Sejak semalam, berlegar di media sosial akan kesukaran frontliners mendapat kerjasama daripada kluster ‘oversea’, kluster kayangan yang disifatkan menjengkelkan.
Enggan ditempatkan di wad yang disarankan, tak mahu beri kerjasama ketika diambil darah dan macam-macam keengganan sehingga ada petugas barisan hadapan negara terpaksa telan emosi, makan hati.
Sudahlah berpanas-panas, berpeluh-peluh di dalam baju PPE yang dipakai dalam jam kerja yang panjang. Seakan tidak mahu memahami betapa mencabarnya pekerjaan frontliners ini.
Virus Covid Tak Kenal Dari Kayangan Atau Bumi
Bak kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Covid-19 ini tak kenal pun kalau pesakit itu dari kayangan atau bumi.
Virus itu tak boleh bezakan. “Walau kaya raya pun tidak terkecuali daripada dijangkiti Covid-19”
Ads
Sepatutnya, mereka ada kesedaran akan bahaya Covid-19 ini. Sedangkan, ada kes yang tidak ke negara berisiko pun dijangkiti Covid-19, jadi langkah berjaga-jaga perlu diperketatkan.
Kerana, sekali terlewa dan tak ikut perintah, tindakan degil itu bukan saja membahayakan anak, isteri, suami, malah orang-orang tua yang tinggi risiko. Jika rakyat Malaysia boleh akur #DudukRumah sebab nak sama-sama frontliners memerangi Covid-19.
Ads
Kenapa sukarnya mendapat kerjasama dari kluster ‘kayangan’ ini.
Halang Tugas Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang
Dan tinggi mana pun kedudukan mereka, tetap tidak terselamat daripada Covid-19. Sebab itulah, pesan Menteri Kanan (Keselamatan) ini lagi, agar mereka memberi kerjasama kepada petugas-petugas frontliners seperti doktor, jururawat dan sebagainya.
Ads
“Yang berkedudukan tinggi sepatutnya lebih bertamadun daripada orang lain.”
“Dari segi undang-undang saya percaya, mungkin ada.. (kerana) menghalang penjawat awam untuk menjalankan tugas masing-masing. Saya percaya ini boleh digunakan,” tambah beliau yang percaya tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang enggan memberi kerjasama apabila diminta oleh petugas kesihatan.
MW : Sentiasa mendoakan agar frontliners dipermudahkanNya dalam melaksanakan tugasan mencabar ini. Pasti ada ganjaran pahala untuk kalian. Amin.
Besar sungguh pengorbanan seorang ibu yang bakal melahirkan. Mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan zuriat dalam rumah tangga. Bak kata pendakwah terkenal, Da’i Hamidah, getirnya ibarat mahu pergi berperang, pergi sihat, balik belum tentu bernyawa.
Da’i Hamidah atau nama sebenarnya, Hamidah Abdul Razak ketika ini hamil anak kedua. Merasai pengalaman hamil yang menginsafkan dan beliau memberi titipan pesanan buat semua.
“SubhanaAllah ! Peluang merasa pengalaman mengandung benar- benar membuka mata ini bahawa tanpa persediaan amal kebaikan pasti kita akan rasa menyesal yang amat sangat.
Ini kerana saat melahirkan bukan moment biasa- biasa, ia seumpama kita pergi berperang. Untuk pergi berperang pastinya perlu persediaan yang rapi kerana ia tentang hidup dan mati.
Pergi Sihat, Balik Belum Tentu Bernyawa
Persediaan begini juga mengingatkan kita tentang pesanan kematian yang disabdakan oleh Baginda Nabi SAW mafhumnya : “Orang yang BIJAK ialah orang yang selalu merendahkan dirinya ( muhasabah ) dan beramal untuk bekalan selepas mati ( HR Tirmizi & Ibn Majah )
Alhamdulillah ya Allah atas pengalaman yang amat bermakna ini. Semoga mereka yang menanti zuriat akan direzkikan dapat pengalaman menjadi ibu juga.”
Kongsi Da’i Hamidah yang ketika ini hamil 36 minggu. Maklumnya sebelum ini, di akhir-akhir kehamilan ini beliau mahu lebih fokus dengan kandungannya. Dan program dakwahnya lebih kepada online sahaja.
Buat ibu-ibu yang bakal melahirkan bolehlah kumpul amalan dari sekarang. Semoga urusan bersalin dipermudahkanNya.
Baru-baru ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah memperkenalkan Geran Keluarga Tunggal dalam usaha membantu ketua isi rumah tunggal yang terkesan akibat pandemik Covid 19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.
Seramai 51 ketua isi rumah tunggal telah berjaya menerima Geran Keluarga Tunggal untuk membantu menjana pendapatan melalui projek keusahawan sama ada memulakan perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan sedia ada.
Ini adalah projek perintis bagi program bantuan kewangan yang ditawarkan oleh PBSMM bersama Shell Malaysia dengan memberikan sokongan dana RM150,000.
Geran Keluarga Tunggal Terima Lebih 100 Permohonan
Menurut Timbalan Setiausaha Agungnya, Datuk Danial Iskandar, lebih 100 permohonan telah diterima daripada peserta sejak April lalu namun hanya 51 peserta melibatkan ibu atau bapa tunggal yang berjaya melepasi tapisan untuk projek keusahawanan mereka.
“PBSMM akan membuat tapisan sebelum menentukan berapa keperluan, sama ada RM1,000 atau maksimum RM10,000 yang diperlukan mereka.
“Selepas menerima geran, mereka akan dipantau selama 6 bulan oleh wakil PBSM di seluruh negara dan diberi bimbingan Pendidikan serta ekonomi supaya projek keusahawanan mereka berjalan dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengajak syarikat korporat lain untuk tampil bersama-sama membantu dan memberi sumbangan kepada PBSMM bagi mengisi dana bantuan terbabit.
Pada majlis pelancaran itu juga, Shell Malaysia memberikan sokongan dana RM150,000 diserahkan Ketua Negara Perhubungan Korporat Shell Malaysia, Cindy Lopez kepada Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang juga Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Majlis penuh bermakna ini telah dilancarkan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan menyerahkan ‘Geran Keluarga Tunggal’ kepada 51 peserta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini barangkali jadi hari paling bertuah bagi pengunjung yang datang nak membeli belah di Jusco Tebrau City, Johor Bahru. Ini kerana mereka bukan sekadar mendapat satu kejutan biasa-biasa malah kejutan luar biasa daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ketika baginda ke pasaraya tersebut ditemani isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, baginda secara secara spontan telah beramah mesra bersama rakyat jelata yang sedang membeli keperluan asas di Pasaraya AEON.
Dalam kunjungan itu, baginda bertitah bahawa semua perbelanjaan rakyat Johor yang sedang membeli belah ketika itu ditanggung sepenuhnya hari ini.
Bukankah ini berita gembira yang melegakan hati rakyat yang sedang berkira-kira mahu membeli apa untuk keperluan harian mereka. Jelas kedengaran jeritan bahagia pengunjung yang menerima rezeki terpijak untuk hari ini.
Dalam video yang tular sejak petang tadi, kedengaran juga rakyat Johor terpilih ini mengucapkan tanda syukur dan terima kasih dengan kemurahan hati Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Saya Ikhlas Menyayangi Rakyat – TMJ
Dalam laman rasmi Johor Southern Tigers baginda bertitah “Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.”
“Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,”
Manakala Harian Metro menyebut terdapat kenyataan mendakwa Tunku Ismail membelanja setiap pelanggan sebanyak RM3,000 dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.
Beberapa gambar turut dimuat naik dalam media sosial menunjukkan kemeriahan pelanggan membeli dan memenuhkan troli masing-masing di pusat beli-belah berkenaan.
Bagaimanapun, kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers tidak menyatakan jumlah sebenar perbelanjaan itu.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...