Siapa sangka, hasil dari sisa dapur pun boleh dijadikan baja untuk suburkan tanaman organik. Haaa… hanya golongan yang berkebun yang gigih buat dan gali ilmu untuk meriahkan kebunnya. Jadi bagi anda yang ada kebun sendiri di rumah, boleh amalkan tip daripada perkongsian saudara Imran Ab Majid
ini.Anda cuma perlu sediakan dan lakukan…
1. Ada polisterin tertutup dan tebuk dibahagian bawah dan letak diatas tanah.. untuk mikrorganisma + semut + cacing tanah menghancurkan sisa.
2. Simpan sisa dapur yang ada tetapi bukan sisa yang berminyak… contoh sisa dapur yang bagus seperti kulit telur, lebihan sayur, serbuk kopi atau teh, bawang, yang pastinya bukan sisa yang berminyak.
3. Letakkan sedikit tanah di dalam polisterin dan kemudian sisa dapur. Biarkan sehingga sisa dapur itu hancur sendiri dengan bantuan semut cacing tanah dan microrganisma.. jangan lupa tutup polisterin tersebut bagi mengelakkan takungan air hujan.
4. Untuk memastikan kelembapan kompos anda buka kotak polisterin 3 hari sekali dan sekiranya kering siram dengan air.
5. Hasilnya anda akan dapati seperti tanah hitam lembab keseluruhanya… itu dipanggil “black gold ” untuk tanaman organik.
Selamat mencuba dan berjaya!