Cuci NASI SEJUK Panaskan Dalam Rice Cooker, Elok Berderai Cantik Lembut Macam Baru Masak!

Share

Kebiasaannya lebihan nasi yang tak habis akan disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama dan tak mudah basi. Namun demikian, selalunya tekstur nasi akan jadi lebih kering dan tak sedap macam nasi baru.

Selain kukus nasi untuk memanaskannya semula dan membuatkan nasi lembut berderai, ada cara yang lebih mudah mak-mak boleh lakukan. Iaitu dengan basuh dulu nasi tersebut. Hasilnya nasi memang elok lembut berderai macam nasi yang baru masak.

Baca perkongsian tip daripada Izz Ekin ini sebagai panduan;

Pernah ternampak post pasal nasi cuci ni. Kebetulan 2 hari lepas masak nasi terlebih simpan peti ais musim panas ni makan nasi pun kurang.

Selalu nasi sejuk saya kukus tapi hari ni try cuci nasi tu lepas tu masuk rice cooker ehh hasilnya nasi berderai cantik lembut macam nasi baru masak.

Terima kasih pada yang kongsi ilmu tak ada la membazir nasi lepas ni jimat buat cara ni.

Cara-Caranya:

1. Cuci nasi sejuk macam kita cuci beras ja.

2. Lepas tu buang semua air dan masak nasi macam biasa di rice cooker.

Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Cantik Kejadian MASAK NASI Atas Dapur, Ikut TIP Dari Chef Korea!
Baca Lagi Di Sini:Masak Nasi Cepat, Jimat Masa Guna AIR PANAS Kejap Je Mendidih!
Artikel Menarik:Masak Nasi Cepat, Jimat Masa Guna AIR PANAS Kejap Je Mendidih!

Mingguan Wanita: Boleh cuba tip yang dikongsikan ini barulah nasi tak keras, elok lembut macam baru masak.

Sumber:Izz Ekin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab