Agak-agak berapa kerap mak-mak cuci mesin basuh? Maksudnya, cuci mesin basuh itu sendiri dan bukannya guna mesin basuh untuk cuci pakaian. Atau mingkin juga tak pernah cui mesin basuh itu. Sebab itulah, jangan pelik dan hairan kalau pakaian yang kita bersihkan itu ada tompokan sabun atau kotoran halus yang masih melekat pada pakaian.
Bagi mak-mak yang kerap guna mesin basuh ini, ambillah masa sekejap bila dah siap semuanya dan cucilah mesin basuh itu. Lagi satu, nanti boleh tengok tahap kebersihan pada pakaian mahu pun dalam mesin basuh itu sendiri.
Kalau mak-mak tak tahu macm mana nak bersihkan. Perkongsian daripada SuperDaddy, Khairul Abdullah, boleh membantu dan memberi panduan untuk semua.
Saki Baki Sabun
“Saya cuci mesin basuh ini setiap 2-3 minggu sekali. Itu pun tiap kali cuci air, ia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
“Lagi kerap basuh lagi banyak sisa sabun dan sisa kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
“Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah dalam RM3 lebih. Kemudian, campur cuka. Boleh guna banyak kali. Kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: DIY Gel Silika, Beli Timbang Kilo. Masalah Habuk Kulat Perabot Rumah Terus Hilang
DIY: Sorok Wayar TV Dengan Bajet Murah Saja. Semudah ABC
Info Lebih Menarik DI SINI
Cara mudah sangat sesuai untuk mesin basuh top loading atau front loading.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.
Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi kan?
Jom, kita pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Air tu tetap berbuih macam letak sabun, padahal tak pun. Ada nampak warna gelap sedikit air tu. Itu cuci setiap 2-3 minggu, kalaulah tak pernah cuci langsung, mau hitam kot.
Buka tray sabun tu dan cucilah bersih-bersih. Guna berus basuh botol susu anak.
Guna wet wipes, masukkan tangan dalam tu dan gosok sekeliling bahagian dalam tu. Kalau ada kesan yang tak keluar boleh guna bleach. Pakai glove, celupkan span dalam bleach dan gosok.
MW: Mana-mana mak yang tak pernah cuci mesin basuh tu, boleh cuba cuci. Nanti tengoklah hasilnya kan…
Sumber: Khairul Abdullah
SuperDaddy
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI