Peningkatan gelombang pandemik COVID-19 memang cukup membimbangkan.Pelbagai langkah berusaha dilakukan oleh setiap negara bagi menurunkan jangkitan kes COVID-19 ini.
Darurat Sebulan
Terbaru, Kerajaan Jepun mengisytiharkan darurat selama satu bulan bermula Jumaat di Tokyo dan tiga wilayah sekitarnya berikutan peningkatan kes Covid-19 selepas cadangan pengisytiharannya diluluskan oleh panel penasihat.
Menerusi laporan Reuters, Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura dipetik berkata, cadangan pengisytiharan darurat yang berlangsung dari 8 Januari hingga 7 Februari itu dipersetujui dalam mesyuarat pagi ini (Khamis).
Kes Jangkitan Harian 6,000
Sekatan itu sebagai langkah untuk memerangi penularan wabak terutama di bar dan restoran yang disebut oleh pemerintah sebagai risiko utama.
Ads
Walaupun penularan wabak berkenaan tidak serius berbanding negara lain, Jepun menyaksikan jangkitan harian baru meningkat 6,000 untuk pertama kalinya pada hari Rabu, apabila 1,591 ujian didapati positif di ibu negara, Tokyo, menurut media tempatan NHK.
Perdana Menteri, Yoshihide Suga akan mengadakan sidang akhbar pada jam 6 petang Khamis waktu tempatan untuk mengumumkan keputusan rasmi melibatkan Tokyo termasuk wilayah Saitama, Kanagawa dan Chiba.
Ads
Pegawai pemerintah telah mengadakan perbincangan dengan para pakar minggu ini untuk menilai langkah-langkah mengendalikan lonjakan penularan dengan mengambil kira faktor ekonomi.
Menurut Nishimura, langkah-langkah yang akan dikenakan dalam tempoh darurat dengan meminta restoran dan bar ditutup pada jam 8 malam termasuk larangan mengadakan acara, mengehadkan acara sukan dan acara besar melebihi 5,000 orang.
Ads
Sebelum ini pada April, Jepun pernah mengisytiharkan darurat.
MW: Di Malaysia pun sedang berlaku gelombang peningkatan kes COVID-19. Memang cukup membimbangkan. Semoga kita dapat menjaga diri dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menangani serta mengurangkan kes penularan jangkitan COVID-19 ini.
Kira-kira 3 pagi semalam, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kulai selepas menghantar ayahnya di Tenggaroh, Mersing.
Kongsinya kira-kira jam 7 malam tadi di facebook miliknya,
“Kuasa Viral tu Hebat. Tolong laaaa kami tersadai di tengah-tengah jalan.
Ke depan tak boleh, ke belakang pun tak boleh. Makanan tak ada. Seharian kami tak makan apa-apa. Kiri kanan hutan laluan gajah lalu.
Dekat area saya ada 6 orang. Depan jalan air yang tak lepas ada kereta dengan lori. Tak pasti berapa orang..
Dah cuba cari ikhitiar dari pagi call macam-macam tapi sampai sekarang tak dapat bantuan. Dah nak malam lagi. Kereta tak balik pun tak pe. Orang mesti kena balik.”
Dengar Kata Air Naik Malam Ni, Allahu Selamatkan Kami..
Ketika ini, Shahira masih terperangkap bersama suami dan seorang anak yang masih bayi.
Sebelumnya, Shahira juga berkongsi keadaannya yang tersangkut dekat Jalan Mawai
“Dah lebih 24 JAM terkandas dekat Jalan Mawai. Dekat area Kubu. Tak balik balik rumah. Takde makanan. Depan belakang air naik. Kami tersangkut tengah-tengah. Dengar kata air naik malam ni. Allahuu selamatkan kami!”
MW :Mendoakan semoga Shahira sekeluarga dan mangsa banjir yang terkandas dapat diberikan bantuan segera.
Bila abah dengan mak makin lanjut usia, nak jalan pun susah, bertongkat, berpapah, anak-anak mulalah rasa berjalan bawa orang tua lanjut usia tu satu beban. Walhal kita dulupun masa kecil-kecil waktu tak pandai jalan lagi, mak abahlah yang kendong.
Masuk dalam kain pengendong mak abah bawalah ke sana ke mari. Rasa susah tu mak abah telan dalam hati. Tak luah pun dekat anak-anak. Dapat tengok anak ceria, hati dah rasa hepi sangat.
Allah sedihnya, bila ada anak-anak yang mula merasakan orang tua itu satu bebanan. Mereka pun nak rasa juga berjalan dengan anak cucu.
Mingguan Wanita berkongsi panduan Puan Aminah Hafizah yang membawa arwah ayahnya yang diserang strok (ketika hayatnya) berjalan-jalan.
Yang Gagah Gendong Ayah, Yang Tak Mampu Tukang Sokong
Kita ini jarang sekali berpeluang ajak orang tua bercuti sama-sama keluarga. Bukan Tak mahu, tapi banyak bimbangnya.
“Abah tu jalanpun bertongkat,” hati ragu kuatkah abah nanti?
“Emak mana boleh tinggal ayam itik dia lama-lama”. Alasan yang selalu kita dengar.
Siapa tahu dalam hati abah dah lama teringin tengok laut?
Dalam diam-diam emak kitapun sebenarnya terliur dengar cerita kawan-kawannya ikut anak bercuti di tanah tinggi.
Jangan banyak fikir, 6 panduan ini saya praktik masa bawa arwah abah pergi bercuti.
Abah Jom Ikut Kami Bercuti! 6 Tip Berguna Bawa Orang Tua Lanjut Usia Berjalan Jauh
1. Pilih Destinasi Yang Sesuai
Sesuaikan minat keluarga dengan orang tua kita. Bincanglah bersama. Utama sekali pertimbangkan faktor jarak destinasi dan aktiviti di tempat bercuti. Jika abah kita Pak Haji, fikir dua kali ya kalau hendak mengajaknya ke taman tema penuh yang anak muda. Urut dada dia nanti.
2. Penginapan Mesra Warga Emas
Pilihlah tempat penginapan atau resort yang mesra warga tua. Selalunya jika tempat yang mesra OKU juga mesra warga tua. Ada ramp untuk laluan kerusi roda.
Semaklah terlebih dahulu jika tempat penginapan jauh dari kawasan parkir. Menggigil abah kita menapak nanti. Jika resort luas dan jauh untuk ke sana sini, lebih mudah jika ada kereta bungee.
3. Rancang aktiviti Bersama
Inilah masanya mengeratkan hubungan sesama keluarga. Ambillah kesempatan ini mendidik anak-anak menyantuni datuk dan nenek mereka.
Boleh saja anjurkan permainan keluarga, berBBQ paling tidakpun santai-santai sambil cerita kenakalan kita terbuka. Inilah saatnya anda memanjakan orang tua sendiri. Lihatlah dia ketawa sampai tidak nampak mata!
4. Ketahui minatnya, Buatkan Dia Rasa Penting
Surveylah destinasi percutian kita. Jadikan percutian ini untuk menghargai mereka, bukan sekadar membawa jalan sebab tiada siapa yang jaga.
Ambillah peluang lawat tempat bersejarah misalnya stesen keretapi lama, kawasan perang, tunggu sajalah mereka buka cerita. Bukan saja anak-anak belajar perkara baru, kita juga dapat merangsang minda orang tua kita supaya sentiasa aktif.
5. Ubat-ubatnya Jangan Dilupa
Cuti-cuti juga, rutin ubat-ubatan tidak ikut bercuti sekali, ya. Tanyalah mereka ubat yang dimakan setiap hari (menyuntik insulin, misalnya) ubat yang diambil bila perlu (seperti inhaller) dan buatlah senarai semak jika bimbang tercicir.
Warga emas stamina tidak seperti kita. Jika letih berjalan, berhentilah. Jika perjalanan jauh dan bimbang mereka lapar, sediakanlah snek alas perut.
6. Survey Tempat Makan Mesra Famili
Orang tua ini kadangkala cerewetnya lain macam. Sentiasa ingatkan diri orang tua kita tidak kuat makan macam dulu. Sekali hadap membukit sepinggan nasi. Sekarang seleranya kecil, tetapi harus makan kerap. Perut orang tua lebih sensitif kerana ususnya tidak seaktif dulu.
“Halalkah tempat ni, Lan? Abah tengok tukang masaknya semua bukan orang kita,” abah bersuara bimbang.
“Mak kau mana makan western ni, Zam. Malam-malampun kami mesti cari nasi“.
Sudah!
Sebelum terjadi drama masam muka dan anak kita protes tidak dapat makan piza, kita survey siap-siap dan tandakan tempatnya. Pilih jalan selamat yang buat semua orang kenyang.
“Di sini terkenal dengan ikan bakar. Makanan lautnya segar-segar. Malam nanti kita makan di tepi laut”
Didik Hati Bersikap Toleransi Dengan Orang Tua
Semua orang sudah tersenyum-senyum, dapat bayangannya.
Percutian seharusnya memberikan memori indah kepada semua yang mengikutinya. Setiap ahli keluarga perlu dididik dan dilatih bersikap toleransi dan menyayangi orang tua dalam keluarganya. Bibit-bibit kasih sayang dan hormat menghormati harus disemai awal dan ditunjukkan contohnya.
Kita tentu tidak boleh lupa kenangan manis abah membawa kita adik beradik berkelah di pantai. Kita buka tingkap kereta dan nyanyi lagu beramai-ramai. Emak kalau sebut saja pergi bercuti, sebakul penuh bekalan makanan disiapkan.
Sekarang, tip dan panduannya sudah ada. Bersediakah kita semua mencipta semula memori indah begini?
Sumber/Foto: Blog Aminah Hafizah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti popular dan usahawan berjaya Neelofa memuat naik foto dirinya tanpa mengenakan purdah dalam Instagram mendapat pelbagai reaksi para peminat.
Perkongsian Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34 di laman Instagram miliknya sekeping foto dirinya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI tanpa mengenakan purdah.
Meskipun gambar berkenaan sekadar dalam versi AI, namun perkongsian tersebut cukup membuatkan peminatnya teruja dengan foto yang dikongsikan oleh isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu.
Versi AI Belum Mampu Tandingi Kejelitaan Semulajadi
“Saya dalam versi AI,” tulis Neelofa di Instagram miliknya.
Difahamkan, foto tersebut dikongsikan kepada umum sebagai bahan promosi koleksi keluaran baharu jenama tudung miliknya, Naelofar.
Usahawan ini turut meluahkan hasratnya untuk menjadikan projek ‘Stamping Your Mark’ itu sebagai penerus kepada impak atau legasi yang mempunyai keunikan tersendiri.
“Buat perubahan,capai perkara yang tidak dapat dibayangkan, sumbang kepada komuniti anda dengan cara yang meninggalkan kesan yang kekal, tinggalkan ia lebih baik daripada sebelumnya. Sebuah warisan yang mencerminkan keunikan, bakat, dan sumbangan anda kepada dunia, sesuatu yang membezakan anda dan diingati oleh orang lain. Saya tak sabar untuk menunjukkan kepada anda koleksi penuh ini!
Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu jelas sekali mengubat kerinduan peminat untuk melihat wajah cantik bekas pengacara MeleTOP selepas dia memutuskan untuk berniqab pada Oktober 2020.
Untuk rekod, ibu kepada dua cahayamata ini mula mengenakan purdah sepenuhnya pada sekitar Oktober 2020. Menurutnya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama. Neelofa juga dalam proses belajar dan membentuk keperibadian menjadi wanita Islam yang lebih baik.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...