COVID-19: 6,075 Kes Jangkitan Baru Tertinggi Direkodkan, Semenanjung Tiada Lagi Zon Hijau

Share

Peningkatan kes jangkitan covid-19 semakin membimbangkan. Terkini kes jangkitan harian negara pada hari ini mencatatkan angka melebihi 6,000 dengan 6,075 kes dilaporkan. Sekaligus mencatatkan rekod baru kes jangkitan harian tertinggi yang pernah dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi melebihi 2,000 dengan 2,251 kes. Situasi semasa daerah-daerah di Malaysia berdasarkan pergerakan 14 hari kes #COVID19 setakat 18 Mei dan tiada lagi zon hijau di Semenanjung.

“Seterusnya ialah Johor (699 kes), Kuala Lumpur (660 kes), Kedah (445 kes), Kelantan (441 kes), Sarawak (323 kes), Perak (220 kes), Terengganu (203 kes), Negeri Sembilan (189 kes), Pulau Pinang (183 kes), Sabah (160 kes), Pahang (150 kes) dan Melaka (122 kes).

“Labuan pula merekodkan 14 kes baharu manakala, Putrajaya dengan sembilan kes dan Perlis sebanyak enam kes,” katanya menerusi satu ciapan Twitter di sini hari ini.

Baca Lagi Di Sini:
COVID-19: Kes Jangkitan Tak Menurun, KKM Pertimbang PKP Menyeluruh Di Selangor!

MW: Memang cukup membimbangkan apabila kes jangkitan dan kes kematian akibat COVID-19 semakin meningkat setiap hari. Semoga kita semua dilindungi, berusaha menjaga SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Kosmo, KKM

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/

)

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab