Cubaan ‘sondol’ rumah tangga, Nadya Syahera pesan wanita bujang tidak ganggu keharmonian pasangan suami isteri. Isu tentang ‘penyondol’ sejak akhir-akhir ini semakin hangat. Apatah lagi tehadap pasangan suami isteri yang bergelar selebriti.
Wanita yang ingin menjadi penyondol dalam rumah tangga orang lain, tolonglah berubah dan jangan aniaya kaum sendiri.
Setiap kali bertemu dengan selebriti pasti akan terpacul soalan tentang pengalaman ‘disondol’. Seperti kaum isteri yang lain, pelakon Nadya Syahera turut berkongsi tentang rumah tangganya yang cuba diganggu pihak ketiga.
Untuk rekod Nadya dan suami, Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, Mohamad Dayyan dan Muhammad Barr Adam.
Nadya juga mendedahkan wanita berkenaan dianggap tidak mampu menggantikan tempatnya.
“Mungkin wanita ini nampak suami saya berduit dan memiliki segala-galanya.
“Tapi kalau dia ada di tempat saya, sanggup tak dia bertahan. Saya dah lapan tahun, dia baru nak bersama tiga atau empat bulan, jadi lebih baik tak perlu.
“Lupakan nak ambil laki (suami) saya. Kalau anda sanggup bertahan macam saya, saya berani potong jari, pergilah,” ungkap Nadya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Nadya yang juga duta produk kecantikan, Nano Comestic turut berpesan kepada kaum wanita berstatus bujang supaya tidak mengganggu keharmonian pasangan suami isteri.
“Saya lihat sekarang ini ramai wanita yang solo, nak cuba pasangan orang. Cuba fikir, kalau anda buat pada seseorang, esok lusa, mungkin benda itu boleh jadi pada anda juga.
“Sebab dunia ini ibarat roda, kalau kita buat orang, esok lusa mungkin kena pada kita. Sekarang ini, saya nampak Allah memang bayar tunai. Kalau awak ambil, boleh rasa bahagia, teruskan.
“Saya dah tahap macam itu sekarang. Kalau anda nak, silakan. Kalau anda boleh bahagia, bahagia itu rezeki anda.
“Kalau anda tak boleh bahagia dengan cara ini, tak apa Allah beri cara lain,” luahnya.
Baca Disini : Pelbagai Ujian Hamil, Penghujungnya Dipermudahkan Nadya Bersyukur “Keluar Baby Terus Hilang Segala Sakit Bersalin”
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Nadya Syahera
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.