Susulan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari, bermula 18 hingga 31 Mac, ada pekerja yang turut terkesan dengan arahan ini apabila terpaksa mengambil cuti tanpa gaji oleh pihak majikan.
Atas keperihatinan kerajaan, peruntukan RM120 juta disediakan bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.Bantuan kewangan RM600 sebulan boleh dimohon bermula 20 Mac bagi golongan ini.
Bantuan kewangan ini dikendalikan oleh PERKESO dan akan disalurkan kepada majikan yang kemudiannya diperlukan untuk membayar terus kepada pekerja yang terlibat.
Permohonan bantuan kewangan untuk membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) ini adalah menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).
SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)
ERP menyediakan bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimum 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan berikut :-
Semua majikan sektor swasta yang menggaji pekerja termasuk pekerja sambilan dan telah berdaftar serta sedang mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja layak diliputi dalam Program ERP.
2. Pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP.
Ads
3. Tempoh permulaan liputan Program ERP kepada majikan adalah ke atas mereka yang telah mengeluarkan notis CTG kepada pekerja mulai 1 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh PERKESO.
KADAR BANTUAN & TEMPOH LAYAK
Kadar bayaran bantuan kewangan adalah bergantung kepada tempoh notis mula CTG. Sekiranya tarikh notis mula CTG adalah sebulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 sebulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat.
Sekiranya tempoh notis mula CTG adalah dua (2) bulan mengikut tarikh tamat CTG tersebut, bayaran mengikut kadar rata sebanyak RM600 bagi setiap bulan akan dibayar kepada setiap pekerja yang terlibat membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,200.
Jumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan.
Majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERR daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dan i tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO.
Majikan yang mengemukakan apa-apa maklumat palsu, tidak benar atau mengelirukan kepada PERKESO atau majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja, boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.
BAGAIMANA MOHON
Setiap permohonan hendaklah dikemukakan secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh MAJIKAN bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.
Ads
Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.
Senarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:
Nama Penuh Pekerja Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN) Nama Jawatan (job title) Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM) Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi
Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.
Ads
MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN
Di bawah merupakan pautan utama yang majikan dan pekerja boleh rujuk mengenai tatacara permohonan Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji ini. Maklumat lengkap boleh didapati di laman PERKESO.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau kemukakan pertanyaan anda menerusi email ke perkeso@perkeso.gov.my ATAU salurkan aduan/pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official
*** Maklumat lanjut mengenai Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) untuk pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji akibat penularan Covid-19 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
MW: Semoga ini bermanfaat, terutama buat pekerja yang memerlukan sumber kewangan akibat terkesan dengan Covid-19.
Tak dinafikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang bermurah hati memberi sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dengan tujuan golongan yang memerlukan dapat dibantu demi menampung keperluan dapur dan belanja harian mereka.
Memang terbaik dan wajar diberikan pujian atas usaha murni penduduk di Kampung Pogunon, Penampang, Sabah ini. Mereka bersikap prihatin berkongsi rezeki memberikan sayur-sayuran dan buahan-buahan secara percuma kepada individu atau keluarga setempat yang memerlukan.
Lebih-lebih lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila pergerakan orang ramai yang agak terbatas untuk mendapatkan sayur-sayuran mahupun buah-buahan.
Sumbangan Diletakkan Di Hadapan Kediaman Masing-Masing
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh laman sosial Facebook ‘Bosku Urang Kita Sabah’ menunjukkan pemilik beberapa rumah di kampung itu menggantungkan sumbangan pada pagar atau diletakkan atas meja khas di hadapan kediaman masing-masing.
Semua barangan mentah terbabit turut disertakan nota yang memaklumkan keperluan asas tersebut adalah percuma dan setiap rumah hanya boleh mengambil satu plastik bagi setiap jenis barang.
MW: Usaha murni penduduk kampung ini berkongsi rezeki ini wajar dipuji.Semoga rezeki penduduk kampung ini berlipat ganda kerana membantu mereka yang memerlukan.
Kalau anda salah seorang yang mengikuti kes Aisya atau nama penuhnya Nur Aisyah Hazmizan yang diculik hampir 15 jam sewaktu bersahur, ini sedikit luahan hati ibunya, Siti Noorfadilah Yusofe, 30 sekali gus menjawab semua pertanyaan dan 1001 komen netizen di laman media sosial.
Yes, saya sebagai mama Aisya pun tak dapat beri kenyataan lebih. Kita serahkan kepada pihak polis ya, mereka lebih layak jalankan tugas.
Percaya lah saya dan suami serta keluarga sangat terkesan dengan kejadian ini tapi siapa kita untuk lawan takdir? Saya tak pinta kejadian seperti ini berlaku. Anak-anak saya nyawa saya, janganlah hukum sebarangan dan janganlah membawang sebarangan.
Kenapa Tak Sedar Langsung Waktu Tidur
Untuk jawab soalan pakcik halia dan makcik halia. Ya, kami sememangnya dah kunci pintu.
Kenapa tak sedar ketika orang masuk rumah anak kena ambil? Saya tidur pukul 3 pagi, sepanjang bulan puasa saya jarang tido. Normal tido selepas subuh. Dan sebelum kejadian saya letih urusan kerja jadi mungkin saya benar-benar letih sehingga beliau ambil Aisya pun saya tak sedar. Yesss saya amat-amat menyesal tidur pada hari kejadian!
Tak Bergaduh Laki Bini Pun
Saya dan suami tidak bergaduh dan saya hanya ada SEORANG suami sahaja tiada istilah EX suami bagai. Dia suami saya sejak 12 tahun lepas dan dia kekasih hati saya sejak 15 tahun lepas.
Saya/suami suspek utama? Hanya tuhan sahaja tahu betapa sayangnya kami kepada anak-anak kecil. Jika bukan anak saya pun saya akan menangis kerana melibatkan seorang kanak-kanak. Kami adalah pencinta kanak-kanak bukan pendera kanak-kanak.
Moga dengan post ini buat anda berpuas hati dan nak tahu lebih lanjut boleh ke IPD muar tanya dengan polis yang bertugas ya.
Jika anda rasa anda hebat berspekulasi boleh suarakan kehebatan anda kepada pihak polis.
“Salam jumaat dari mama Aisya. Doakanlah Aisya kembali pulih dari apa yang terjadi, beliau masih trauma.”
Menjawab Soalan Kenapa Aisya Nampak Teruk
Ramai bertanya tentang Aisya. Saya menjawab semua persoalan anda disini. Sekejap lagi sembayang jumaat saya mohon doakan anak saya kembali sihat, hilang trauma yang dia hidapi kini dan hilangkan kesakitan yang di alami.
Alhamdullilah perlaku tak pukul Aisya dari xray yang dibuat. Tapi aisya jadi seperti ini kesan adari gigitan semut, nyamuk dan binatang-bintang kecil.
Gambar 1st keadaan aisya sekarang bibir dan sekitar mulut bernanah, mata keluar nanah, sekitar leher bernanah.
Alhamdullilah dia kembali kepada saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa, saya sangat beryukur.
Doa anda semua moga Allah membalas segalanya. Terima kasih kerana prihatin kepada kami.
Sedikit penjelasan dari pihak keluarga adik Aisya, moga orang ramai boleh stop kecam keluarga ini. Dari pihak team Mingguan Wanita sendiri, moga Puan Diela Yusofe tabah telan ujian dan didoakan moga adik Aisya cepat-cepat sembuh. Aamiin..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai pengajaran, sebelum memuat naik sesuatu status di laman sosial, sila fikirkan dahulu kesan dan akibatnya yang mungkin berlaku. Gara-gara mahu menarik ramai pengikut di media sosial, seorang wanita yang juga merupakan seorang blogger di China ditangkap apabila mencetuskan kekecohan selepas menawarkan perkhidmatan hubungan intim percuma di sebuah hotel di Sanya, Pulau Hainan.
Wanita itu menjadi takut apabila kira-kira 3,000 lelaki tidak berhenti-henti datang ke hotel penginapannya, malah ada yang berkumpul di depan hotel sebelum memuat naik status baru di Weibo (Twitter versi China) memberitahu dia hanya bergurau dan merayu orang ramai tidak mencarinya lagi.
Susulan kekecohan itu, polis menahan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Miss Ye, 19, selepas menerima laporan daripada hotel dan dia disiasat kerana disyaki mengiklankan khidmat pelacuran.
Daily Mail yang memetik laporan portal berita ifeng.com melaporkan, kejadian berlaku di Teluk Haitang, pulau Hainan, di selatan China.
Miss Ye dilaporkan memuat naik status pada 1 Mac lalu, berbunyi:
“Siapa mahu mendapatkan saya.. untuk hubungan intim secara percuma.”
Dia turut menyatakan nama hotel dan nombor bilik 6316 dalam status berkenaan.
Ribuan Lelaki Berkumpul
Tidak lama selepas dia memuat naik status berkenaan, ratusan lelaki datang mengetuk pintu biliknya, manakala ribuan lagi berkumpul di luar hotel. Ramai pengguna media sosial turut memuat naik video dan gambar mereka berkumpul di hotel itu serta beratur di bilik 6316.
Miss Ye yang ketakutan segera memadamkan status berkenaan sebelum meminta bantuan pengawal hotel untuk mengiringnya keluar dan menaiki teksi ke lapangan terbang.
Polis memberitahu, wanita berasal dari Shanghai itu ditahan di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix .
Ketika soal siasat, Miss Yee mengaku dia sengaja memuat naik status itu untuk menarik ramai pengikut di laman sosialnya yang kini ditutup selepas kejadian berkenaan.
Macam-macam hal, punyalah nak ramai pengikut di laman sosial tak fikirkan akibat dan kesannya! Tanggunglah sendiri iya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...