul-betul kaya.
Baca sini : Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Orang Kaya Dengan Orang Banyak Duit
Beli Kereta Swipe Down Payment Guna Kad Kredit RM16000
Kalau saya boleh undur masa saya nak ubah kesilapan kewangan saya dahulu.
Yang utama.dan agak menyesal adalah masa saya kerja makan gaji sekitar 2006 saya beli kereta Honda Accord 2.4 baru yang berharga RM160,000.
Saya swipe kad kredit RM16,000 untuk down payment. Gila tak gila.
Lepas tu kereta tu parking dekat rumah Isnin hingga Sabtu. Kalau jalan hanya hari Ahad dan cuti umum.
Sebulan saya kena bayar RM1,785. Jangan kata lebih baik beli rumah.
Masa ini saya kerja Engineer takde masa nak belajar dan berfikir pasal mengurus kewangan. Takde masa fikir pasal diri sendiri.
Sebab Hutang Kereta Impian Beli Rumah Jadi Sukar
Bila rumah pertama terbengkalai dan dok bayar RM785 sebulan otak tak boleh fikir macam mana nak beli rumah lain. Sebab nak dapat loan rumah lagi susah daripada loan kereta.
Loan kereta tadi masih lulus walaupun swipe kad kredit RM16,000. Kalau loan rumah itu red flag.

Patutnya saya pakai sahaja Proton Wira (masa tu Wira pun dah oK), asalkan boleh sampai dari point A ke B. Anak pun sorang je masa tu. Itulah bodoh.
Sekarang dah tua baru sedar diri. Saya beli kereta Nissan Teana 2.5 v6 tu tahun 2012 baru RM35,000. Condition pun baik lagi Alhamdulillah.
Selagi Tak Betul-betul Kaya, No Way Ulang Kebodohan Dulu
Walau kena cucuk suruh beli Alphard lah Vellfire lah sorry lah kalau saya tak betul-betul kaya no way saya akan ulang lagi kebodohan dahulu.
Orang yang ‘kaya’ ni dia tak susah hati sebulan income RM5,000 pun cukup siap tidur lena. Bukan gaji RM15,000 yang dikejar hutang siang dan malam.
Orang bijak dia belajar dari pengalaman lalu.
Yang paling bijak belajar dari pengalaman orang sebelumnya.
Dan yang muda-muda tu jangan ikut nafsu. Roda itu berputar. Sekali kita di bawah, nak naik ke atas itu sukar.
Mingguan Wanita : Kadangkala kita perlu melalui tersilap langkah itu untuk belajar faham realiti kewangan. Tapi jadi parah, bila sudah melalui masih belum faham dan ulang kesilapan yang sama.
Sumber/Foto : Hamizi Hamdan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI