Bersyukurlah di Malaysia ini, walau sedang berdepan pandemik Covid-19, kerajaan cepat bertindak mengekang virus, keluarkan arahan PKP malah beri pula bantuan prihatin kepada rakyat.
Rakyat Malaysia ini, Khayla Noreen menetap di Dublin, Ireland bersama suami dan anaknya. Di tempat tinggalnya perintah Restriction Movement Order (RMO) sudah pun dilaksanakan.
“Alhamdulillah, masih boleh keluar. Di sini masih longgar peraturan dia. Masih ramai yang keluar berjalan untuk ambil angin.”
Bagi Khayla sendiri langkah berjaga-jaga itu amat penting. Jadi bila keluar rumah, dia pakai pelindung mulut kerana bekalan topeng muka dah kehabisan.
“Kena creative sebab bekalan mask kehabisan.”
30 Mac lalu, Khayla berkongsi di Ireland jumlah kes mencecah 2617 termasuk 200 kes baru, dan 46 kematian.
“Kalau ikutkan 3 minggu lepas tak sampai 5 kes pun kat sini. Tapi makin hari makin tinggi peningkatannya. Diikutkan keadaan kat sini RMO lebih awal. Sekolah, kolej, university dah mula tutup dari 13hb tapi bisnes mula banyak tutup dari 16hb.
Cuma orang kat sini tak ambil pengajaran dari Italu sebab diorang still keluar macam biasa, walaupun bila diarah tutup sekolah. Diaorang pun dah panic buying. Bertroli-troli masing-masing borong.
Tu kecoh sampai toilet paper pun out of stock. Ingatkan diaorang nak duduk diam-diam dalam rumah. Tapi lain pulak jadinya
.”Katanya lagi, rakyat di sana masih bersantai di taman, pantai malah keluar sambil makan aiskrim. “Jauh beza dengan dekat Malaysia yang majoriti memang ikut arahan.
“Orang Malaysia lagi berhati-hati, siap pakai mask, glove semua. Tapi kat sini, kita orang-orang Malaysia yang buat macam tu jadi macam pelik dan dipandang sinis pula.”
Apabila keadaan dah agak kritikal baru kerajaan bertindak lebih tegas. “Tu pun tak restriced sepenuhnya. Sebab memang masih ada yang nak keluar bawa anjing jalan-jalan, nak buat physical exercise dan tak nak kemurungan.
So kitorg yang memang tak ada pilihan, tak nak ikut cara diorang biar pun makan apa ada je.. Cuma dekat kawasan ni tak ada halal butcher, dapatlah bekalan isi ayam sahaja. Tak apa janji kenyang & bersyukur rezeki Allah yang bagi.
Just nak share betapa beruntung orang dekat Malaysia.. Jadi sama-sama masing-masing kite jalankan tanggungjawab bersama. Stay home, save lives. InshaAllah.. Aaminn”
Baca sini : ‘Allah pilih.. uji saya’ Frontliner positif, awalnya ada simptom sakit tekak.
MW : Bersyukurlah.. kerana dengan bersyukur itu hati akan menjadi tenang. Terus #DudukRumah ok!
Sumber/Foto : Khayla Noreen