Cream Horn Viral Sedap Gila, Mudahnya Guna Puff Pastri Segera & Acuan Pun Buat Sendiri Je!

Share

Senang je mak-mak nak buat cream horn ni dekat rumah. Rupanya macam beli puff standard dekat bakeri, tapi sebenarnya buat sendiri je. Sesuai sangat kalau nak buat untuk sarapan pagi atau minum petang nanti. Yang best, tak perlu uli-uli, doh kulit puffnya, guna yang segera je.Acuan pun buat sendiri je, lebih jimat dan rasanya memang sedap gila.

Kena cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Jamiah Tulisman ini;

“Kenape laaa sedap sangat cream horn ni.Memang sedap tau.Malam-malam pulak buat..memang susah nak diet macamni.Cream kastard tu meleleh sedappp..resepi krim kastard tu, kena cuba baru tahu sedap!”

“Acuan horn tu buat DIY sendiri jek.Yang nak buat, takde acuan buat ler sendiri senang je.Janji jadi rupa cream horn tu, macam siput pun ada.

“Boleh simpan esok buat breakfast, rupanya anak-anak suka la pulak.Entah esok ada lagi tak.”

Bahan-Bahan:

Pinggan Aluminium Saiz 4.5cm
1 bungkus puff pastry ready made

(Krim Kastard)
2 cawan susu full cream
4 sudu besar tepung kastard
6 sudu besargula
2 biji kuning telur

Cara Membuat:

1. Potong pinggan aluminium dan bahagikan empat bahagian. Gulung dan jadikan bentuk kon.Ketepikan.

1
2
3
4

2.Masukan bahan-bahan krim kastard dalam periuk dan kacau dulu sampai sebati. Selepas itu, baru kacau atas api perlahan hingga pekat dan sejukkan.

3.Gelek dulu kulit Puff Pastri Segera ni selepas tu potong macam ni.Saya guna saiz kecil tapi Kalau beli pack kecil macam ni kena sambung-sambung lilit sebab tak cukup panjang.

4.Lilit kemas-kemas dari bawah keatas.Kalau tak cukup sambung dan lilit lagi.Boleh sapu marjerin dekat acuan supaya mudah tanggal.

5.Saya letak sikit kuning telur dekat bawah je sebab tak nak bagi dia terbukak.Bahagian atas jugak letak sikit bagi bercantum.

6.Sapu egg wash (kuning telur+sikit air..kocok).Lepas tu golek-golek dengan gula halus.

7.Bakar suhu 180-190c hingga perang. On kipas (Kalau Ada)fungsi pasang kipas tu supaya masak sekata dan naik cantik.

8.Dah siap bakar keluarkan dari acuan tu perlahan-lahan (tunggu sejuk). Sebab puff pastry ni rapuh.Acuan tu boleh guna lagi.

9.Pastu piping krim kastard tadi, masukkan dalam horn tersebut.

Siap! Selamat Mencuba!

#creamhornviral
#sedappppgila

Sumber: Jamiah Tulisman

Published by
Suhaidah Abd Wahab