Cucu nenek tular baca Yasin ketika SPM 2024 dapat 4A+, 5A. Tentu ramai yang masih mengingati kisah menyentuh hati seorang nenek yang setia membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024.

Cucu Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024 Dapat 4A+, 5A

Cucu Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024 Dapat 4A+, 5A

Cucu Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024 Dapat 4A+, 5A

Cucu Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024 Dapat 4A+, 5A

Menerusi perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna bernama Cikgu Muhamad Nazri, remaja lelaki tersebut berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 4A+ dan 5A dalam peperiksaan berkenaan.

@crmuhamadnazri Viral nenek baca yaasin masa cucu ambil SPM. Korang nak tgk hasilnya? #spm2024 ♬ Applause – Clapping Sound Effect 4 – Hollywood Sound Effects

Ads

“Ramai yang masih ingat kisah nenek yang baca Yasin semasa cucunya ambil SPM. Ini hasilnya. #spm2024,” tulisnya sambil berkongsi gambar salinan slip keputusan pelajar tersebut.

Kejayaan ini menjadi bukti berkat usaha gigih pelajar yang kehilangan ibunya pada Oktober lalu, serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada nenek tersayang yang hadir setiap hari ke maktab bagi memberi dorongan dan membacakan Yasin sepanjang tempoh peperiksaan yang berlangsung pada Januari lalu.

Perkongsian yang dimuat naik itu telah meraih lebih 360,000 tontonan, menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Cucu Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024 Dapat 4A+, 5A

Ads

 

Cucu Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024 Dapat 4A+, 5A

Rata-rata warga maya berkongsi rasa sebak dan turut gembira dengan kejayaan pelajar itu, selain menitipkan doa agar masa depannya terus gemilang.

Ads

Sumber: TikTok crmuhamadnazri

Baca artikel lain juga: Kisah Kejayaan Tiga Beradik Bergelar Doktor: Inspirasi Dari Kesusahan

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI