Cuci Mesin Basuh Front Loader Guna Cuka & Soda Bikarbonat, Elak Baju Bau Masam

Share

Mesin basuh yang mak-mak guna dan pakai berkali-kali itu, rupanya kena dibasuh bahagian dram sebulan sekali. Jika dibiarkan tanpa dibersihkan, akan menghasilkan bau masam pada pakaian.

Walaupun, baju-baju seisi keluarga sudah dicuci bersih dan kering di jemuran. Bau masam tetap akan keluar. Resah hati mak-mak bila jadi macam itu. Rasa tak selesa nak pakai baju tu kan.

Bagi mengatasi masalah baju berbau masam, walau sudah dicuci mesin, Maryam Salleh berkongsi cara membersihkan mesin basuh pintu depan (front loader).

Sebelum ini MW pernah juga kongsikan cara mencuci mesin basuh isian atas yang selalu mak-mak guna kan. (klik sini untuk baca linknya).

 

Kata Maryam, soda bikarbonat beli di kedai bakeri, harganya lebih murah. Dengan sukatan yang tepat, masukkan soda bikarbonat pada tempat sabun.

Cara Cuci Mesin Basuh Front Loader

Kata Maryam, “Pernah tak basuh baju tapi masih bau masam? Mungkin ada banyak daki air pada dram mesin basuh. So ini saya terjumpa cara membersih mesin basuh pintu depan (front loader)

 

Sukatan cuka yang tepat ini masukkan pada bahagian dram letak baju.

Begini :

1. Larutkan 1/4 cawan soda bikarbonat dengan 1/4 air – Masukkan dalam tempat sabun di mesin basuh
2. Masukkan dua cawan cuka ke dalam dram tempat letak baju.
3. Tutup pintu, set untuk basuhan. Start.
( boleh pilih tub cleaning jika ada)

NOTA KAKI :

 cuka dan soda bikarbonat dapat melarutkan mineral yang melekat di dalam mesin basuh. Cuci sebulan sekali disyorkan supaya mesin basuh sentiasa bersih dari daki air yang menyebabkan bau masam pada baju.

MW : Mudah kan caranya. Paling penting, bahan pun senang jumpa dan jimat. Selamat mencuba ya mak-mak.

Sumber/Foto : Maryam Salleh

Published by
Netty Ah Hiyer