Connie Derita Buah Pinggang Bernanah “Semoga Ummi Cepat Pulih” Anak Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

Share

Connie Derita Buah Pinggang Bernanah. Pelakon wanita yang pernah popular pada era 80an, Norlida Ahmad atau lebih popular dengan panggilan Connie, 64, rupanya kini menderita masalah buah pinggang bernanah dan jangkitan kuman pada paru-paru serta darah.

Khabar tersebut dikongsikan oleh anak perempuannya, Ally Marisha Afrina Abdullah, 24. Malah Ally Marisha  juga memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan buat ibunya yang tercinta.

Connie Derita Buah Pinggang Bernanah

Bukan itu sahaja, Ally Marisha juga memaklumkan Connie telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang nanah di sekeliling buah pinggangnya di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan. Pembedahan dijalani ibunya itu juga berjaya walaupun berdepan sedikit komplikasi.

“Alhamdulillah ummi saya dah keluar dari bilik pembedahan. Tadi ada sedikit komplikasi, tapi syukur Alhamdulillah segala urusan pembedahan itu berjaya sepenuhnya.

“Saya mohon daripada semua agar sama-sama bantu mendoakan segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah dan ummi saya cepat pulih. Terima kasih,” katanya seperti dipetik menerusi Harian Metro.

Rawatan Segera di Hospital

Khabarnya, Connie yang pernah popular dengan filem Bujang Lapok Kembali Daa telah dimasukkan semula ke HTJ untuk rawatan lanjut akibat masalah buah pinggang bernanah dihidapinya pada 19 September lalu iaitu selepas 10 hari dibenarkan pulang ke rumah pada 10 September.

Pada waktu itu nanah pada buah pinggang Connie semakin membesar sehingga 12 sentimeter ketika di rumah dan memerlukan dia dimasukkan untuk rawatan segera di hospital.

Untuk rekod pada Ogos lalu, Connie telah dimasukkan ke HTJ kerana masalah buah pinggang bernanah dan jangkitan kuman pada paru-paru serta darah yang dialaminya.

Dia turut menjalani prosedur dikenali sebagai Peripherally Inserted Central Catheter (PICC) di mana saluran dipasang ke urat jantung bagi memudahkan antibiotik dan ubat dimasukkan untuk penggunaan jangka masa panjang.

Bercerita lanjut, Ally menerangkan Connie pernah menjalani prosedur membuang nanah sebelum ini.

“Prosedur pembedahan membuang nanah pada buah pinggang ini agak bahaya juga dan doktor perlu lebih berhati-hati melakukannya. Tapi, syukurlah pembedahan kedua ummi kali ini berjaya,” jelasnya.

Menarik Lagi Disini : Rindu Kehidupan Berkeluarga Esma Daniel Nikah Kali Ketiga Wanita Usia 31, Anak-Anak Restu

Mak Sanggup Buang Anak Perempuan 11 Tahun, Suami Baru Tak Nak ‘Masalah’

Baca Disini Lagi: Tak Nak Campur Urusan Rumah Tangga Nabila “Saya Nak Bahagia Saja Dengan Anak Cucu” Noor Kartini

Mingguan Wanita : Semoga Diberikan Kesembuhan Buat Connie.

Sumber Kredit: Berita Harian

Sumber Gambar : Facebook Princess Nareesha

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Norhayati Suboh