Cuma 3 Hari Mendeko Ruang Perpustakaan Sekolah Agama, Lihat Hasilnya Memang Ohsem

Share

Ohsem sungguh hasil kerja 3 hari mendeko perpustakaan sekolah agama ini. Kerja-kerja mendekorasi ruang perpustakaan sekolah agama ini merupakan program khidmat masyarakat untuk mencantikkan perpustakaan sekolah.

Sekolah terlibat adalah Sekolah Agama Seri Aman, Kampung Baru, Sri Gading, Batu Pahat. Mingguan Wanita menghubungi Naser Ibrahim, Pustakawan dari Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn merangkap pelakar dan pereka imej 3D bagi program tersebut.

Saya tunjukkan hasil ‘makeover’ perpustakaan sekolah. Hasil kerjasama saya dan team (team khidmat masyarakat bersama pihak sekolah.”

Mereka beri kepercayaan kepada saya untuk ‘makeover’ perpustakaan mereka. Alhamdulillah bermula dari perbincangan, melakar, 3D sketch dan akhirnya terhasillah ini.”

Dalam proses menyiapkan projek tersebut, mereka menggunakan barangan daripada Ikea, Kaison, Mr DIY dan hasil sendiri. Manakala cat pula menggunakan Sancora.

Siap semua dalam masa 3 hari.”

 

Proses Mendekorasi Bermula

Ulas beliau lagi, perbincangan pertama dengan pihak sekolah bermula pada 11 Februari 2018. Kemudian pada 27 Februari 2018 kami bertemu semula untuk persetujuan pihak sekolah tentang susun atur perabot, warna dan hiasan dalaman.

Proses untuk ‘makeover’ bermula pada 13 hingga 15 Mac 2018 selama 3 hari dengan jumlah petugas yang hadir purata 15 orang.”

Secara ringkasnya ruang yang diberikan adalah kecil iaitu 2 bilik yang berkeluasan sama 12 kaki x 10 kaki.

Ada juga cabaran yang perlu kami tempuh. Antaranya untuk menjadikan ruang yang kecil nampak luas dan sesuai dengan aktiviti pusat sumber sekolah.”

 

Tip Deko Perpustakaan

Ini tip yang pustakawan atau guru-guru boleh ikut sekiranya berhasrat mahu mendekorasi perpustakaan sekolah masing-masing.

• Pilih tema yang bersesuaian dengan persekitaran.
• Susunan buku kemas, mudah dilihat dan diambil.
• Kenalpasti fungsi ruangan aktiviti.
• Pastikan pencahayaan sesuai untuk membaca.
• Wujudkan ruangan yang kondusif, ringkas dan santai.
• Perabot yang boleh pelbagai guna dan boleh diubah-ubah mengikut keperluan.
• Berikan ciri khas bagi setiap dekorasi.

Sumber/Foto : Naser Ibrahim

 

Published by
Netty Ah Hiyer