Kecantikan

Covid-19 : Tak Perlu Sampai Basuh, Rendam Sabun Barang Dapur Baru Beli

Share

Setiap kali keluar rumah, dia punya resah memang lain macam. Lagi-lagi bila nak jejak kedai, cari barang dapur. Sampai rumah, terus mandi.. basuh segala pakaian yang dipakai tadi.

Lagi susah hati, barang dapur yang baru dibeli itu pun dibasuh dengan sabun satu persatu ada yang rendam terus sebab tak nak merisikokan keluarga, melekat virus Covid-19.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abdin, Dr Safiya Amaran, risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan melalui orang.

Manakala Pakar Mikrobiologi di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences, Don Schaffner, tidak menggalakkan semua barangan dapur dinyahkuman selepas dibeli. Tindakan itu disifatkan sebagai keterlaluan.

Dan ini yang Dr Safiya Amaran kongsikan, apa yang mak ayah perlu dilakukan pada barangan dapur yang baru dibeli dari kedai atau pasaraya:

Lagi senang kalau beli barang secara online, takla terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.

Fahamkan Dulu Cara Kuman Covid-19 Berjangkit

1. Cara utama jangkitan Sars-CoV-2 ini adalah dari seorang ke seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus (semasa bercakap, bersin dan batuk).
2. Juga melalui tangan yang tercemar dengan virus, kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut.

Kredit : Himpunan Cerita Lawak

Buat Macam Ini Bila Keluar, Balik Shopping Barang Dapur

1. Ketika keluar shopping, risiko jangkitan lebih tinggi kerana waktu itulah anda berjumpa dengan orang lain. Jadi, jarakkan diri antara satu sama lain sejauh 1 meter, tidak berbual, tidak menyentuh muka, mesti basuh tangan sebaik selesai membeli belah atau memegang troli. Ini kerana, troli di pasaraya biasanya dipegang oleh orang ramai.
2. Balik saja dari kedai, terus basuh tangan

. Selepas siap susun barang dapur, sebelum dan selepas memasak pun kena basuh tangan.
3. Tangan kita sendiri sebenarnya yang lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang dapur.
4. Tak perlu pun sampai nak basuh dengan sabun barang dapur semata nak nyahkuman. Tapi mestilah dibasuh dengan air sebelum dimasak atau dimakan. (Ada juga saranan, rendam dulu dalam air garam)
5. Risiko basuh bahan mentah dengan sabun, silap gaya tertelan sabun boleh akibatkan loya, muntah dan cirit birit.
6. Sanitise barang dapur pun tidak sesuai dibuat. Sebabnya cecair bahan kimia yang ada dalam cecair sanitasi atau produk nyahkuman yang lain tidak sesuai untuk makanan. Malah, boleh merosakkan makanan.
7. Yang perlu dinyahkuman adalah bakul atau beg kitar semula yang anda gunakan untuk membeli barang, sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sebab itu termasuk kategori barang yang selalu dipegang.
8. Lepas basuh alatan ini, basuh sekali lagi tangan anda dengan sabun
.

Lagi senang kalau beli barang secara online, takla terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.

MW : Sila amalkan doa ini sebagai ikhtiar perlindungan diri. Dan bacalah bila nak keluar rumah. Semoga perjalanan mak ayah dilindungiNya pergi dan balik.

Kredit : pustakaghuroba.com

Baca sini : PM singgah pasar raya sempat beli sendiri barang keperluan dapur

Sumber/Foto : Dr Safiya Amaran, yang menulis artikel untuk Sinar plus

Published by
Netty Ah Hiyer