Cuma 7 Hari Anak Boleh Kenal Dan Menulis Huruf Dengan Betul, Cikgu Ini Tunjuk Caranya

Share

Guru Linus ini menggabungkan penggunaan kad dan nyanyian sebagai satu usaha untuk mengajar anak-anak kenal huruf dan menulis huruf dengan betul. Kaedah kenal huruf dengan nyanyian ini membolehkan anak-anak kenal dan menulif huruf dalam 7 hari.

Cikgu Faridah Salleh, Guru Linus Sk Bukit Mahkota, Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor yang berkongsi video panduan untuk mak ayah mengajar anak-anak dengan teknik nyanyian untuk 5 hari.

Usaha ini perlu mak ayah teruskan dengan latihan sebaik saja selesai nyanyian memperkenalkan huruf pada anak-anak.

Kanak-kanak memang suka menyanyi. Cuba perhatikan anak-anak usia 2 ke 3 tahun, tanya mereka lagu-lagu terkini yang popular. Mesti mereka boleh hafal.

Ini tandanya lagu itu penting dalam proses pembelajaran anak-anak.

Lihatlah diri kita sendiri. Kadangkala menyanyi di dapur atau bilik air. Jadi melalui nyanyian ini memudahkan mak ayah kenalkan huruf pada anak-anak seterusnya membolehkan mereka membaca.”

Penggunaan Kad

Dalam nak memudahkan proses mengajar beserta nyanyian, ibu perlu membuat kad dengan plastik lutsinar. Setiap kad itu ada beberapa simbol yang mak ayah perlu lukis. Antaranya:

Bulan Sabit
Tiang pendek
Cawan Pecah
Mata Satu
Ekor Kuda

Jika tiada kad, mak ayah boleh juga melukisnya di atas papan putih.

Kaedah Kenalkan Dan Menulis Huruf Ikut Hari

Hari Pertama

Mak ayah perlu kenalkan anak-anak dengan huruf vokal ‘A E I O U’

Jangan lupa minta anak ikut sebutan dan nyanyi bersama mak ayah.

Hari Kedua

Ajar anak-anak kenal huruf pendek saja. Guru ini pecahkan kepada 2 kelompok.

Kelompok 1 – Huruf yang pendek ’N M S C R’

Menulis Huruf Hari Ketiga

Masih lagi memperkenalkan anak dengan huruf yang pendek ‘X V W Z’

Buatkan latihan dan sebutan bersama anak-anak.

Hari Keempat

Kenalkan anak dengan huruf tinggi ‘B D H F T K’

Ajar Anak Menulis Huruf Hari Kelima

Nyanyi bersama anak-anak dan dedahkan mereka dengan huruf yang ada ekor ‘Y G J P Q’

Nota : Setiap huruf-huruf ini hendaklah ditulis dengan huruf kecil.

Rujuk sini untuk lihat caranya di Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=-M6zLhZYj4s

Mak ayah sila bantu anak tulis dengan kemas, cantik pada buku garis 1. Guru ini tunjuk cara.

Sumber/Foto : Faridah Salleh

 

 

 

Published by
Netty Ah Hiyer