Lagi kes bayi meninggal di rumah pengasuh, satu berita yang kaum mak-mak yang bekerja cukup bimbang setiap kali nak hantar anak pada orang luar.
Walau hati berkecai, namun ibu muda Nur Aziemah Zahari, 26, redha dengan ujian yang mana anaknya maut akibat pendarahan dalam kepala.
Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar yang baru berusia 9 bulan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.49 petang selepas dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh pada Isnin.
Ibu kepada bayi tersebut menerima panggilan telefon kira-kira 10.30 pagi, Jumaat lepas.
Sebaik tiba di rumah pengasuh yang berusia 30 tahun, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
Kalau ikutkan cerita dari pengasuh, dia menyedari keadaan bayi lelaki dalam keadaan lemah di ruang tamu selepas keluar dari tandas.
Ibu kepada Firas dan suaminya kemudian membawa mangsa ke Hospital Seri Manjung sebelum dipindahkan ke HRPB hari yang sama, berikutan keadaan anak tunggalnya itu yang semakin kritikal.
Dalam masa yang sama, ibu saudara mangsa Azilina Ismail, 36, melahirkan rasa kesal kerana pengasuh tidak menghantar bayi berkenaan ke hospital selepas mendapati Muhammad Faris berada dalam keadaan lemah.
Susulan itu dua laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung dan Balai Polis Sungai Senam.
“Saya hantar anak dalam keadaan sihat, malah pagi itu saya ada mesej pengasuh dan dia mengatakan anak saya Okay.
Memang terkilan, saya sendiri selalu baca berita macam ni dan saya sendiri takut kalau jadi pada anak saya. Tapi nampaknya Tuhan dan tentukan begitu…”
Menurut sumber Sinar Harian, bayi itu sebelum ini dihantar kepada ibu saudaranya dan baru 3 minggu pengasuh dijaga pengasuh.
Apa pun salam takziah kepada ahli keluarga mangsa, moga kes bayi meninggal yang berkait dengan pengasuh ini tidak lagi berulang.