Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Kelonggaran untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran daripada Akaun 2 berikutan wabak koronavirus (Covid-19) memerlukan pindaan terhadap Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6).
Kemudahan i-Lestari
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran menerusi kemudahan i-Lestari bermula 1 April 2020 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.
Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas bagi menampung keperluan keluarga berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara.
“KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini.
“Kami meletakkan i-Lestari sebagai keutamaan untuk dilancarkan secepat mungkin,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.
Sedia Soalam Lazim
Alizakri berkata, bagi memudahkan ahli, KWSP turut menyediakan e-mel khas i-Lestari iaitu ilestari@epf.gov.my untuk menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan.
Ads
“Soalan berserta maklum balas ini kemudiannya akan dikemaskini dalam senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my,” katanya.
Alizakri turut mengingatkan ahli KWSP supaya menggunakan pertimbangan wajar apabila membaca tentang sesuatu berita atau paparan media sosial.
“Terdapat pelbagai unsur penipuan dan berita palsu yang disebarkan terutama melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter.
“Adalah diingatkan bahawa KWSP hanya membuat makluman kepada ahli melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi sahaja,” katanya.
Ads
Fasiliti Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP
A. Kemudahan pengeluaran i-Lestari:
a.Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
b.Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
c.Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
d.Untuk tempoh maksimum 12 bulan
B. Pendaftaran:
a.Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
b.Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian
C. Permohonan Pengeluaran
a.Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
Ads
b.Permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual
D. Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.
E. Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.
Baca Lagi Di Sini:
COVID-19: Pencarum Bawah Usia 55, Boleh Keluarkan Caruman KWSP RM500 Sebulan!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang caruman, bolehlah buat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020 nanti. Jangan mudah tertipu, pastikan hanya mendapatkan maklumat yang tepat dari laman sesawang dan saluran media sosial rasmi KWSP sendiri.
“Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong,”.Itu pendirian Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin apabila diajukan mengenai kempen Blockout yang kini hangat diperkatakan di kalangan selebriti Malaysia.
Gerakan Blockout 2024 yang tercetus baru-baru ini nampaknya berjaya menguasai segenap media sosial. Kempen yang berasal dari luar negara itu merupakan salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara Palestin.
Kempen yang juga sudah sampai ke Malaysia itu turut mempunyai laman Instagram sendiri bagi tujuan memberi informasi terhadap netizen tentang selebriti tempatan yang perlu diboikot atas dasar berdiam diri berkaitan kekejaman di Palestin atau pun bekerjasama mempromosikan produk-produk yang didakwa memberi sumbangan terhadap Zionis.
Jangan Cepat Menghukum
Bagi Ratu Rock, Ella pula, dia meminta netizen tidak cepat menghukum selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai kekejaman dilakukan tentera Zionis.
Sehubungan itu, Ella turut menyarankan mereka meneliti terlebih dahulu sama ada selebriti yang tersenarai dalam gerakan ‘Blockout 2024’ itu benar-benar terbabit secara langsung dengan produk pro-Israel ataupun tidak sebelum memboikot.
“Selidik dulu sebelum melemparkan tuduhan sebab tidak mempedulikan Palestin mungkin sebab mereka ada sebab tersendiri,” ELLA AMINUDDIN.
Untuk rekod, edisi Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara di Pulau Pinang sebelum ini, Ella pernah mendedikasikan keseluruhan konsert tersebut untuk memperingati situasi di Palestin.
“Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong Palestin. Saya juga berharap netizen tidak pukul rata dengan menganggap selebriti yang tidak berkongsi penderitaan rakyat Palestin dalam media sosial tidak bermaksud mereka tidak prihatin dengan isu Gaza,” katanya.
Pada masa yang sama, Ella mendedahkan dia sanggup menolak tawaran lumayan beberapa jenama mewah antarabangsa yang mempunyai hubung kait dengan Israel.
“Ya, saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen dikaitkan dengan Israel walaupun bayaran lumayan. Saya lakukan ini semua kerana prinsip saya dan pastikan produk saya wakili ada matlamat bersifat kemanusiaan sejagat.
“Saya juga minta pasukan teliti tawaran terlebih dulu sebelum terima sebarang tawaran,” ujar Ella.
Terdahulu, penyanyi berusia 57 tahun ini berkongsi khabar gembira dengan para peminat dengan membawakan Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia dibawakan khas oleh Hitman Solutions dan RockQueen. Konsert berkenaan akan berlangsung di Dewan Plenari, KLCC pada 9 Ogos depan.
Kalau cerita pasal kain, setiap hari tak akan pernah habis. Dah siap sidai kain, berlipat pula belum selesai. Sudahnya kain berlonggok dalam bakul macam bukit!
Itu adalah situasi yang selalu berlaku di rumah bila mak-mak sekarang buat banyak kerja, walau pun dia seorang suri rumah.
Dan bukan orang yang sudah berkahwin sahaja, yang bujang pun sama. Bila ada tetamu datang, tergocoh-gocoh sembunyikan bakul-bakul dalam bilik tidur.
Haa… untuk mudahkan kerja rumah tangga, mak-mak boleh ikut cara Puan Ilidayana Sudirman ini.
Ok, mesin basuh ili 7kg je. Kalau korang punya lebih banyak, sila gandakan ikut nisbah la…
Simple je, syaratnya…
1. Strategi
Serang pakaian kecik-kecik dulu, macam cik sotong, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Cara ili, sangkut di tangan. Rujuk gambar. Tu semua suar kecik dak sarah, stok 3 hari je tu. Sampai kat ampai, yang ni ili settle sepit dulu.
2. Set masa
ili selalu gunakan cerita kat tv yang best, masa iklan berdesup ili siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, pastu sarah akan tolong jerit : ibu, cerita dah start!! Jadi ili pun cam exercise gak la kan sebab pegi balik 2 kali.
3. Guna hanger
Bab ni ili paling suka sebab dari hanger di ampaian, baju dah kering dan sejuk terus je masuk almari, so tak payah melipat dan kurang keje menggosok.
Haaa.. cubalah nanti tau.
Buat lelaju ni best, kira macam buat Tabata, intense in short periods.
Tip Lipat Kain:
1. Buat bakul masing-masing, contoh kalau ada anak 5… maka sila sediakan 5 buah bakul untuk diorang.
2. Sambil tengok TV, sambil lipat kain.
3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun tu mula sikit.
4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walau baru sekolah rendah.
Apa pun semuanya dari belah pihak mak ayah ya, kalau anda sendiri pun suka longgokkan baju dalam bakul maka jangan pelik anak pun jenis tak suka lipat baju!
NOTA:
Gambar sidai kain di pagar itu sekadar hiasan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami doa diberikan pahala, manakala ibu pula sentiasa titipkan kehidupan yang terbaik buat anak tercinta. Begitulah beruntungnya insan yang bernama Noor Neelofa yang juga baru saja bergelar ibu.
Tanggal 10 Februari merupakan tarikh ulang tahun kelahiran pelakon dan pengacara popular yang juga isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail itu yang ke-33 tahun.
Ibu kepada Muhammad Bilal itu juga menerima ucapan hari lahir yang cukup bermakna dari insan-insan tersayang terutamanya suami dan ibu tercinta.
Menerusi perkongsian PU Riz mendoakan agar isterinya diberikan nikmat dan pahala atas jasanya melahirkan anak sulung mereka.
“Terima kasih teman pak ustaz jadi spideriz
الحمدلله atas semuannya
“Happy birthday زوجة moga Allah beri kebaikan nikmat & pahala yg banyak atas pengorbanan sebagai ibu. Selamat Hari lahir بارك الله لك,” luah PU Riz.
Ternyata ucapan ringkas itu cukup berharga.
Noor Kartini Reda & Doakan Keberkataan Hidup Buat Neelofa
Ibu kepada Neelofa, Noor Kartini juga tidak lepaskan peluang menitip ucapan istimewa buat anak kesayangannya itu.
“Happy Birthday anakku sayang @neelofa, Ya Allah terima kasih atas anugerahmu ini, yang telah memberikanku satu kenikmatan hidup yang tidak pernah terfikir dek akal.
“Alhamdulillah syukur Ya Allah, semoga segala asbab dari karunia ini Allah ganjarkan dengan nikmat yang luar biasa untuk mu wahai anakku, dengan segala kebaikkanmu Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhiratmu.
“Dengan ketaatanmu Allah buka segala pintu-pintu rahmatnya untukmu, dengan ketaatanmu Allah sentiasa meredhaimu, kerana mama setiap detik dan setiap saat meredhaimu dan mendoakan keberkatan untuk mu wahai anakku.
“Moga Allah panjangkan usiamu dgn kesihatan yang afiyah dan rezeki yang barokah dan sentiasa dalam kecukupan. Moga dengan kehadiran Bilal dalam hidupmu lebih menambahkan keserian dan kebahagiaan hingga ke Syurga, love you Ummi Bilal sayang,” luahnya di Instagram.
Ternyata kasih dan doa ibu adalah yang terbaik dalam hidup. Bertuah sungguh Neelofa miliki mereka yang tersayang.
Harta Dunia Akhirat Abah & Ummi
Seperti yang diketahui umum, Neelofa dan PU Riz dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022 yang kini berusia 12 hari.
Sempena ulang tahun kelahirannya, Neelofaa juga berkongsi tentang permata hati pertamanya.
“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.
“Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu… semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah SWT. Harta dunia akhirat Abah dan Ummi,” luahnya.
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...