Ramadhan ini bukan masa bermalas-malasan ya mak-mak. Yang ada kemahiran menjahit tu, boleh cuba tengok tutorial yang dikongsikan Amyha Azhar ini. Tip dan trik macam mana nak jahit tempahan 120 bekas pensel (pencil case) secara pukal atau borong dalam masa 2 hari. Sehari lagi digunakan untuk kerja-kerja memotong.
“Untuk projek ini saya tengah siapkan pencil case borong dari satu company. So, sambul-sambil itu saya snap gambar dan share tip and trick. Alhamdulillah, ramai yang bagi respond positif. Ada yang tak pernah terfikir nak buat macam tu. Lepas try cara itu, makin laju production diaorang.”
Katanya lagi tempahan ini membolehkan dia menyiapkan :
√ 120 keping bekas pensel
√ Sabtu : Petang potong inner, cs, iron cs, potong outer
√ Ahad dan Isnin : Jahit 120 keping bekas pensel
√ Selasa: Iron-iron dan packing untuk pos.
“Alhamdulillah dipermudahkan. Tu pon on off sebab ada budak kecik nak manja-manja + bapak budak yang nak manja-manja juga. Sian bapak budak, balik time mak budak bizi rempit.”
“Siapa nak share boleh share. Moga bermanfaat untuk semua. Doakan kami murah rezeki dan kita semua murah rezeki.”
Ketika Mingguan Wanita bertanya lanjut tentang hobinya ini, Amyha tak lokek berkongsi cerita. “Sebenarnya saya jahit beg ini lebih pada hobi. Saya tak terlalu fokus pada jahitan. Tapi kalau betul-betul fokus, insya Allah lebih RM1000 boleh dapat.
Amyha juga membantu ibu-ibu yang mahu belajar menjahit. Lagi-lagi untuk anak mereka. “Sekarang ada kelas zipper angpow purse online. Untuk offline pun saya ajar. Yang KL Angpow purse tu last Ramadhan banyak juga hasil jualannya. Tahun ini saya upgrade tambah zip.”
Sumber/Foto : Amyha Azhar