Mesin basuh yang mak-mak guna dan pakai berkali-kali itu, rupanya kena dibasuh bahagian dram sebulan sekali. Jika dibiarkan tanpa dibersihkan, akan menghasilkan bau masam pada pakaian.
Walaupun, baju-baju seisi keluarga sudah dicuci bersih dan kering di jemuran. Bau masam tetap akan keluar. Resah hati mak-mak bila jadi macam itu. Rasa tak selesa nak pakai baju tu kan.
Bagi mengatasi masalah baju berbau masam, walau sudah dicuci mesin, Maryam Sallehberkongsi cara membersihkan mesin basuh pintu depan (front loader).
Sebelum ini MW pernah juga kongsikan cara mencuci mesin basuh isian atas yang selalu mak-mak guna kan. (klik sini untuk baca linknya).
Ads
Kata Maryam, soda bikarbonat beli di kedai bakeri, harganya lebih murah. Dengan sukatan yang tepat, masukkan soda bikarbonat pada tempat sabun.
Cara Cuci Mesin Basuh Front Loader
Kata Maryam, “Pernah tak basuh baju tapi masih bau masam? Mungkin ada banyak daki air pada dram mesin basuh. So ini saya terjumpa cara membersih mesin basuh pintu depan (front loader)”
Ads
Sukatan cuka yang tepat ini masukkan pada bahagian dram letak baju.
Begini :
1. Larutkan 1/4 cawan soda bikarbonat dengan 1/4 air – Masukkan dalam tempat sabun di mesin basuh 2. Masukkan dua cawan cuka ke dalam dram tempat letak baju. 3. Tutup pintu, set untuk basuhan. Start. ( boleh pilih tub cleaning jika ada)
Ads
NOTA KAKI : cuka dan soda bikarbonat dapat melarutkan mineral yang melekat di dalam mesin basuh. Cuci sebulan sekali disyorkan supaya mesin basuh sentiasa bersih dari daki air yang menyebabkan bau masam pada baju.
MW : Mudah kan caranya. Paling penting, bahan pun senang jumpa dan jimat. Selamat mencuba ya mak-mak.
Vanity mirror ni kalau beli siap harganya memang atas RM100. Iyalah campur kos barang, kos upah lagi. Nak jimat, cuba buat DIY vanity mirror sendiri dengan kos paling bajet.
Idea kreatif yang dikongsikan E’zzati Zainol Sugarbomb ini betul-betul menjadi. Sebab bukan saja mudah, malah murah. Jauh beza dari harga jual vanity mirror di pasaran.
Sebabnya, nak siapkan cermin berlampu untuk meja solek ini bahan-bahannya cuma 4 barang saja.
Kata E’zzati, “Saja nak share vanity mirror kos paling bajet. Nak beli yang siap tak mampu lagi. Jadi, DIY barang yang sedia ada.”
DIY Vanity Mirror Dengan Kos Paling Bajet
Kotak, wallpaper, fairy lights (boleh beli di Kaison), bola ping pong.
Potong kotak ikut ukuran cermin, cantumkan kotak dan wallpaperkan.
Tebuk lubang guna pensil. Ni kotak yang dah balut wallpaper ya. Yang ini contoh je, sebab yang betul dah siap.
Masukkan lampu di bahagian belakang kotak.
Tebuk bola pingpong dan masukkan lampu. Gamkan bola pada kotak.
Tara..dah siap. Boleh la nak jimat kos.
Tara..dah siap. Boleh la nak jimat kos.
Ada Yang Dah Mencuba, Cantik Hasilnya
Ilham kreatif yang dikongsikan E’zzati ini benar-benar menjadi. Sebabnya ada netizen yang sudah mencuba dan kongsikan hasil kreativiti vanity mirror yang dibuat sendiri. Cantik!
Haa.. mudahkan nak buat vanity mirror sendiri. Bolehlah cuba nanti ya. Jangan lupa sharekan hasilnya.
Memang serabut rasa bila saluran air di rumah mula tersumbat, tersekat dan tak lancar. Sebelum nak panggil tukang paip, sebenarnya boleh baiki sendiri guna dawai spring dulu. Rupanya mudah je nak baiki, dengan cara ini saluran air akan kembali mengalir lancar.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini sebagai rujukan;
Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu,ibu tunggal,pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.Kalau saluran paip tersumbat,ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar.
JANGAN SESEKALI JOLOK DENGAN BATANG PENYAPU/BENDA KERAS/TAJAM PADA SALURAN AIR. Nanti pecah,banyak kerja dan kos tinggi.
Guna Dawai Spring
Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Pilih. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nak masuk ke saluran. Tinggalkan sikit je yang lembut lebih kurang sejengkal.
Ini bukan putus tapi saya potong bahagian lembut tu. Supaya senang jolok dala saluran paip. Tinggalkan sejengkal je lebih kurang.
Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk.Dah masuk,putar wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.
Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan.Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill. Kalau tak yakin/tak nampak saluran air camna, putar je manual pakai tangan.
Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.
Dah ok,tarik wayar naik.
Siap.
Satu tips berguna jaga saluran sinki dapur : SEMINGGU SEKALI JIRUS AIR PANAS KE SINKI DAPUR UNTUK BAGI LEMAK MAKANAN MENGALIR.
Harap bermanfaat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah saluran paip tersumbat dekat rumah tu, boleh buat macam ni dulu sebelum nak panggil tukang paip. Jimat!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Siapa sangka campuran telur ayam segar dan minuman kultur yakult boleh menghasilkan hormon penggalak pokok berbuah lebat!. Mak-mak yang ada tanam sayur-sayuran atau buahan-buahan sekeliling rumah tu, boleh cuba hasilkan sendiri hormon penggalak pokok berbuah lebat ni. Pastinya lebih selamat, organik tanpa menggunakan bahan kimia! Boleh cuba gunakan pada pokok yang jarang berbuah walaupun dah jaga dengan sebaiknya.
Cara menghasilkan hormon penggalak pokok berbuah lebat ini didalam bentuk video berbahasa Thailand dan ia dikongsikan oleh Encik Anim Hosnan.
Hormon Bagi Pokok Berbuah Lebat
Bahan-Bahan :
2 biji telur
1 botol yakult
Botol Air 500ml
Cara Membuat:
1. Pecahkan telur ayam segar dalam mangkuk.
2. Gunakan pencorong masukkan telur tersebut kedalam botol.
3. Kemudian masukkan pula setengah botol yakult ke dalam botol berisi telur tadi.
4.Goncang sebati bahan-bahan tadi dan peram selama 3-4 hari.
Info Ekstra!
Pastikan penutup botol dilonggarkan untuk pelepasan gas yang dihasilkan semasa proses fermentasi berlaku.
Simpan ditempat yang bersuhu bilik dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.
Kaedah Penggunaan: Untuk semua jenis pokok
(Untuk semburan/spray keseluruhan pokok) :
Ambil 2-3 sudu makan campur 20 litre air.
(Untuk siraman ke tanah) :
Ambil 5 sudu makan campur 20 litre air.
Spray/siram dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!
Untuk lebih jelas, lihat perkongsian video di bawah ini.
Cukup menarik dengan hanya menggunakan dua bahan dan kos yang murah namun mudah dilakukan. Yang paling penting ia berkesan, tidak beracun dan tiada kesan toksik pada tanaman mahupun pengguna.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...