COVID-19:Pertama Kali China TIADA Kes Jangkitan Baru, Hantar Bantuan Ke Malaysia

Share

Berita baik selepas lebih empat bulan ‘berperang’ menangani penyebaran COVID-19, negara China kini semakin pulih dan boleh menarik nafas lega apabila buat pertama kalinya, tiada lagi jangkitan kes baharu dicatatkan di Wilayah Hubei yang menjadi pusat penularan wabak Covid-19 pada Khamis.

Lapor South China Morning Post (SCMP), buat pertama kalinya juga di seluruh China, tiada kes baharu membabitkan jangkitan dalam negara atau domestik.Hanya 34 kes baharu dijangkiti dari luar negara dilaporkan.

China hari ini turut mengesahkan tiada kes baru dicatatkan diwilayah Hubei iaitu tempat asal usul virus COVID19 untuk 2 hari berturut-turut. Malah tiada kes baru di 16 bandar selain Wuhan.

Catat Penurunan Kes Setiap Hari

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, sebanyak 70,420 daripada 80,928 individu yang positif COVID-19 dilaporkan pulih sepenuhnya.Jumlah kematian pula mencatatkan penurunan dari hari ke hari dengan lapan kematian dicatatkan pada Khamis. Jumlah kematian terkini di China adalah sebanyak 3,245.

Penghargaan juga buat 3,787 (batch pertama) Doktor, Nurse dan pekerja perubatan dari 49 Hospital seluruh China yang dibenarkan pulang. Menurut laporan ada lebih kurang 42 ribu orang bertugas ketika wabak ini berlaku.

Hantar Bekalan Perubatan Ke Malaysia

Sementara itu, Kerajaan China hari ini menghantar bekalan perubatan ke Hospital Sungai Buloh, dalam usaha membantu Malaysia menangani penularan wabak COVID-19.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Kedutaan China di Malaysia berkata, bekalan perubatan berkenaan kini dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Kedutaan itu turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan bekalan  perubatan dimasukkan ke dalam lori dan dalam pergerakan menuju ke Hospital Sungai Buloh.

Menyifatkan ia sebagai “tindakan segera kumpulan pertama peralatan perubatan dari China itu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh”.

Turut tertera pada kotak yang membawa peralatan itu, bendera kedua-dua negara dan perkataan ‘Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing’ dan ‘Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Diturun!’.

Selasa lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menyatakan komitednya membantu Malaysia dengan membekalkan peralatan perubatan seperti penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman.

Ia hasil kunjungan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian pada sesi kunjungan ke Wisma Putra di Putrajaya.

MW:Tumpang gembira dengan perkembangan positif di China.China semakin pulih dari wabak Covid-19 dan kini memberi bantuan kepada seluruh dunia. Semoga Di Malaysia juga tidak berlarutan bergitu lama jika semua pihak mengikut langkah dan saranan yang telah ditetapkan.

Baca Lagi Disini:
Anak Masih Menyusu Badan, Bimbang COVID-19 Ibu Botakkan Rambut, Mandi Berkali-kali

Perintah Duduk Rumah 14 Hari, Jika Terpaksa Keluar Baca Zikir POWERFUL Ini

Sumber: Bharian, Astro Awani

Published by
Suhaidah Abd Wahab