Isi Kandungan
ToggleMacam-macam resipi mudah yang mak-mak boleh buat untuk gembirakan hati anak-anak.Terutamanya anak-anak yang suka makan coklat. Salah satunya resipi ‘Choco Jar’ viral yang dikongsikan oleh Puan Syarifah Wafa Syed Munir ini.
Bukan apa jika nak beli, boleh tahan juga harganya.Lebih baik buat sendiri, lebih jimat dan puas hati. Malah nak buat jual pun boleh sangat.
Berikut perkongsian resipi wanita ini sebagai panduan;
“Siapa cakap buat resepi yang mahal ni susah.Senang dan sangat jimat kalau buat sendiri.”
Bahan-Bahan:
250g bubble rice
3bungkus coklat(saiz besar)
1/2 cawan minyak masak
Bekas plastik
Cara Membuat:
1.Bubble rice saya masuk oven suhu 160c dalam 10 minit.Dah sejuk masuk bekas.
2.Saya guna coklat cadbury.Kalau nak buat choco jar ni kita double boil coklat,minyak tu kita suamkan lepas tu curah dalam coklat.Fungsi minyak supaya coklat tak keras.
3.Dah agak mencair masuk 1/2 cawan minyak masak yang suam-suam dan kacau sebati.
4.Coklat dan minyak dah bersatu tunggu sejuk.Itu toping nak tabur-tabur.Atas tu saya tabur serbuk oreo.
Jadi buat mak-mak yang suka makan coklat atau nak buatkan untuk anak-anak boleh cuba resipi Choco Jar yang dikongsikan ini. Mudah sangat hanya perlu 3 bahan je.
Selamat mencuba!
Sumber:Syarifah Wafa Syed Munir
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Halau Cicak, Guna Tembakau & Serbuk Kopi, Bukan Saja Hilang Tapi ‘Mematikan’
Boleh dikatakan dalam setiap rumah mesti akan ada ‘tetamu tak diundang’. Kadang-kadang pelik, dari mana ‘dia’ datang. Macam-macam cara petua nak halau cicak. Tapi masih tak berkesan.
Kalau ada pun bahan atau petua halau cicak, ia hanya bersifat sementara. Mungkin sehari dua tak kelihatan. Lepas tu, akan muncul balik.
Kali ini boleh cuba perkongsian daripada tiktok zuriaty_musa yang hanya guna tembakau dan serbuk kopi saja.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Elak Kucing ‘Membuang’ Merata-rata, Guna 2 Bahan Sembur Saja!
Petua Halau Lipas Dalam Kabinet, Guna Rempah 4 Sekawan Buat Uncang, Sangat Berkesan!
Info Lebih Menarik DI SINI
Petua Halau Cicak & Boleh Matikan Sekali
Ambil sedikit tembakau dan serbuk kopi. Masukkan sedikit air dan gaul sebati.
Lepas itu, boleh letak kat mana-mana laluan cicak.
Campuran ini boleh mendorong cicak untuk datang sebab aroma dari tembakau dan serbuk kopi tadi.
Bukan setakat halau tapi boleh ‘membunuh’ cicak itu.
Mingguan Wanita : Ada banyak cara nak halau cicak, kalau sebelumini tak berapa berfungsi bolehlah guna cara ini.
Sumber: @zuriaty_musa (tiktok
@zuriaty_musa Reply to @amyrausnaa Rumah siapa yang banyak cicak ? Ini petuanya #cicakcicakdidinding #kaktysukashare #TahukahAnda #LearnOnTiktok ♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama
.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Inilah Ruang Tetamu Yang Sesuai, Untuk Rumah Orang Islam
Isi Kandungan
ToggleKonsep ruang tetamu ini barangkali masih baru bagi sesetengah mak ayah. Ianya sebuah ruang yang dibina khas untuk tetamu demi memberi keselesaan kepada tuan rumah dan tetamu itu sendiri.
Di negara Barat, ruang sebegini dipanggil ‘powder room’. Khairunnisa Hamzah yang juga pengasas Rekabentuk 3D Online berkongsi info menarik bagaimana mak ayah boleh menyediakan sebuah ruang dalam kediaman yang dinamakan ‘ruang tetamu’.
Dan mengapa ruang tetamu ini memberi kesan yang besar kepada tuan rumah dan tetamu.
Bagaimana Ruang Tetamu Yang Sesuai Untuk Rumah Orang Islam
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga. Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ.”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Sediakan ‘Powder Room’ Di Ruang Tamu
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas. Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang.” Luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu.
Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat, ruang makan (semi publik).
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Untuk Rumah Siap Beli Dari Pemaju, Boleh Cuba Tip Ini
Ramai kita sudah siap beli rumah dari pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
Mungkin boleh buat begini:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment).
Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya. Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga.
Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Iaitu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga.
MW : Menarik ideanya..
Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Basque Burnt Cheese Cake Ikut Sukatan Cawan, Lebih Sedap Dimakan Sejuk!
Isi Kandungan
ToggleBagi peminat kek keju, Basque Burnt Cheese Cake antara kek sedap yang mesti kena cuba! Kek ini memang agak mahal jika dibeli, memandangkan mempunyai kandungan keju yang banyak. Namun sebenarnya tak susah nak buat Basque Burnt Cheese Cake hanya guna 6 bahan je. Malah lebih menarik, resipi ini cukup mudah hanya menggunakan sukatan cawan tak perlu susah payah guna alat penimbang.
Mak-mak boleh cuba resipi Basque Burnt Cheese Cake yang dikongsikan oleh Puan Imah Halimah sebagai rujukan;
“Hadiah buat suami sebab rajin tolong saya buat kerja rumah. Disebabkan dia peminat makanan berasaskn cheese, saya buatkan Basque burnt cheese cake untuk dia. Dahulu saya ambil tempahan membuat kek, jadi ilmu dan bakat yang ada sebagai anugerah allah untuk saya praktikkan walaupun sekarang sudah tidak ambil tempahan lagi”.
“Suami saya kata walaupun saya sekarang tak meniaga lagi,tapi sekurang- kurangnya saya sudah tahu apa sebenarnya minat dan bakat yang saya miliki. Minat dan bakat tak semestinya untuk meniaga tapi sebagai satu pinjaman Allah untuk hambanya. Sekurang-kurangnya saya ada masa yang lebih untuk anak-anak sekarang..kerana sebelum ini membaking hanyalah sebagai part time sahaja.Dalam masa sama saya sudah tau di mana kebolehan saya.”
“Nak cuba buat kek ni mudah sahaja.Saya kongsikan resepi dan cara mengikut sukatan cawan metrik. Untuk kek ini saya tidak ambil dari mana-mana class berbayar yang saya ikuti, tapi saya dapatkan dari google, saya buat dan membandingkan resepi dari setiap blog yang saya baca.”
Bahan-Bahan:
500gm cream cheese
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan UHT whipping cream
4 biji telur Gred A
1sudu kecil esen vanila (tiada dalam gambar )
2sudu besar tepung gandum
Cara Membuat:
1.Putar cream cheese hingga kembang.
2.Masukkan gula kastor dan putar lagi.
3.Kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
4.Masukkan UHT whipping cream dan putar sebentar sahaja.
5.Masukkan tepung gandum dan kaup balik sahaja. Boleh juga putar gunakan mixer tapi sebentar sahaja.
6.Alas loyang 8inci dengan paper dan lebihkan paper lebih tinggi dari loyang. Ini kerana kek akan naik tinggi semasa dibakar.
7.Panaskan oven 200-220’c api atas bawah.Bakar selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit bergantung oven masing-masing.
8.Kek naik tinggi selepas dikeluarkn dari oven. Tapi apabila sejuk kek akan turun kebawah. Ia adalah normal untuk kek ini.
9.Sejukkan dulu dalam chiller, keesokan hari baru sedap dimakan sejuk-sejuk.
Tip Ekstra!
- Jika guna telur gred B tambah lagi sebiji.
- Basque burnt cheese cake nak cantik taburkan snow powder atas tu.Boleh beli di kedai bakeri.
- Sukatan ini menggunakan loyang bersaiz 8 inci.
Baca lagi Disini:Resipi ‘Mini Peach Cheese Cake’ Special, Bahagian ‘Base’ Guna Biskut Tiger Je
MW: Bagi peminat cheese cake boleh cuba resipi ini. Nak beli agak mahal harganya, lebih jimat dan berbaloi bila buat sendiri.
Sumber: Imah Halimah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI