Bila mana, mak ayah duduk rumah ada saja resepi yang mahu dicuba untuk keluarga. Jumlah masa melayari laman sosial pun makin bertambah. Dalam grup WhatsApp, dalam grup makanan, malah di aplikasi food delivery, mak ayah hidangkan dengan menu yang ‘menggoda-goda keimanan’ untuk mak ayah beli.
Berani dengan tak berani saja nak order! Bimbang risiko terjangkit Covid-19 tanpa sengaja. Kata Dr Safiya Amaran, ada panduan selamat untuk mak ayah yang mahu membuat pembelian makanan atas talian mahupun bungkus.
Sejak arahan #StayAtHome ini, makin ramai yang order makanan online.
Sekarang ni Lazada MY ada bagi Ramadhan Food Voucher discount , diskaun sehingga RM9 potongan. Jimatkan!
Tapi ramai orang rasa risau sebab penyakit COVID-19 boleh berjangkit apabila tangan yang telah tercemar dengan virus sentuh mata, hidung dan mulut membuatkan virus SARS-Cov-2 masuk ke dalam badan.
Jadi ramai tanya selamat ke makanan yang order online ini?
Ada kemungkinan tak bekas makanan tu dah tercemar dengan virus?
Kita tak nampak virus ni , jadi ia ada ke tidak, kita tak boleh nak tahu kan?
√ Ok, diingatkan semula, walaupun virus boleh ada pada barang, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan jangkitan melalui orang.
√ Jadi, risiko yang lebih tinggi ialah semasa ambil barang yang di order sebab waktu itulah akan berjumpa orang.
Sebolehnya kurangkan bertemu face to face dengan orang lain. Kita tidak tahu siapa yang ada virus ini kerana kajian menunjukkan 30% orang yang dijangkiti tiada gejala langsung, jadi mereka sendiri pun tidak sedar dah dijangkiti SARS-CoV-2.
Boleh jadi kita sendiri ada virus tapi tak sakit ataupun penghantar makanan yang ada virus tapi juga tak sakit. Jadi dua-dua perlu ambil langkah berhati-hati.
√ Jika boleh, pilihlah untuk bayar online dan minta makanan diletakkan di depan rumah. √ Apabila penghantar dah balik baru buka pintu dan ambil makanan.
√ Kita cuba elakkan kontak rapat dengan penghantar makanan. Ini lebih selamat untuk kita dan untuk dia juga.
Kalau tidak jumpa kedai macam ni dan masih rasa sangat risau kalau plastik atau bungkusan makanan tu tercemar dengan virus, boleh buat macam ini:
Ok, masih risau ke?
Atau dah boleh order food delivery @ food panda @ tapau dengan lebih confident?
The best kalau boleh masak sendiri di rumah,
walaupun lauk yang ringkas tapi rasa lebih puas hati sebab dapat pastikan kebersihannya. Last, sekali lagi jangan lupa basuh tangan sebelum makan.
Selamat menjamu selera
MW : Tip ini pun boleh digunapakai untuk mak-mak yang beli barang basah secara online tu. Yang penting, ikut arahan kerajaan #DudukRumah ok!. Lagi-lagi, memasuki fasa kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang dikatakan tempoh kritikal buat negara.
Baca sini : Tak perlu sampai basuh, rendam sabun barang dapur baru beli.
Sumber/Foto : Safiya Amaran