Peningkatan kes jangkita Covid-19 yang semakin menular di sekolah-sekolah memang cukup membimbangkan. Di Selangor sahaja ketika ini dilaporkan 19 buah sekolah telah terpaksa ditutup sementara.
Cadang Tutup Sekolah Sementara Waktu
Terbaru, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menutup semua sekolah buat sementara waktu.
Presiden PIBGN, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, ia susulan peningkatan kes di beberapa negeri dan pertambahan kes melibatkan sekolah.
“Saya mohon supaya pihak bertanggungjawab menimbang cadangan ini bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan guru-guru dan pelajar. Untuk itu, jika sekolah ditutup sementara, kita harap sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan Didik TV dilaksanakan dengan lebih sistematik.
“Langkah ini penting demi keselamatan semua pihak di sekolah terutama pelajar. Setakat ini, kita lihat sudah ada sekolah ditutup kerana peningkatan kes dan kewujudan kluster,” katanya.
Kluster Covid-19 Di Sekolah
Pada Isnin, sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Selasa berikutan kewujudan kluster Covid-19, manakala semua sekolah di Miri, Sarawak juga telah diarahkan tutup selama 14 hari kerana peningkatan penularan dalam kalangan guru dan pelajar.
Keutamaan Beri Vaksin Pada Guru
Mengulas lanjut, Mohamad Ali berkata, semua guru di negara ini wajar diberikan keutamaan menerima vaksin kerana bersama murid setiap hari.
“Guru-guru sebahagian daripada pasukan barisan hadapan dan saya fikir mereka ini patut diberikan keutamaan.
“Buat masa sekarang, suntikan vaksin kepada guru belum menyeluruh dan jalan terbaik untuk mengawal penularan ini adalah dengan cara menutup sekolah,” katanya.
Ads
Beliau berkata, terdapat ibu bapa yang menyatakan keresahan dan kebimbangan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah selepas trend peningkatan kes dan kewujudan kluster melibatkan sekolah.
“Walaupun kebanyakan sekolah baharu sahaja kembali memulakan sesi persekolahan secara fizikal pada Mac dan April selepas hampir setahun menjalani PdPR, tetapi kes telah kembali meningkat.
“Kementerian Pendidikan, KKM dan MKN perlu segera membuat keputusan kerana kita bimbang lebih lama kita ambil masa, maka kes terus meningkat,” katanya.
MW: Memang membimbangkan mak ayah apabila wujudnya Kluster Covid-19 di sekolah-sekolah. Semoga KPM dan KKM membuat keputusan terbaik dalam mengekang jangkitan COVID di sekolah-sekolah.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Susu ibu sangat banyak khasiatnya. Lebih-lebih lagi, buat tumbesaran bayi yang baru lahir dan dalam tempoh enam bulan pertama. Namun, bukan semua bayi bertuah dapat merasai air susu ibunya sendiri, atas pelbagai faktor tersendiri.
Doktor Aqilah Jadi Ibu Susuan
Atas rasa keibuan, seorang doktor mengambil keputusan untuk menjadi ibu susuan kepada bayi ajaib, Farah Hanis Fairol Haziri yang tidak pernah merasa setitik air susu ibu. Bayi itu kini yang berusia lebih tiga bulan sudah dua minggu menerima susu ibu oleh Dr Siti Nur Aqilah Mohd Khairul Adnan, 32, sekali gus menjadi ibu susuan bayi istimewa itu.
Dr Siti Nur Aqilah yang bertugas di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh, di sini, berkata beliau tergerak hati untuk membantu Farah Hanis selepas mengetahui kisah bayi itu yang tidak sempat merasa susu ibu berikutan ibunya, Kamareeah Arwae, 36, yang koma sejak dari tempoh kehamilan lagi melalui akhbar.
“Saya menyuarakan hasrat itu kepada suami namun dia meminta saya bersabar seketika dan dalam masa yang sama saya turut berhubung dengan bapa Farah Hanis untuk meminta kebenarannya (memberi susu).
“Mengenangkan sudah dua bulan bayi itu hanya minum susu formula, hasrat saya dipersetujui dan bermula sejak dua minggu lalu, Farah Hanis sudah menjadi ‘anak perempuan’ saya,” katanya ketika ditemui selepas Program Hari Keluarga Penyusuan sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 peringkat Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau adalah antara 150 peserta yang menghadiri program berkenaan yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi HUSM, Prof Dr Mohd Imran Yusof.
Ibu Koma Ketika Hamil
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berjaya dilahirkan melalui pembedahan selepas ibunya koma ketika hamil sejak Disember tahun lalu kerana menghidap ketumbuhan di kepala.
Dari seawal usia dua bulan dalam kandungan, bayi itu hanya bergantung pada susu dimasukkan melalui tiub dari leher ibu, Kamareeah yang koma selepas mengalami kejang dan sawan berikutan tumor semakin membesar.
Justeru, kelahiran Farah Hanis disifatkan satu ‘keajaiban’ kerana bayi berkenaan pada awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan susulan keadaan Kamareeah menjalani banyak proses rawatan ketika koma, termasuk imbasan yang boleh memberi kesan terhadap janin ketika itu.
Stok Susu Diberi Setiap Minggu
Dr Siti Nur Aqilah berkata, stok susu akan diberikan setiap minggu dan ahli keluarga bayi itu akan datang mengambilnya di rumah.
Beliau yang turut mempunyai seorang bayi berusia lima bulan berkata, Farah Hanis dapat menerima susu badannya dengan baik walaupun sudah dua bulan minum susu formula dan situasi itu dianggap kebetulan.
“Kulit Farah Hanis juga menunjukkan sedikit perubahan yang mana kini kelihatan lebih anjal dan gebu kerana khasiat susu badan itu sendiri memang sangat penting.
“Insya-Allah, saya akan terus membekalkan susu badan kepadanya sehingga mencapai satu usia yang sesuai untuk dilepaskan keperluan itu,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.
MW: Alhamdulillah, rezeki ‘bayi ajaib’ ini. Walaupun tidak pernah merasai setitik pun air susuan daripada ibu kandungnya sendiri, namun rezeki Farah Hanis mendapat khasiat susu ibu daripada ibu susuan. Semoga bayi ini membesar dengan sihat hendaknya.
Tak dinafikan dalam keadaan norma baru, ramai orang lebih banyak meluangkan masa di rumah. Memantau PdPR sekolah anak, bekerja dari rumah, disamping penuhi pelbagai aktiviti keluarga dengan menonton TV, bermain games, melayari sosial media dan sebagainya.
Waktu pandemik covid-19 ini juga, ramai yang terkesan dan mengambil langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan barangan dapur. Iaitu dengan mengutamakan keperluan berbanding kehendak untuk pembelian barangan lain. Kebiasaannya kemahuan untuk membeli barangan elektrik, perkakasan rumah baru terpaksa dilupakan. Guna apa sahaja yang ada, memandangkan simpanan wang tunai untuk persediaan di waktu kecemasan nanti.
Peraduan MILO® Hidup Bola
Berita baik, sebenarnya kita boleh merebut peluang keemasan dengan menyertai Peraduan MILO® Hidup Bola. Iaitu dengan beli mana-mana produk MILO yang layak serendah RM10 sahaja dalam satu resit boleh dapat pelbagai hadiah menarik yang lumayan bernilai RM550,000!
Malah hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat sesuai dengan keperluan semasa ketika ini memandangkan ramai antara kita yang Bekerja Dari Rumah (WFH) serta lebih banyak #stayathome menghabiskan masa di rumah. Pastinya ia dapat menghilangkan kebosanan malah memberikan pengalaman hiburan yang lebih menyeronokkan buat seisi keluarga tersayang.
Lebih istimewa terdapat 18 set hadiah utama untuk dimenangi!! iaitu Sistem teater rumah serba canggih bernilai lebih RM12,000 setiap satu. Setiap set terdiri daripada TV pintar 65 inci 4K Ultra HD (Android), satu komputer riba 15 inci (Intel i5 4GB RAM 1TB HDD), langganan jalur lebar gentian rumah 100Mbps selama 1 tahun, serta Playstation 5 (versi Bluray Disc) yang didatangkan dengan Alat Kawalan PlayStation 5 DualSense Tanpa Wayar dan Permainan Bola Sepak PS5 .
Malah bukan itu sahaja, turut berpeluang menangi Hadiah Harian dan Hadiah Mingguan. Menarik bukan!
Hadiah mingguan berupa wang tunai bernilai RM888 menanti 30 pemenang bertuah masing-masing setiap minggu. Sedikit sebanyak boleh tambah rezeki sebagai wang simpanan atau untuk tambah wang perbelanjaan keperluan rumah. Hadiah harian pun menarik: Jersi bola sepak MILO® x Pestle & Mortar edisi terhad menanti 10 pemenang bertuah setiap hari.
Memang untung banyak bila kita sertai Peraduan MILO® Hidup Bola ini. Menang membeli, juara memakai.
Peraduan MILO® Hidup Bola menerima penyertaan semua pengguna MILO berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia dengan dokumen pengenalan diri yang sah.
Semua produk MILO merangkumi rangkaian Serbuk (Powder), Campuran (Mixes), dan Sedia Diminum (Ready-to-Drink) termasuk varian UHT, Cans dan PET adalah layak untuk peraduan ini. Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pusat beli-belah, pasar raya besar, kedai serbaneka, dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee di seluruh Malaysia yang menyediakan resit rasmi sebagai bukti pembelian.
Cara Penyertaan:
Cara penyertaan juga senang – beli, Whatsapp dan menang! Pastikan resit kemas dan mudah dibaca. Tulis nama, nombor MyKad dan e-mel (jika ada) pada resit; dan hantarkan satu gambar resit yang jelas menerusi WhatsApp ke 018-388 6332. Mudah kan!
Malah menariknya tiada had ke atas jumlah penyertaan. Boleh hantarkan sebanyak mungkin penyertaan untuk meningkatkan peluang bergelar juara Peraduan MILO® Hidup Bola. Jadi lekas, kena cepat-cepat hantar dan jangan berlengah lagi kerana peraduan akan tamat 9 Ogos 2021 ini !!
Aril sebak isteri mengandung anak kedua, 8 tahun menanti selain diuji masalah fibroid. Bagi pasangan berkahwin, anak adalah anugerah terindah dalam hidup mereka. Bagi yang masih menanti, ia bagaikan penantian penuh harapan.
Manakala bagi yang baru mempunyai seorang anak, pasti mengharapkan agar anak sulung ada berkawan dengan kehadiran anak kedua. Satu perkongsian dari pelakon, penyanyi dan pengacara, Aril Pilus di instagramnya, membuatkan ramai sebak. Bukan hanya dirinya tapi anak sulungnya, Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun turut gembira.
Ya sebak, selepas dirinya dikejutkan dengan kejutan dari isterinya yang kini berbadan dua dan berjaya menyembunyikannya hal itu kepadanya sebulan lamanya. Apa yang membuat selebriti ini menangis, Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus mereka sudah menunggu lapan tahun lamanya untuk anak kedua selain isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin mempunyai masalah fibroid.
Kongsinya, Bismillahhirrahmannirrahim, alhamdulillah doa kami Allah SWT dengar kena surprise dengna wife sambil minum kopi. Diaa rahsiakan dari saya dalam sebulan lebih, amin.. amin.. amin.. after 8 years waiting, dengan isteri saya ada masalah fibroid Allah SWT kurniakan rezeki kepada hambanya, biarlah saya tak mewah wang ringgit, tapi rezeki Allah swt kali ini cukup-cukup bermakna untuk saya dan keluarga.. amin
Semoga Allah swt permudahkan urusan saya dan keluarga, semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. amin.
8 tahun Menanti Selain Diuji Masalah Fibroid
Dalam pada menerima berita gembira di sebalik isterinya mengandung enam minggu, Aril berkongsi bahawa doktor telah menasihati agar isterinya menjalani pembedahan membuang rahim selepas kelahiran.
Ini kerana fibroidnya di luar dan dalam rahim isterinya sejak enam tahun lalu.
“Kalau Allah mentakdirkan dua saja anak saya, maka saya redha dan menerimanya. Itulah saja rezeki kami,”katanya.
Dai Syed lebih manja berbanding isteri tercinta, Hana. Sentiasalah layani isteri dengan penuh romantis, persis layanan Rasullah SAW terhadap isterinya dahulu. Sweet juga pasangan dua sejoli yang masih hangat bercinta ni
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!