Kalau ikutkan memang banyak grup projek cuci telekung surau awam di kawasan setempat kita. Yang mana, aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Setiap telekung yang mahu dicuci diagihkan antara ahli. Bagaimana pun, idea cuci telekung persendirian yang dilakukan oleh Puan Zatika Izati Puade menarik perhatian Mingguan Wanita.
Sebabnya, beliau tunjukkan cara bagaimana mahu memulakan aktiviti cuci telekung di surau awam secara persendirian. Tip yang beliau kongsikan ini dijalankan aktivitinya sekitar bulan Mac yang lalu iaitu ketika cuti persekolahan anak-anak. Ramadhan ini tentulah lebih baik lagi jika anda dapat praktikkannya.
“Wrap up aktiviti cuci telekung pertama tahun ini. Jumlah keseluruhan 73 helai, dibasuh dalam 3 batch.” Tulis Puan Zatika di halaman facebooknya.
Idea Cuci Telekung Di Surau Awam
Cara ini lebih mudah bagi saya sebab tak perlu beli telekung baru. Cuma cuci/ baiki telekung yang sedia ada tu. Surau-surau awam ini sebenarnya sudah banyak telekung wakaf yang disumbangkan individu, cuma mungkin tidak dijaga betul.
Ada yang kotor dek mekap, foundation, maskara, lipstik, ada juga yang masam dek peluh dalam cuaca hangat lit-lit ni.
(Satu lagi sebab ialah telekung wakaf yang disumbangkan kerap hilang)
“Belum sempat lagi nak bikin grup, saya kongsikan dulu aktiviti cuti sekolah mak-mak mereput di rumah wakaka. *nanges*”
Sebelum ini Puan Zatika ambil kesemua telekung dan tinggalkan telekung wakaf baru. Tapi disebabkan telekung wakaf selalu hilang, belia gunakan cara basuh by batches. Ambil separuh ke, 1/3 ke. Asalkan ada telekung yang boleh digunakan sementara kita basuh yang lain tu.
Bagi mengelakkan telekung bercampur, aktiviti cuci telekung ini diselesaikan satu per satu. Lepas siap cuci telekung-telekung satu surau awam, barulah dia mulakan cuci telekung di surau awam yang lainnya.
Ini Cara Nak Mulakan Cuci Telekung Surau Awam
Bawa beg plastik besar atau kotak supaya senang nak masukkan telekung yang perlu dibasuh. Seelok-eloknya datang waktu awal pagi. Orang tak ramai dan belum nak gunakan surau.
Maklumkan orang berkenaan atau kakak cleaner atau guru atau pakcik guard sekolah yang kita ambil telekung untuk dibasuh.
Ads
Gantung terus telekung yang kita dah basuh. Bawa pulang yang kotor untuk dibasuh. Dengan cara ini pengguna masih ada telekung untuk dipakai berbanding jika kita ambil dan basuh semua.
Kalau rajin, bawa wet tisu dan tolong lap rak dan lantai. Atau maklumkan pada pengurusan. Mereka ada pekerja yang akan bersihkan surau.
Telekung berwarna gelap mudah dicuci.
Masukkan saja dalam mesin dobi, tambah sabun dan pelembut dan set basuhan kepada HOT (panas).
Dalam cuaca panas macam ni, basuhan cepat kering.
Ads
Baru letak sabun dah keluar kotorannya. (How can one pray with telekungs like these?)
Saya suka rendam semalaman dan berus sebelum disumbat ke dalam mesin dobi. A theraphy for me looking at clean, fragrant telekungs.
Salah satu penyumbang telekung wakaf. Thank you!
Batch kedua selepas dibasuh dan digantung.
Ads
Lantai pun sudah divakum.
Hahaha. Bab melipat ni den lomah sikit. 2-3 hari jugalah depa duduk atas kerusi tu.
Telekung yang siap dibasuh, dilipat dan dibungkus, untuk dipulangkan semula.
Gunakan kerahan tenaga untuk menolong mengangkat. Maklumkan kakitangan berkenaan yang kita sudah pulangkan semua telekung.
Itu saja. Repeat at other places or the same place in maybe 3 months time? Ajak anak-anak sekali.
Nota : Bagusnya jika ada individu yang sanggup membuat amal kebaikan memudahkan urusan ibadah orang lain ini. Sebenarnya cara ini juga sebahagian daripada sedekah jariah yang mak-mak boleh lakukan.
Memang menarik kisah pasangan pengantin baru dari Raub, Pahang ini. Masa kan tidak, pengantin lelakinya sanggup mengambil masa selama empat jam pada sebelah pagi hari majlis persandingannya untuk memasak sendiri 10 jenis nasi untuk disajikan kepada 2,000 tetamu. Hebat! bukan calang-calang pengantin boleh sediakan pelbagai hidangan dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi pada hari bahagia mereka.
Memetik laporan Harian Metro,seorang pengantin lelaki bernama Muhammad Syukri Addnan, 28, sanggup memasak sendiri 10 jenis nasi selama empat jam pada sebelah pagi pada hari persandingannya. Kesemua masakan itu ingin disediakan kepada 2,000 tetamu. Bukan itu sahaja, bajet dikeluarkan oleh lelaki ini untuk makanan lagi banyak dari pakaian yang dikenakan di hari persandingan.
Syukri berkata dia hanya memakai pakaian berharga RM150, manakala isterinya, RM250, tetapi membelanjakan RM9,000 untuk makanan kepada tetamu.
Mengusahakan Syarikat Katering
Dia yang mengusahakan syarikat katering bersama keluarganya, ANAC Katering Enterprise sangat berpuas hati kerana tetamu yang hadir pada 13 Januari lalu gembira dengan makanan yang dihidangkan.
“Saya tidak kisah memakai pakaian yang murah, asalkan makanan yang disediakan terbaik dan sedap serta menggembirakan tetamu.”
“Idea itu sebenarnya untuk saya menghargai pelanggan di sekitar Raub (Pahang) selain untuk mereka mencuba keenakan pelbagai jenis nasi yang kami boleh sediakan.
“Sebelum itu, saya umum dalam Facebook (FB) untuk menjemput semua orang datang ke majlis persandingan kami di Kampung Melayu Sungai Lui 2, Raub,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Belajar Memasak Daripada Ibu
Dari segi persiapan, Muhammad Syukri berkata, dia mula mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kesemua jenis nasi empat hari sebelum majlis. Dia menggunakan 97 kilogram (kg) beras untuk memasak Nasi Hujan Panas, Nasi Jagung, Nasi Serai, Nasi Beriani, Nasi Arab, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Keduli, Nasi Lobak dan Nasi Putih.
“Saya belajar memasak daripada ibu saya, Norazizah Ahad, 60, yang memang suka dan pandai memasak serta kebolehan ini mungkin diwarisi daripadanya.”
“Lagi satu, saya juga ikut gaya ayah saya, Addnan Md Amin, 63, yang akan sediakan makanan yang agak ‘mewah’ untuk tetamu dalam apa saja majlis,” katanya yang menikahi isteri, Nazirah Mokhtar, 22, pada 30 Disember 2017.
Anak keenam daripada sembilan beradik itu tidak kisah belanja banyak untuk makanan serta menganggap ia antara salah satu cara bersedekah. Syukri juga bersyukur kerana makanan yang disediakan mencukupi dan habis sebaik majlis berakhir pada 3.30 petang.
“Selain daripada 10 jenis nasi, saya menyediakan tujuh jenis lauk dan enam jenis air berperisa untuk tetamu dan Alhamdulillah, tiada pembaziran berlaku kerana semuanya habis dan cukup.
“Saya tidak kisah keluarkan belanja banyak untuk penyediaan makanan majlis kedua-dua pihak ini kerana kalau makan, kita akan kenyang dan ini juga adalah satu daripada cara untuk bersedekah,” katanya.
Dalam masa saya, Muhammad Syukri juga gembira kerana menerima banyak komen yang positif daripada tetamu selain ada yang mendoakan mereka murah rezeki dan bahagia dalam perkahwinan.
Mingguan Wanita mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan ini & selamat melayari bahtera rumahtangga.Semoga bahagia hingga ke syurga!
Pertama kali tengok little cottage dalam kebun ini, terus teruja nak kongsikan dengan pembaca. Awesome dan cantik sungguh. Paling unik bila, pondok kecil berkeluasan 22 x 10 kaki persegi ini dibina dalam kebun yang jauh dari bandar. Dekorasi hiasan dalaman pondok kecil dalam kebun ini memang menarik untuk dijadikan inspirasi.
Little Cottage dalam kebun ini tak mempunyai bilik tidur. Ruang dalamannya boleh memuatkan keluarga pemiliknya, Puan Yann Ariff dengan jumlah ahli keluarga seramai 7 beranak. Akuinya, sepanjang menyiapkan rumah ini mereka selamat daripada sebarang gangguan. Tentulah haiwan liar dalam hutan itu kan?
“Inilah little cottage kami bila balik berkebun. Walaupun kecil ada juga tempat berehat. Rangka binaan asas kami upah tukang untuk dirikan seperti dalam gambar.
Kebun ini jauh dari rumah kami di Kuala Lumpur. Jarang-jarang dapat berkebun. Ada masa nanti nak sambung bilik.
Pelantar depan rumah untuk lepak-lepak dan nak buat pagar kayu putih keliling rumah. In Sha Allah.
Pengalaman pertama menyiapkan rumah duduk dalam kebun yang gelap. Jiran-jiran pun jauh. Terpaksa bermalam di sini dengan pintu dan tingkap tak berpasang lengkap. Lagi scary.. Tapi Alhamdulillah kami selamat tanpa gangguan kenangan bersama anak-anak tersayang.
Wall paper, cat little cottage, pasang tingkap semua kami buat sendiri.Wiring dalam litte cottage ini pun suami buat sendiri menggunakankuasa generator selama setahun.
Pasang paip air dalam pondok kecil ini semua dibuat oleh ‘my hero.
Sentuhan Akhir Little Cottage Dalam Kebun Yang Awesome
Cantikkan hasil little cottage yang dah siap ini. Kreatif sungguh pemiliknya. Walaupun cuma little cottage dalam kebuh yang jauh dari bandar, dekorasi dan hiasan dalaman pondok kecil ini cukup menarik perhatian. Sekali gus menyuntik inspirasi buat mak-mak yang tengah tercari-cari idea menghias kediaman itu.
Sumber/Foto : Yann Ariff via Kelab Deco Deco Rumah (KDDR)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh malang tidak berbau, boleh berlaku dimana-mana sahaja.Penyebabnya adakalanya sungguh tidak diduga. Pesanan buat semua, berhati-hatilah ketika berada didalam bilik air.Keadaannya yang basah, lembab dan licin berisiko untuk jatuh tergelincir sekaligus boleh mengakibatkan kecederaan pada diri.
Seorang lelaki maut dan menemui ajal selepas tergelincir dalam bilik air dan terjatuh ke atas berus pencuci tandas menembusi tengkorak menerusi mata kanan.
Gambar ngeri menunjukkan mangsa berusia 60 tahun itu terbaring di katil hospital di Moscow dengan berus yang berlumuran darah masih terjulur dari kepalanya.
Pakar bedah terpaksa ‘mengopek tengkorak mangsa’ untuk mengeluarkan pemegang berus berkenaan, lapor Daily Mail.
Namun keadaannya semakin teruk dan meninggal dunia beberapa hari kemudian kerana tidak sedar daripada koma.Akhbar tempatan, Moskovsky Komsomolets melaporkan, mangsa tergelincir pada lantai bilik air di rumahnya di Istra.
Menurut laporan, berus berkenaan dikerat tetapi pemegangnya tidak dapat terus dikeluarkan.
“Doktor mengopek tengkoraknya dan membuang serpihan tulang berkenaan sebelum mengeluarkan pemegang berus berkenaan.
“Pada mulanya pembedahan nampak berjaya, namun pesakit itu tidak terjaga dari koma dan akhirnya meninggal dunia,” lapor akhbar berkenaan.
Jadikan kisah ini satu pengajaran.Semoga kita lebih berhati-hati dan berwaspada ketika berada didalam bilik air, bagi mengelakkan risiko yang boleh mendatangkan bahaya pada diri seperti terjatuh mahupun tergelincir ditempat sebegini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...