Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilihat menunjukkan kejayaan selepas tiada peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dilaporkan sepanjang dua minggu pelaksanaannya.

Namun demikian, untuk memastikan ia berterusan dapat dikawal, mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh PKP ini.

Penguatkuasaan bagi Fasa dua PKP ini lebih diperketatkan apabila rakyat Malaysia hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing ketika kawalan pergerakan dilaksanakan, meskipun untuk tujuan membeli makanan atau ubat.

COVID-19: Pergi Beli Ubat, Makanan, Keperluan Harian Tak Boleh Melebihi 10km!

Lagi senang kalau beli barang secara online, taklah terdedah dengan virus. Jimat masa! Klik sini Ramadhan Big Sale, yang penting free delivery.

Perkara itu dinyatakan dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

IKLAN

1. Tempat Paling Hampir

Syarat itu menyatakan, jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan yang mempunyai jangkitan, mereka perlu ke tempat paling hampir dengan kediamannya sama ada untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet.

2. Pergerakan Tak Lebih 10km

Syarat itu turut menyatakan, mereka tidak boleh disertai (ditemani) orang lain kecuali dengan alasan munasabah.

Bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan pula, pergerakan penduduk juga tidak melebihi 10 km, paling hampir dengan kediamannya dan tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan sebab munasabah.

IKLAN

COVID-19: Pergi Beli Ubat, Makanan, Keperluan Harian Tak Boleh Melebihi 10km!COVID-19: Pergi Beli Ubat, Makanan, Keperluan Harian Tak Boleh Melebihi 10km!

3. Kemuka Surat Kebenaran

Dalam melaksanakan tugasan rasmi, akta itu menyatakan rakyat Malaysia perlu mengemukakan surat kebenaran daripada majikan, jika ia dikehendaki oleh seorang pegawai diberi kuasa.

Surat kebenaran itu juga perlu dikemukakan dalam melaksanakan tugasannya dalam apa-apa perkhidmatan yang perlu.

IKLAN

4. Pandu Lalu/Bawa Pulang/Penghantaran

Memperincikan mengenai keperluan pergerakan untuk membeli makanan termasuk pengendali perniagaan, Akta itu menyatakan ia perlu dijalankan secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran sahaja.

Baca Lagi Di Sini:

Jaga-jaga Polis Minta Bil Air, Elektrik Semak Alamat, Kesan Penipu

Beli barang secara online, Klik sini Ramadhan Big Sale.

MW: Jadi sila ambil perhatian iya, jika ingin membeli makanan, ubat-ubatan atau keperluan barangan dapur dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua ini, pastikan pergi yang paling terdekat dalam lingkungan radius 10km sahaja.

Sumber: Bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI