Selalunya bila buat udang mentega, bab yang ramai ‘failed’ bila nak tabur ‘sarang telur halus’ tu. Tak menjadi bila nak dapatkan tekstur yang betul-betul halus. Rupanya kena tahu teknik dan caranya nak buat telur sarang ni.
Boleh rujuk resipi Creamy Cheezy Butter Prawn dan teknik buat sarang telur yang dikongsikan oleh Puan Suzana Othman ini sebagai panduan;
“Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat sarang telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yang ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.”
“Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau tak suka susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.”
4 ulas bawang putih-cincang
Cili api ikut kepedasan-potong
4 tangkai daun kari
Butter
1 tin susu cair
4 keping keju (lupa nak snap gambar)
1sk serbuk pati ayam
1sk gula
1sk serbuk lada sulah
Bahan-Bahan (Sarang Telur)
4 butir kuning telur
setengah biji butter
minyak
Cara Membuat:
1. Bersihkan udang.Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.Tambahkan tepung goreng ayam bestari, letak air sedikit dan gaul rata.
2. Goreng udang dalam minyak yang cukup panas. Tos dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga layu.Masukkan daun kari dan cili.
Ads
4. Tambahkan 1tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam.
5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg.
6. Apabila dah menggelegak, masukkan udang.
7. Gaul sebentar hingga udang bersalut dengan sauce. Tutup api.
Ads
8. Dalam mangkuk lain, pukul 4 butir kuning telur.
9. Panaskan minyak dan setengah biji butter. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.
10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju-laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau. Tak laju tak halus nanti.
11. Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.
Ads
12. Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yang besi tu pun boleh. Tekan-tekan telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah.
13. Toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yang berbaki.
14. Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan.
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba boleh buat sendiri ‘Creamy Cheezy Butter Prawn’ini di rumah. Pastikan ikut teknik yang dikongsikan barulah sarang telurnya halus dan menjadi!
Biasaannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara.Ada petua semulajadi berkesan yang boleh tanggalkn kerak tebal pada kuali ni, dengan menggunakan asam keping.
Nak tahu lebih lanjut caranya boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Nor Hayati Abd Rahmanini;
“Hari ni nak share sikit petua nak tanggalkan kerak kuali yang tebal.Ni pun terbaca beberape hari lepas pasal nak kilatkan kuali. Jadi hari ni rasa free sikit dan nak cuba kot-kot menjadi. Ada jugak petua bila buat tak jadi. Tapi yang ni memang menjadi sungguh.”
Cara-Caranya:
1. Mula-mula panaskan air dengan asam keping sebanyak 8 keping, masukkan kuali yang kita nak buang segala kerak yang tebal tu sampai air mendidih dan biarkan sejuk.
2. Dah sejuk, boleh lah start buat kerja.
3. Disebabkan kuali akak ni kerak dia tebal, akak kikis dengan pisau, memang senang. Lekang kerak-kerak dia tu dari kuali.
4.Lepas tu kita gosok lah dengan berus dawai kasar dengan sabun mandi ke dengan sabun labour kuning ke tak kisah mana-mana.
5. Yang kat telinga kuali tu ada lagi hitam-hitam, so akak telungkupkan dalam air panas yang ada asam keping tu biar kan sekejap.Keluarkan dan gosok balik.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba petua dan cara berkesan yang dikongsikan ini.
Kreatif betul menu sarapan pagi, Umi Watie ini dari roti tak habis. Olahan dari lebihan roti yang tak habis. Dia tak buang pun, sebaliknya jadikan hidangan sarapan pagi ringkas ala-ala roti cafe terkenal. Katanya, enak juga jadikan menu minum petang dengan anak-anak.
Kongsinya, “Hai supermak semua. Ada baki roti yang tak habis? Jangan risau ye, kita olah supaya tak membazir. Kakchik buat untuk sarapan dan minum petang anak-anak.
Mudah, ringkas tapi sedap. Ala-ala roti di cafe teekenal. Sesuai juga buat bekal untuk anak ke sekolah.
Susun kepingan cheese. Bukan berkeping hati ku kau lukai.
Bubuh 1 keping lagi atas kepingan cheese tadi. Potong 4 tau. Bukan bak ukur potongan pinggang. Nak kuyus? Trend sekarang potong usus. Hehe.
Bubuh kepingan cheese lagi. Lalu sapukan adunan kuning telur dan susu manis tadi. Seperti aku menyapu air mata kelukaan. Gituh.
Susun atas tray pembakar. Nak pakai air fryer pun boleh.
Kakchik bubuh bijan sebagai hiasan. Seperti nya hitam putih hidup di dunia yang fana ini.
Kakchik bakar 180 selama 10 minit saja.
Sapukan baki mayonis dan susu manis tadi.
Celupkan dalam chicken floss.
Tadaaaa.
Susun susun, sedia untuk di ngap. Manis, manis dan pedas lengkap sudah semua bergabung. Sedap oi. Kami pakat berebut. Sedap cantik berseri semua-semualah. Jom buat untuk anak anak.
Makan sambil pejam mata uii. Panas-panas sedap ui. Minum pula teh o panas. Uishhh. Mantul
Selamat mencuba. Nak resepi simple lain? Boleh cari di facebook dengan hashtag #DapurMakRerama
Tapai Pulut salah satu manisan tradisonal yang menjadi kegemaran ramai. Selalu disediakan ketika Hari Raya, jamuan kenduri kendara dan sebagainya. Namun tak semua orang pandai buat tapai ni kalau salah caranya memang tak menjadi. Apatah lagi bila cuba buat pertama kali.
Buat mak-mak penggemar Tapai Pulut dan nak cuba buat sendiri di rumah boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Abby Razy ini. Barulah tapainya menjadi, manis leting dan berair.
“First try buat tapai, sampai termimpi-mimpi. Barang legend jangan main. Orang kata payah nak buat tapai ni. Kalau tak betul cara tak jadi.Guna daun legend, daun getah dan daun pisang.
“Pastikan ragi betul-betul elok.Penyimpanan ragi cara tidak betul akan menyebabkan tapai tak jadi. Ni pun bukan reti nak bungkus guna dedaun tu, nasib baik cik abe terrerrr sebab pernah tolong arwah maknya bungkus tapai setibanya syawal tiap-tiap tahun.”
“Saya pun belajar dari cik abe, cara bngkusan tu. Kalau takde seni memang tak kemas.”
1kg beras pulut
1/2 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu, tapi yang ni saya tak jemur pun. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna alu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
Bekas dadih/daun getah/daun pisang
Cara Membuat:
1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minimum 2 jam.
2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 minit.
3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik. (Saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4. Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit/sehingga naik wap.
5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk).
6. Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7. Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi keatas pulut sekali lagi.( Agak-agak ragi rata pada pulut).
8. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
9. Susunkan ke dalam bekas sesuai.(saya letak dalam besen)
10. Balut besen tersebut dengan kain dan simpan ditempat yang gelap selama 2 hari.
11. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye.
Info Ekstra!
Pastikan betul-betul pulut yang dikukus betul-betul sejuk baru ayakkan dengan ragi.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka makan tapai pulut dan nak belajar buat sendiri buat cuba resipi serta tip yang dikongsikan ini. Ikut cara yang betul dan ragi yang elok barulah Tapai yang dibuat menjadi!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...