
Isi Kandungan
ToggleSementara menunggu suami baiki kereta, sempat lagi aku ‘godek’ website kecantikan. Mula-mula sekadar mengisi masa lapang tapi apabila membaca komen ramai wanita yang mencuba petua tegangkan kulit yang dikongsi wanita Jepun, aku exciced.
Ramai yang kata petua ini memang menjadi. Dalam masa seminggu, kulit beransur cerah dan tegang. Membayangkan kulit yang gebu macam wanita Jepun, semangat aku pun berkobar. Apa lagi aku pun terjebak buat kesekian kali. Gigih mencari beras Jepun ( sushi rice) semata-mata nak kulit gebu.
Bukan nak propa tapi memang betullah petua ni memang berkesan. Kulit jadi halus dan cerah sekata. Apa lagi korang, jom ramai-ramai cantikkan diri. Barang-barang yang digunakan untuk masker ini pun mudah didapati dan murah. Jom cuba!
Masker Sushi Rice Tegangkan Kulit
Bahan-bahan:
3 sudu besar beras Jepun (sushi rice)} boleh juga diganti dengan beras pulut
1 sudu besar madu
1 sudu besar segar
Cara membuat:
1. Rebus beras selama dua minit.
2. Kemudian, toskan beras. Air rebusan ini simpan di dalam bekas lain.
3. Campurkan susu panas bersama madu.
4. Gaul sebati, kemudian jadikan ramuan ini sebagai masker.
5. Oles pada seluruh wajah dan leher.
6. Biarkan ia kering antara 20 hingga 30 minit.
7. Akhir sekali, bilas wajah dengan air rebusan beras tadi.

Khasiat
1. Membantu melancarkan perjalanan darah pada wajah.
2. Kaya dengan antioksidan.
3. Membantu melembapkan kulit dan antipenuaan.
4. Ia mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah.
Tip
Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan petua ini seminggu sekali. Anda akan terkejut melihat perubahan kulit yang akan kelihatan sihat dan cantik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Baja Guna Kulit Nanas, Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik

Isi Kandungan
ToggleTahukah anda, selain kulit bawang, kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.
Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas. Selepas ini bila makan buah nanas, pastikan jangan buang kulitnya. Kita gunakan sebaik mungkin untuk menyuburkan pokok tanaman.
DIY Baja Guna Kulit Nanas
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.

6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
Sumber: Cikwan redzuan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Handphone Ada Fingerprint, Setting WhatsApp Locked Tak Nak Bagi Anak Buka!

Isi Kandungan
ToggleHandphone merupakan satu keperluan. Bagi anak yang masih tiada handphone sendiri, selalunya handphone mak ayah lah yang menjadi ‘mangsa’. Tengok youtube, main game, ambil gambar dan sebagainya.
Namun bila anak ‘pegang’ handphone mak ayah, terutama anak yang masih kecil macam-macam pula digodeknya. Ambil gambar sendiri, kadang secara tak sengaja terhantar gambar-gambar tak sepatutnya pada contact di whatsApp. Sebenarnya mak ayah boleh elakkan perkara sebegini berlaku dengan tukar setting pada WhatsApp Locked.
Baca perkongsian daripada Muhammad Hassan ini;
Selalu anak tiba-tiba hantar wasap muka dialah, kucinglah, gambar entah apa-apalah ke rakan-rakan kita dalam group.
Pernah berlaku tahun lepas ada seseorang minta jumpa dengan saya semata-mata nak pastikan yang saya dah delete gambar yang anak dia tersalah hantar kepada saya.
Jadi ini setting bagi mereka yang HP ada fingerprint. Saya baru tahu beberapa hari lepas. Boleh jadi masih ramai yang belum tahu setting ini kan.
Jadi jom pakat kongsi moga ramai ibu ayah dapat manfaat.
Caranya:
1. Pilih SETTING pada butang WhatsApp Belah Kanan .
2. Pilih ‘Privacy’.
3. Pilih ‘Fingerprint lock’.
4. Pilih ‘Automatically lock’

5. Siap!
Baca Lagi Di Sini:
Cara Betul Hantar Lokasi Melalui Aplikasi WhatsApp, Taklah Rider Tercari-cari
Tak Perlu Left Group WhatsApp, “Reset Statistics” Barulah Berdesup Laju
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak ayah yang selalu bagi anak handphone tu, boleh cuba setting WhatsApp Locked, jika tak nak bagi anak buka whatsapp.
Sumber: Muhammad Hassan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Transit Sampai 6 Jam, Wanita Ini Kongsi Kisah Lucu Ketika Dia Bercuti Di London

Jika ada rezeki lebih, saya akan mula menyimpan duit untuk bercuti. Kali ini saya hendak cerita pengalaman ketika transit di London sewaktu dalam penerbangan balik dari Zagreb, Croatia ke KL.
Mungkin cara saya habiskan masa transit ini tidak masuk akal tetapi kalau ada yang mahu cuba ikut, apa salahnya.
Saya mengikuti pakej percutian ke Negara Balkan ini pada tahun lepas. Disebabkan saya dan beberapa ahli kumpulan terlambat menempah, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menaiki Qatar Airways. Manakala saya dan kumpulan kedua menaiki British Airways.
Ada hikmah juga dipisahkan penerbangan. Sekurang-kurangnya saya dapat menjejakkan kaki ke London. Pada waktu pergi transit kami tidak lama hanya dua jam sahaja. Apa yang boleh kami buat adalah duduk di dalam lapangan terbang sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Zagreb. Waktu balik kami ada masa 6 jam transit dan apa yang boleh kami buat dalam masa tersebut? Rugi kalau tidak diisi dengan perkara berfaedah.
Kisah waktu balik ini beri pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Saya dan dua orang rakan iaitu Warda dan Haikal (wakil Redha Travels and Tours) tidak pernah ke London. Manakala rakan-rakan lain dalam kumpulan kami itu tidak mengikutinya. Waktu balik ke KL nanti kami hanya berlima sahaja dari 9 orang rombongan asal kumpulan kedua.
Haji Harun dan isteri akan sambung cuti di London. Manakala Haji Hilal dan isteri akan sambung cuti di Negara Eropah lain. Mereka berempat akan terus keluar menuju ke destinasi masing-masing.
Perancangan untuk melawat London hanya dibuat sewaktu hari terakhir di Zagreb. Kami hanya tawakal sahaja. Rakan-rakan lain yang mengetahui rancangan kami itu menyokong. Manakala tour guide kami sepanjang percutian yang bernama Ajdin dari Bosnia seakan mencabar kami melakukannya.
Dari Zagreb ke London hanya makan masa dua jam. Sebaik sampai di Heathrow, kami terus pergi ke laluan keluar. Haji Hashim dan isteri, pasangan suami isteri yang akan balik ke KL sama-sama kami tidak ikut terus. Sebaliknya mereka berdua menuju ke laluan lain untuk menunggu di dalam lapangan terbang.
Saya, Warda dan Haikal dua lagi pasangan suami-isteri dari kumpulan kami ini berbaris untuk keluar dari imigresen. Haji Harun sempat lagi berlawak dengan kami bertiga. Katanya kalau kami kena tinggal kapal terbang bolehlah telefon mereka di London. Nanti dia boleh bawa kami pusing-pusing London pula.Kami senyum sahaja tetapi dalam hati sudah risau.
Banyak cabaran sungguh demi mahu keluar dari lapangan terbang dan tengok bandaraya London. Bermula di pemeriksaan imigresen, kami telah ditanya macam-macam oleh pegawai imigresen. Muka pegawai wanita itu serius sangat. Akhirnya setelah puas hati kami pun dilepaskan keluar dengan ada cop tulis tempoh masa kami di London pada passport kami.
Setelah keluar, kami terus cari jalan menuju ke tren yang boleh bawa keluar ke London. Kami sudah google sebelum itu dan tahu tren apa yang perlu diambil. Tetapi sebelum itu sempat jugalah kami singgah sekejap ke pengurup wang untuk tukar duit Euro ke Pound.
Sebaik dapat duit tukar, kami terus menuju ke kaunter Heathrow Express. Mahalnya. Dah lupa pula berapa tambangnya. Kami pejam mata sahaja sebab masa itu sudah tidak fikir banyak. Hati mahu keluar sahaja.
Dari Heathrow kami sampai ke stesen Paddington. 15 minit sahaja perjalanan. Dari situ kami berlari-lari anak membawa beg mengejar tren untuk ke Westminter. Kami pilih ke Westminter sebab itu sahaja destinasi yang senang untuk dilawat dalam masa lebih kurang 3 jam. Transit selama 6 jam tetapi kami hanya ada masa tidak lebih dari 3 jam di bandar London.
Entah apa pula malangnya pada hari itu. Kita kan mampu merancang tetapi segala-galanya ditentukan oleh Tuhan. Pada hari itu ada laluan keretapi sedang dibaiki. Aduh! Kami perlu tukar tren. Kami bertiga pening kepala nak naik tren apa pula. Tren asal perlu dilupakan kerana laluannya ditutup.
Tanpa segan kami tanya pada penumpang lain. Kebetulan ada sekumpulan remaja dan kami tanya pada mat salleh itu bagaimana mahu pergi ke Westminter. Mungkin dia kasihan melihat kami ini. Terus dia beritahu tren apa yang perlu dinaiki. Kami ikut sahaja arahan dia.
Sampai di platform, sekali lagi kami hairan mana satu tren yang perlu dinaiki. Tiba-tiba mat salleh itu datang kepada kami dan beritahu yang kami salah platform. Kalau nak ingatkan memang kelakar. Berlari-lari lagi kami sekali lagi mencari platform sebenar. Mengah pun ada kerana kami berlari sambil bawa beg sandang.
Sebaik tren sampai kami pun naik. Dalam tren kami asyik tengok pada penunjuk stesen di atas pintu tren. Nampak sangat macam pelancong kan. Tak kisahlah apa orang hendak cakap asalkan kami sampai destinasi.
Setelah beberapa stesen kami pun sampai ke Westminter. Keluar stesen sekali lagi kami pusing kiri pusing kanan cari jalan keluar. Sebaik keluar, mata tiba-tiba ternampak bangunan yang ada jam besar. Bangunan itu terletak di seberang jalan.
Apa lagi, kami pun ikut orang ramai ke sana. Masa itu otak seperti sudah ‘jem’. Bangunan itu macam pernah dilihat tetapi apa namanya. Warda tanya pada saya apa namanya. Saya kata itu mungkin Big Ben. Kalau salah pun tak kisahlah asalkan kita sudah sampai.
Kami pun bergambar di sekeliling bangunan itu. Kebetulan pula ada bas double decker bertulis London City di belakang kami, terus kami ambil gambar. Memang kelakar kalau teringat semula.
Tidak lama kami di situ sebab kami perlu kembali semula ke Heathrow. Rasanya lebih kurang setengah jam sahaja. Kalau lambat nanti kena tinggal kapalterbang hendak ke KL. Sekali lagi kami berlari-lari menuju ke stesen.
Waktu balik kami tidak guna tren yang sama. Nasib baik kami bertanya pada pegawai yang bertugas di kawasan stesen. Dia mencadangkan kami ikut laluan lain. Pada mulanya kami risau sebab tiket dua hala sudah dibeli awal. Dia beritahu tidak mengapa dan kami ikut cakap dia.
Waktu hendak naik tren ini ada juga peristiwa yang tidak diduga. Sebab terlalu kelam-kabut nasib baik Warda tidak tersepit di pintu tren. Hanya tangan sahaja yang tercalit hitam sebab menahan pintu. Itu ‘hadiah’ buat Warda naik tren subway di London.

Nasib baik kami ikut cakap petugas di stesen itu kerana kami sampai ke stesen Paddington dengan selamatnya. Sebaik sampai kami nampak tren ekpress ke Heathrow sudah ada di depan mata.
Tanpa fikir kami berlari-lari untuk masuk ke dalam tren. Tergelak petugas di tren itu melihat kami. Sempat lagi dia berlari dengan kami dan cakap ‘cool down and easy’. Dia bolehlah cakap begitu. Kalau kami cool down, tak pasal kena tinggal kapalterbang.
Naik sahaja tren kami terus kembali semula ke Heathrow. Dalam tren selama 15 minit itu kami mula ketawa apabila mengenang dalam masa 3 jam, hasrat kami tercapai. Ibarat berada dalam Amazing Race pula.
Dalam tren yang ada wifi itu juga kami mula google nama bangunan yang kami beriya-iya ambil gambar itu. Nasib baik betul namanya Big Ben. Kalau tidak malu sahaja kalau letak dalam Facebook dan tulis Big Ben sedangkan nama bangunan itu salah.
15 minit dalam tren, kami selamat sampai ke Heathrow. Lega rasanya. Setelah masuk semula selepas pemeriksaan imigresen, kami berjalan-jalan di dalam lapangan terbang itu. Sempat lagilah beli cenderamata dari London, minum kopi dan makan donut. Lapar jugalah. Lebih baik isi perut dahulu sebelum perjalanan balik selama 13 jam ke KL.
Apabila tiba masa menuju ke pintu untuk masuk ke kapal terbang, kami telah ditegur oleh rakan yang menunggu di sana. Tersenyum-senyum dia melihat gelagat kami. Nasib baik kamu semua selamat sampai. Kalau tidak duduklah di London. Katanya berlawak.
Itu pengalaman saya. Korang ada pengalaman ketika transit tak?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI