Waktu dalam pantang bersalin 44 hari inilah, masa terbaik untuk recover balik tubuh badan, kulit muka mak-mak. Petua makan jamu daun inai ini memang ‘rare’ tapi berkesan untuk buat wajah mak-mak BERPANTANG kembali berseri-seri.
Mana mak-mak yang nak mencuba boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh Ct Fatimahini. Katanya, “Daun inai buat wajah berseri ketika PANTANG dan baik untuk dalaman dan mewangikan keintiman.”
Petua yang dikongsikan ini adalah ‘petua ibu buat wajah berseri-seri selepas pantang.’
Daun inai segenggam
Lesung batu buat menumbuk
√ Cuci bersih daun inai
√ Tumbuk-tumbuk lumat daun inai
√ Gentel-gentelkan kecil-kecil sebesar kepala mancis tu.
√ Simpan dalam bekas kecil dan letak dalam peti ais.
Syarat penting : Tunggu sehingga anak betul-betul bebas dari kuning baru amalkan jamu daun inai ini ya mak-mak. Makan sehingga wajah pinkish dan glowing gitew.
Selamat mencuba mak-mak dalam pantang bersalin itu. Tak salah pun nak mencuba, asalkan ianya mengikut panduan makan jamu daun inai seperti yang dikongsikan ini.
Sumber/Foto : Ct Fatimah