Cucu Mat Kilau Diamanahkan Jaga Keris, Ada Kisah Tak Diceritakan Dalam Filem Epik Itu

Share

Filem Mat Kilau yang berjaya menarik rakyat Malaysia untuk melihat sendiri tentang kebangkitan pahlawan zaman dulu sehingga menjadi bualan hangat. Malah, karya sejarah ini telah mencatatkan kejayaan luar biasa.

Kejayaan Mat Kilau yang mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem tempatan dengan jumlah kutipan paling tertinggi dalam sejarah industri perfileman. Tidak hairan, ia turut ditayangkan di platform perstriman digital Neftflix. Buakn calang-calang filem.

Bukan setakat orang dewasa, kanak-kanak pun turut bersemangat dengan setiap jalan cerita yang ditunjukkan. Namun, ada sesuatu yang mungkin penonton tidak tahu tentang kisah yang tidak ditunjukkan dalam filem Mat Kilau itu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Habis Terpelanting PopCorn Dia..’ Meremang Bulu Roma Tonton Filem Mat Kilau

 

Filem Mat Kilau, Ada Kisah Tidak Diceritakan

Kisah ini diceritakan oleh cucu Mat Kilau yang memegang amanah menjaga keris Mat Kilau.

Pada tahun 1892. Rombongan Inggeris mula masuk ke Tanah Melayu dan mula mempromosikan Sistem Resinden untuk diamalkan di Tanah Melayu.

Rombongan Inggeris mula mencari pemimpin dan pembesar tempatan untuk menandatangani MOU supaya terima sistem ini.

Ada 2 tokoh pembesar pada ketika itu yang enggan menerima sistem residen ini. Seorangnya Dato Bahaman dan seorang lagi Tok Gajah.

Pendekkan cerita. Ketika rombongan Inggeris mengunjung kediaman Tok Gajah untuk memujuk menandatangani MOU ini.

Tok Gajah enggan terima dan dikatakan berlaku pertengkaran antara Tok Gajah dan rombongan Inggeris itu.

Semakin kuat pertengkaran dan pergaduhan tercetus.

Mat Kilau yang berada dalam kediamannya rasa wajib mempertahankan ayahnya dari ancaman Inggeris yang telah hilang adab sebagai tetamu.

Mat Kilau bangkit dan berlaku pergaduhan dengan rombongan Inggeris. 5 orang telah terkorban nyawa.

Menariknya, 3 darinya adalah orang Inggeris dan 2 darinya petualang bangsa (pengkhianat).

Terima Keris

Ketika umur 16 tahun Mat Kilau terima keris dari ayahnya Tok Gajah.

Umur 20 tahun telah menggunakan amanah keris itu dengan mempertahankan ayahnya dari cengkaman Inggeris.

Pesan Mat Kilau. Jangan percaya pada sebatang besi.

Jaga Agama, bangsa dan jaga negara.

JANGAN SAMPAI HILANG NEGARA!!!

*Dalam gambar ini adalah keris yang digunakan oleh Mat Kilau dan yang pakai songkok adalah cucu Mat Kilau.

Mingguan Wanita : Salah satu filem menarik dan boleh dijadikan semangat penyatuan ummah yang sarat dengan mesej patriotik.

Sumber: Mohamad Afizan Ghazali

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora