Bukan mudah bagi mereka yang berada di barisan hadapan hari ini. Jika diberi pilihan mungkin mereka tidak mahu menggadaikan nyawa mereka, tetapi akur dengan amanah dan tanggungjawab mereka tetap berdiri teguh.

Akhirnya perkara yang tidak diingini berlaku juga apabila seramai 15 petugas kesihatan telah dijangkiti wabak koronavirus (COVID-19). Bermakna virus ini tak mengenal status bangsa, agama dan nilai harta. Apatah petugas kesihatan yang berada di barisan hadapan medan perang kali ini.

15 Petugas Kesihatan Dijangkiti

PUTRAJAYA – Seramai 15 petugas kesihatan termasuk tiga daripadanya sektor kesihatan swasta telah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebooknya berkata, salah seorang daripada mereka berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda.

IKLAN

“Tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini,” katanya.

Nasihat Kepada Orang Ramai 

Dalam hantaran itu, beliau terus menasihati orang ramai berada di rumah.

IKLAN

Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” tegasnya.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 900 kes positif Covid-19 dan 20 daripadanya dirawat di ICU serta memerlukan mesin ventilator.

Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu sejak tiga hari lepas.

IKLAN

Bagaimanapun masih terdapat masyarakat yang tidak mengendahkan perintah berkenaan.

Pagi ini, Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan bermula Ahad ini bagi memastikan kepatuhan rakyat terhadap perintah berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

MW: Cuba letakkan diri anda sebagai petugas di barisan hadapan, anda tak boleh bercuti di kala orang lain sedang bercuti di rumah. Anda perlu bekerja 24 jam tanpa henti dan perlu menggadaikan nyawa demi keselamatan orang lain. Jika anda tak mampu, ikutlah arahan kerajaan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga agar petugas barisan hadapan tidak terbeban. Fikirkan jua keadaan petugas yang tidak henti-henti mempertaruhkan nyawa mereka. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI