Bagi penggemar masakan ‘western’ Macaroni Cheese adalah antara menu yang menjadi kesukaan ramai. Selalunya bila buat sendiri Macaroni Cheese ni di rumah, rasanya tak sesedap macam kita sering makan di kedai. Sebenarnya ada ramuan rahsia yang digunakan bagi menjadikan Macaroni Cheese ni super sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Noratiqah Nordinini yang dah cuba berkali-kali dan akhirnya berjaya hasilkan Macaroni Cheese yang rasanya sesedap macam makan di kedai.
Resepi MACARONI CHEESE super sedap dan tersedap. Dulu suka sangat pergi satu kedai western ni. Memang saya akan order Macaroni Cheese, tapi sekarang dah tutup.
Dok fikir, macam mana nak buat macaroni cheese sesedap macam kedai tu buat.
Try try try & error , asyik fikir fikir, akhirnya dapat juga buat macaroni cheese seakan kedai favourite Ika.
Bahan-Bahannya :
3 cawan Macaroni
Air secukupnye untuk rebus macaroni
Sedikit minyak untuk rebus macaroni
3 keping cheese
1 cawan cheese powder
1 sudu parsley, 1 sudu basil, 1 sudu oregano
3 cawan susu segar
Nak lagi sedap. Letak mozarella cheese. Lagi terangkat.
Cara Membuat:
1. Rebus dulu macaroni dengan air dan minyak.
2. Ni bila dah kembang macaroninya.
3. Kemudian masukkan susu segar.
4. Masukkan cheese keping semuanya.
5. Masukkan cheese powder. Ni rahsia kesedapan macaroni cheese.
Ads
6. Masukkan daun parsley, basil, oregano.
7. Last sekali masuk macaroni yang dah direbus.
8. Gaul-gaul hingga sebati.
9. Ok dah siap.Nak kuah banyak, banyakkan susu.
Ok. Siap. Macaroni cheese sedap. Nak lagi sodap. Letak mozarella cheese. Tu lagi bertambah sedap.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Cucur Badak merupakan salah satu kuih tradisional melayu yang tak ramai boleh buat dengan sedap!. Kadangkala, kuih-kuih tradisonal begini memang mampu mengimbau memori dan mempunyai kenangan tersendiri. Lebih-lebih lagi jika ia dibuat oleh insan yang tersayang, seperti mak dan ayah kita.
Sungguh, air tangan mereka memang teristimewa, bila mereka telah tiada, ia tinggal kenangan dan tak dapat lagi dibeli dimana-mana. Hanya peninggalan resipi yang diperturunkan mampu mengubat rindu di dada.
Perkongsian resipi Cucur Badak oleh Zyanne Indulgence, merupakan kenangan beliau bersama arwah abahnya yang juga pakar dalam membuat kuih ini.Lebih istimewa, menurut beliau hasil jualan kuih muih inilah yang membesarkan mereka 4 beradik.
Berikut antara perkongsiannya;
Cucur Badak Abah, Kenangan Mengusik Jiwa
Projek minggu lepas.
Bila tengok cucur badak mesti teringat arwah abah. Arwah abah memang terer. Itulah kepakaran abah. Mak & abah membesarkan kami 4 beradik dengan menjual kuih. Kami 3 beradik dah ada bahagian masing-masing.Subuh-subuh sepi abang kena golek kuih bom/onde-onde pulut dengan lenga/bijan (sebelum abang dapat kerja di PJ). Aku pulak kena gentel inti tepung bungkus, layor daun pisang. Kadang-kadang kena kupas ubi keledek. Adik pulak memang kontrak buat badan karipap & tempa karipap.
Mula-mula mak start berniaga seronoklah nak tolong. Tapi lama kelamaan mulalah rasa bosan. Orang utara kata dah cemuih. Dok tengok muka kuih tiap-tiap hari. Tapi apakan daya kenalah teruskan jugak sebab dengan duit kuih tulah mak & abah membesarkn kami adik -beradik.
Ada le jugak sekali-sekala mulut yang x de insurans ni mengomel “kenapalah kena buat semua ni. Apsallah aku x dilahirkan kaya. Macam-macam rasa tak puas hati. Kawan-kawan senang je nak apa-apa mintak je kat mak bapak diorang. Tapi aku tiap-tiap hari menghadap kuih”.
Masa tu mana reti nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tapi bila tengok mak & abah bersusah-payah carik duit, tido tak menentu kesian pulak tengok. Maka dengan itu aku pun teruskanlah rutin tu tanpa perlu mempersoalkn why why why…. Kita sambung nanti kisah aku anak penjual kuih ni ye.
Jom kita sambung buat cucur badak.
Petua Rebus Ubi Keledek
Petua abah kalau nak rebus ubi keledek tu, air jangan banyak. Sukatannya setengah daripada level ubi tu. Nak sedap campurkan ubi oren & kuning/putih. Kacaulah dari semasa ke semasa supaya ubi yang atas turun ke bawah. Jangan lupa masukkan garam. Nanti tawar lah badan cucur badak kome. X de rasa.
Bila air dah kering, baru masukkan gula. Yang aku buat ni ubinya lebih kurang 5 kg aku masukkan dalam 6 senduk kecik. Apa lagi lecoklah ubi tu sampai hancur.
Dah hancur baru masukkan tepung gandum. Pastikan ubi yang direbus tu tak lembik. Kalau lembik tepung kena bubuh banyak dah jadi keras kejung cucur kome. Abah kata kalau ubi yang digaul dengan tepung dah tak lekat kat tangan maknanya doh cucur kome tu dah cantiklah.
Silalah tempa cucur kome tu. Sukatilah nak buat beso mana. Kalo rajin buat comey-comey. Kalau maleh nak cepat siap tempa jelah sebeso badak. Sebiji makan dah kenyang.
Bila dah siap takkan le kome nak ngap terus. Goreng le dulu. Tips abah minyak jangan terlalu panas.
Buat ‘Bread Fingers Magnum’ Jajan Premium, Confirm Berebut Habis Dulu! Jika dekat rumah tu ada roti yang tak habis, mak-mak boleh buat jajan premium ‘Bread Fingers Magnum’ untuk anak-anak. ‘Confirm’ laku keras, anak-anak berebut dan cepat habis nanti.
Boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Siti Asma Ctzeck ini.
Lunch hari ni kita tak masak, petang-petang sikit kita masak.Ni kita buat Bread Fingers Magnum.Sakit mata, sakit hati tengok roti beria suh beli tapi makannya tak seberapa. So kita buat jajan premium confirm karang bapaknya pun berebut. Raya nanti pun boleh hidang dengan biskut-biskut lain jugak yang penting confirm yang ni habis dulu.
Bahan-Bahan:
Roti gardenia
Dark Chocolate
Marjerin
Almond Nibs
Cara Membuat:
1.Potong panjang roti gardenia, kemudian bakar selama 20min pada suhu 170°c. Ketepikan.
2. Cairkan dark chocolate,marjerin guna kaedah double boil.
3. Selepas itu masukkan almond nibs dalam dark choc yang dah cair tadi.
4. Akhir sekali salutkan roti yang dah dibakar tadi dan sejukkan.
Buat mak-mak yang suka resipi ringkas dan mudah nak masak boleh cuba resipi daging masak rempah yang sedap ni. Menariknya ia tak perlu ditumis seperti kebanyakan masakan lain, hanya perlu masukkan sahaja kesemua bahan-bahan dalam kuali.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari sebagai rujukan;
“Ni namanya ‘Daging Masak Rempah’ bukan gulai daging tau..jauh bezanya na..mai kami bagi resepi kat ampa”
Bahan-Bahan:
Daging (dipotong tebal sikit dan lebar)
Rempah kari daging
Serai (diketuk)
Air asam jawa
Kicap
4 sekawan
Sedikit gula
Garam dan serbok perasa
Daun kari
Minyak masak
Bahan Kisar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bahan Hiasan
Tomato (dibelah 4)
Cili hijau
Bawang besar (dihiris tebal)
Cara Membuat:
1.Masukkan daging dalam kuali selepas itu tuang bahan kisar, rempah kari, serai, daun kari, 4 sekawan minyak dan air sikit.
2.Masak sampai daging empuk.
3.Bila daging dah empuk tuang kicap, air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa.
4.Bila kuah dah pekat elok dah boleh letak bahan hiasan tadi.Kacau-kacau siap untuk dihidang.
MW: Mudah dan ringkas sangat resipi ni..bahan-bahan pun tak banyak. Paling penting tak perlu ditumis, lebur je semua dalam kuali. Memang mak-mak kena cuba!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...