Coklat Nestum Bar Hanya Guna 2 Bahan, Rasanya Sebiji Macam KitKat!

Share

Mudahnya buat Coklat Nestum Bar untuk anak-anak, hanya guna 2 bahan je tapi rasanya sebiji macam coklat KitKat. Bukan apa, bila kita buat sendiri coklat untuk anak-anak lebih jimat, berbaloi dan terjamin kebersihannya. Malah, kemanisan coklat pun kita boleh kawal.

Ikut resipi dan cara buat Coklat Nestum Bar sendiri seperti yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida
ini.

Buatkan Coklat Nestum bar untuk anak-anak, rasa nya sebiji macam Kit Kat. Hanya guna 2 bahan je Nestum dan coklat. Resepi sangat simple dan yang penting tak perlu nak bakar.

Bahan-Bahan:

500g Nestum yang original 
1kg dark compaund beryls 
*yang ni kurang manis berbanding milk compaund

Cara Membuat:

1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler.

2. Sampai cair macam ni.

3. Lepas tu masukkan 1 paket Nestum.

4. Gaul sampai sebati biar bersalut elok.

5. Lepastu dah gaul sebati masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik nanti senang nak keluarkan.

6. Potong siap-siap baru letak dalam peti ais.

7. Bila dah sejuk..patah-patahkan.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi KEK COKLAT Paling Senang Adun Guna Blender, Kukus 45 Minit,Siap!

Biasakan Makan Coklat Pada Waktu Pagi, Bantu Membakar Lemak & Kurangkan Berat Badan

Kek Coklat Kukus Simple & Sedap, Letak ‘Chocolate Coins’ Dalam Adunan

Mingguan Wanita: Mudah sangat nak buat coklat nestum bar untuk anak-anak ni tak perlu bakar dalam oven pun. Rasanya pula sebiji macam coklat KitKat. Boleh cuba nanti, lebih jimat.

Sumber: Ida Zaida

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab