Pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai sektor terjejas teruk lebih-lebih lagi sektor pelancongan. Banyak negara yang melakukan sekatan pintu sempadan bagi mengekang pandemik ini. Malah jika ingin ke negara yang dikunjungi, tempoh kuarantin 14 hari adalah perkara yang wajib dilalui serta perlu tinggal di hotel mahupun pusat penempatan sementara.
Kuarantin 14 Hari Di Resort Golf
Terbaru, Thailand menawarkan pengalaman kuarantin yang unik kepada pelancong asing memasuki negara itu, apabila mereka boleh memilih untuk menjalani tempoh kuarantin 14 hari di resort-resort golf.
Dalam usaha meningkatkan semula sektor pelancongan yang merudum akibat COVID-19, kerajaan Thailand telah meluluskan enam resort golf sebagai pusat kuarantin, termasuk tiga di Kanchanaburi dan masing-masing satu di Nakhon Nayok, Phetchaburi dan Chiang Mai.
Dibenarkan Bergerak Bebas
Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan, pelancong asing yang menjalani kuarantin di resort golf terbabit, akan dibenarkan untuk bermain golf dan bergerak dengan bebas, berbanding hanya duduk di bilik mereka ketika tempoh dua minggu kuarantin mandatori.
“Thailand kekal sebagai syurga pemain golf, walaupun ketika pandemik COVID-19.
“Dengan jumlah pemain yang kurang, kini lebih mudah untuk membuat tempahan masa bermain, dan rentak permainan yang lebih cepat dari biasa dan kurangnya kerosakan akibat kurang penggunaan sejak tahun lalu,” menurut kenyataan itu.
Ads
Tawar Pakej Khas Kuarantin
Menurut kenyataan itu, pelancong asing yang memilih untuk kuarantin golf itu memerlukan visa, sama ada Visa Pelancongan Sekali Masuk atau Visa Pelancongan Khas, insurans perjalanan dan perubatan dan juga sijil kemasukan.
Tambah TAT, padang golf di Thailand juga mengekalkan nilai terbaik untuk wang mereka dan juga tawaran pakej khas kuarantin dengan diskaun yuran padang dan kemudahan khas lain.Kuarantin golf ini adalah usaha terkini bagi menarik pelancong asing ke negara itu, sewaktu pandemik COVID-19.
Tahun lalu, Thailand menawarkan Visa Pelancongan Khas untuk pelancong asing jangka panjang, bagaimanapun ia tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.
Pada 2019, Thailand berjaya menarik kira-kira 40 juta pelancong yang membelanjakan 1.91 trillion baht.
Ads
Tahun 2020 dari Januari ke November, jumlah pelancong asing hanya 6.7 juta, menurun 81 peratus berbanding 2019, dengan 6.69 juta daripada jumlah itu tiba pada suku pertama tahun itu, sebelum sekatan perjalanan dikenakan pada April.
Bagi tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 271 kes baharu COVID-19, dengan dua lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu kepada 11,262 kes dan 69 kematian.
Daripada 271 kes baharu terbabit, sejumlah 259 membabitkan kes jangkitan tempatan termasuk 181 menerusi aktiviti penyaringan aktif dan 12 kes import.
Ads
Dua kematian dilaporkan di negara itu termasuk seorang warganegara British berusia 71 tahun dengan tahap kesihatan rendah dan seorang warga Thai yang menghidapi kencing manis.
Penularan terkini di Thailand sejak pertengahan Disember telah merebak ke 60 wilayah, mencatatkan 7,025 kes dengan sembilan kematian. – BERNAMA
Baca Lagi Di Sini: Anak POSITIF Covid-19, Ibu Tunggal Ini Sanggup Ambil RISIKO Temankan Anak Hingga SEMBUH
MW: Pandemik COVID-19 memang menyebabkan pelbagai sektor terkesan, lebih-lebih lagi sektor perlancongan yang terjejas teruk. Menarik juga usaha kerajaan Thailand dengan menjadikan Resort Golf sebagai Pusat Kuarantin untuk pelancong asing.Semoga usaha yang dilakukan ini dapat membantu memulihkan sektor perlancongan di negara mereka.
Demi nak cantikkan wajah wanita rela buat apa sahaja, termasuklah sanggup membuat pembedahan plastik!Tiga wanita warganegara China ini dikatakan terkandas di sebuah lapangan terbang di Korea Selatan berikutan gambar pada pasport mereka tidak sepadan dengan wajah baru masing-masing akibat pembedahan plastik.
Ramai yang mengetahui bahawa klinik-klinik pembedahan plastik di Korea Selatan mahupun Thailand begitu terkenal sebagai antara klinik pembedahan plastik yang terbaik di dunia, maka tidak hairanlah wanita-wanita Asia terutama dari China dan Jepun sering mengunjungi negara-negara ini untuk mengubah wajah mahupun tubuh badan mereka.
Hanya sejumlah kecil yang membuat sedikit perubahan seperti pada bahagian hidung atau melakukan suntikan Botox.
Sebaliknya, ramai yang mengubah wajah mereka secara keseluruhan sehingga menyukarkan pihak berkuasa di lapangan terbang untuk memadan wajah mereka dengan gambar pasport.
Gambar yang menunjukkan tiga wanita sedang menunggu sambil memegang pasport di lapangan terbang tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Dalam Proses Pemulihan
Mail Online melaporkan, wanita berkenaan sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan dengan wajah mereka masih bengkak dan berbalut di sekitar kepala.
Gambar itu dipercayai diambil oleh seorang lelaki yang berada di lapangan terbang ketika penduduk China menikmati cuti umum yang dikenali sebagai Golden Week.
Wanita terbabit yang namanya tidak didedahkan mengambil peluang daripada cuti berkenaan untuk menjalani pembedahan plastik di sini.
Bagaimanapun masih tidak diketahui sama ada pelancong itu sudah dibenarkan kembali ke China atau masih ditahan untuk siasatan lanjut.
Terkandas di lapangan terbang gara-gara bedah plastikTiga wanita warga China terkandas di lapangan terbang di Korea Selatan berikutan gambar di pasport mereka tidak sepadan dengan wajah selepas membuat pembedahan plastik di negara itu.
Gamaknya demi cinta sanggup menyamar jadi lelaki jadian untuk mengahwini wanita yang dicintai. Mungkin perwatakan dan pengenalan dirinya membuatkan isteri tidak tahu bahawa dia adalah sama jantina.
Sehinggalah selepas berkahwin, perwatakkannya mencurigakan mentua, bukannya setakat enggan menunjukkan kad pengenalan ketika diminta oleh ibu mentua, malah semakin menjadi syak wasanka bila dia tidak pernah tanggalkan baju ketika mandi.
Malah ketika ‘bersama’ juga lelaki jadian yang bernama Erayani akan menutup mata isterinya bagi menyorok identiti asalnya.
Kejadian ini berlaku di negara jiran, yang mana isteri bernama Mawar mengetahu suami yang dikahwininya itu adalah seorang perempuan.
Bukan saja menipu tentang jantina dan identiti sepanjang 10 bulan berkahwin tapi Ahnaf Arrafif atau nama sebenar Erayani turut terkait dengan pemalsuan sijil ijazah kolej.
Selain itu, selepas tular tentang foto perkahwinan mereka yang tersebar, Tribun Video turut berkongsi tentnag lelaki jadian itu yang cuba menyakinkan pasangan srbelum melangsungkan perkahwinan. Beberapa rakaman perbualan ketika mereka sedang berkawan rapat.
Ahnaf Arrafif
Erayani, wajah ‘suaminya’ masa remaja.
MUA Kongsi Gambar Photoshoot
Malah, MUA yang berkongsi gambar dalam TikTok tentang photoshoot mereka di studio. Katanya, dari awal dia sudah mencurigai identiti lelaki tersebut bila pertama kali bertemu.
Beberapa rakaman video pre wedding, Erayani dilihat cuba untuk kelihatan maskulin dengan mengenakan pelbagai kostum termasuk sut doktornya.
Bukan itu saja, beberapa keping gambar Erayani semasa remajanya dahulu berjaya dipaparkan hasil kuasa netizen Indonesia. Melalui gambar yang diambil sekitar 9 tahun lalu, dia kelihatan vantik bertudung.
Mingguan Wanita : Ada jugalah macam ni. Minta dijauhkan.
Al Fatihah.. bayi pramatang pelakon drama kepolisian Gerak Khas, Abby Abadi, Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhammad Faizal sudah pun kembali ke rahmatullah.
Sebaknya, ketika ini pasangan suami isteri ini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah. Tak dapat nak peluk cium apatah lagi mengurus jenazah bayi pramatangnya untuk kali terakhir. Cuma doa yang dapat mak ayah kirimkan dari kejauhan.
Kongsi Abby kira-kira 1.30 pagi Ahad di instagramnya, “Maafkan Mama sayang sebab tak dapat uruskan Baby untuk kali terakhir.
“Pak Ngah dan Mak Teh dan Pak Tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4, Lembah Keramat.”
Abby juga berkongsi video terakhir sebelum, dia dan suami meninggalkan bayi pramatangnya itu untuk menunaikan umrah pada Khamis, 5 Disember lalu.
“Maafkan Mama Abah sayang.” tulisnya dalam tangisan yang panjang.
Baru Dua Hari Di Mekah, Baby D Pergi Meninggalkan Kita
Sementara, suami Abby, Faizal Zakaria (Jai Ezzany) memaklumkan bayinya itu meninggalkan mereka pada hari kedua mereka berada di Makkah untuk ibadah umrah.
“Hari ke-2, Abah dan Mama di Mekah, Baby D pergi meninggalkan kita.
Allah pinjamkan Baby D sekejap je… Abah & Mana redha setiap apa yang telah Allah tentukan. Sedih sangat-sangat sebab abah tak dapat jumpa Baby D untuk kali terakhir, Abah tak dapat nak uruskan Baby D.”
“Maafkan Abah sayang sebab tak dapat uruskan Baby untuk kali terakhir”
“Ya Allah Kau yang lebih mengetahui dari segala-galanya, segala perancangan Mu adalah yang terbaik.
“Abah doakan Moga Allah temukan kita di Syurga nanti.
“Abah sayang Baby D dunia akhirat.”
Allahyarham Muhammad Danial Firman Faizal yang lebih senang dipanggil Baby D oleh mak ayahnya, ini dilahirkan ketika kandungan ibunya mencecah 24 minggu. Dengan berat cuma 540 gram.
Sejak itu, Baby D ditempatkan di dalam Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh. Saban waktu, Abby dan suami berulang ke hospital untuk bersama bayinya. Malah, pasangan ini menyumbangkan peti sejuk kepada pihak hospital untuk kemudahan penyusuan anaknya dan bayi-bayi lain di wad berkenaan.
Abby juga sempat membuat stok susu ibu untuk arwah anaknya sebelum dia dan suami berangkat ke tanah suci.
Ketika ini, Abby Abadi dan suami sedang menunaikan umrah di tanah suci Makkah bersama Norman Hakim, Memey Suhaiza dan anak-anak. Mereka akan pulang ke tanah air pada 16hb Disember ini.
MW : Al Fatihah.. semoga Allahyarham Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhammad Faizal. Salam takziah untuk Abby Abadi dan suami. Semoga diberikan ketabahan yang kental dalam menempuh ujian hebat ini.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...